
SAINS SUKAN T5 BIDANG 7 : KECEDERAAN SUKAN & LANGKAH PENCEGAHAN
Authored by NOEL KPM-Guru
Other
2nd Grade
Used 12+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
15 questions
Show all answers
1.
OPEN ENDED QUESTION
5 mins • 4 pts
Apakah empat (4) faktor yang menyebabkan kecederaan sukan.
Evaluate responses using AI:
OFF
Answer explanation
Empat faktor yang menyebabkan kecederaan sukan termasuk:
1) Faktor Kendiri,
2) Faktor Persekitaran,
3) Faktor Peralatan
4) Faktor Pihak Ketiga.
Semua faktor ini boleh meningkatkan risiko kecederaan semasa aktiviti sukan.
2.
OPEN ENDED QUESTION
5 mins • 4 pts
Nyatakan empat (4) langkah pencegahan untuk kecederaan sukan.
Evaluate responses using AI:
OFF
Answer explanation
Empat langkah pencegahan untuk kecederaan sukan termasuk:
1) Memakai pakaian yang sesuai,
2) Menggunakan peralatan yang sesuai,
3) Menggunakan peralatan perlindungan,
4) Memastikan kawasan persekitaran selamat
3.
OPEN ENDED QUESTION
5 mins • 4 pts
Berikan empat (4) peralatan pelindung yang digunakan dalam sukan.
Evaluate responses using AI:
OFF
Answer explanation
Empat peralatan pelindung dalam sukan termasuk;
1) Helmet/ Plindung kepala
2) Shin Guard/ Pelindung kaki
3) Pelindung mata/ Gogal
4) Pendakap Mulut/ Pelindung gigi
4.
OPEN ENDED QUESTION
5 mins • 2 pts
Apakah perbezaan di antara kecederaan tisu lembut dan kecederaan tisu keras?
Evaluate responses using AI:
OFF
Answer explanation
Kecederaan tisu lembut melibatkan kerosakan pada otot, tendon, dan ligamen, manakala kecederaan tisu keras merujuk kepada kerosakan pada tulang. Keduanya berbeza dari segi struktur dan penyembuhan.
5.
OPEN ENDED QUESTION
5 mins • 6 pts
Apakah enam (6) jenis patah tertutup yang berlaku dalam sukan.
Evaluate responses using AI:
OFF
Answer explanation
Enam jenis patah tertutup dalam sukan termasuk:
1) Patah tebu
2) Patah melintang
3) Patah remuk
4) Patah serong
5) Patah terpusing
6) Patah lesung
Setiap jenis mempengaruhi pemulihan.
6.
OPEN ENDED QUESTION
5 mins • 2 pts
Nyatakan perbezaan di antara kecederaan akut dan kecederaan kronik.
Evaluate responses using AI:
OFF
Answer explanation
Kecederaan akut berlaku secara tiba-tiba akibat trauma, manakala kecederaan kronik berkembang secara perlahan akibat penggunaan berulang atau tekanan berterusan. Ini adalah perbezaan utama antara kedua-dua jenis kecederaan.
7.
OPEN ENDED QUESTION
5 mins • 6 pts
Huraikan langkah-langkah atau prosedur untuk menguruskan kecederaan sukan; TOTAPS.
Evaluate responses using AI:
OFF
Answer explanation
TOTAPS adalah akronim untuk:
TALK (BERCAKAP) - Perkara yang perlu ditanya ialah tempat kecederaan, cara berlaku, kedengaran bunyi yang abnormal semasa kecederaan berlaku dan lain-lain maklumat penting.
OBSERVE (PEMERHATIAN) - Perkara yang perlu diberi perhatian ialah tahap kesedaran, posisi badan, saiz, lokasi, bentuk, warna kulit, anak mata dan ekspresi muka.
TOUCH (SENTUH) - Sentuh dan rasa jika terdapat kelainan seperti ketulan, lekukan, bengkak, rasa panas dan kesakitan pada kawasan yang cedera.
ACTIVE MOVEMENT (PERGERAKAN AKTIF) - Lakukan ujian fungsional pada bahagian sendi dengan memberi arahan untuk menggerakkan anggota badan yang cedera dan nilai kemampuanmangsa untuk bergerak.
PASSIVE MOVEMENT (PERGERAKAN PASIF) - Gerakkan secara perlahan bahagian yang cedera dengan memberi focus kepada julat pergerakan normal. Perhatikan reaksi atlet dan periksa jika kecederaan mengakibatkan pergerakan yang tidak stabil.
SKILL TEST (UJIAN KEMAHIRAN) - Setelah semua prosedur di atas dilaksanakan dan atlet tidak menunjukkan rasa sakit, lakukan ujian kemahiran spesifik kepada aksi yang diperlukan untuk memastikan atlet bersedia untuk kembali beraksi.
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Microsoft
or continue with
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?