Search Header Logo

Kedudukan Solat Berjemaah

Authored by NORZULIKAH BINTI BAHARUDIN KPM-Guru

Fun

KG

Kedudukan Solat Berjemaah
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

5 questions

Show all answers

1.

OPEN ENDED QUESTION

3 mins • 1 pt

Apabila solat jemaah antara seorang imam lelaki dan seorang makmum lelaki, makmum perlu berdiri di sebelah kanan agak ke belakang sedikit daripada imam. Apabila makmum ramai, diseimbangkan bilangan kanan dan kiri dengan mengutamakan yang kanan. Contohnya, melebihkan seorang di saf sebelah kanan. Apabila berdiri di sebelah kiri imam kesemuanya atau di kanan kesemuanya, hukumnya adalah makruh.

Evaluate responses using AI:

OFF

2.

OPEN ENDED QUESTION

3 mins • 1 pt

Untuk imam lelaki dan seorang makmum perempuan, posisi paling tepat adalah makmum berada betul-betul di belakang imam.

Evaluate responses using AI:

OFF

3.

OPEN ENDED QUESTION

3 mins • 1 pt

Apabila jemaah perempuan diimami oleh perempuan, maka saf pertama perlu berdiri di kiri dan kanan imam iaitu pada kadar setapak di belakang imam. Apabila makmum ramai, terdiri daripada makmum lelaki dan makmum perempuan, kedudukan makmum lelaki di belakang imam. Manakala bagi makmum perempuan pula, kedudukan di belakang makmum lelaki.

Evaluate responses using AI:

OFF

4.

OPEN ENDED QUESTION

3 mins • 1 pt

Makmum Muafik: Pengertian: Makmum yang sempat berdiri betul bersama-sama dengan imam untuk tempoh bacaan Al-Fatihah dengan sempurnanya. Contoh: Makmum bertakbiratul ihram, sejurus selepas imam bertakbiratul ihram, maka makmum hendaklah membaca Al-Fatihah sehingga sempurna. Tindakan yang perlu Dilakukan oleh Makmum Muafik yang tidak Sempat Menyempurnakan Bacaan Al-Fatihah: Jika makmum tidak sempat menyempurnakannya disebabkan halangan tertentu seperti bacaan makmum terlalu lambat, makmum tidak boleh rukuk bersama-sama imam. Sebaliknya, makmum hendaklah menyempurnakaan bacaan Al-Fatihah terlebih dahulu sebelum rukuk. Namun, jika makmum terlalu lambat sehingga imam sudah berdiri semula untuk rakaat seterusnya, makmum hendaklah terus menyempurnakan bacaan Al-Fatihah. Walau bagaimanapun, rakaat tersebut masih dikira sebagai rakaat pertama baginya.

Evaluate responses using AI:

OFF

5.

OPEN ENDED QUESTION

3 mins • 1 pt

Makmum Masbuk: Pengertian: Makmum yang tidak sempat berdiri betul bersama-sama dengan imam untuk tempoh bacaan Al-Fatihah dengan sempurnanya. Contoh: Semasa makmum bertakbiratul ihram, imam sudah sempurna membaca surah atau sedang rukuk. Tindakan yang perlu Dilakukan oleh Makmum Masbuk yang tidak Sempat Menyempurnakan Bacaan Al-Fatihah: Makmum terus bertakbir sambil berniat, berdiri sekejap dan terus rukuk bersama-sama dengan imam. Jika makmum sempat rukuk serta tamakninah bersama-sama dengan imam, makmum memperoleh rakaat tersebut. Bacaan Al-Fatihah makmum dianggap selesai dengan bacaan imam. Jika makmum tidak sempat melakukannya, makmum tidak memperoleh rakaat tersebut.

Evaluate responses using AI:

OFF

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Classlink

Continue with Classlink

Clever

Continue with Clever

or continue with

Microsoft

Microsoft

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?