
2024 SEJARAH K1 SPM
Authored by Ayuniza Furzani Saari
History
12th Grade
Used 26+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
40 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Apakah yang menentukan kuasa dan pengaruh seorang raja terhadap sesebuah wilayah
dalam sistem politik Melayu tradisional?
Persamaan budaya
Kesetiaan rakyat
Kegiatan ekonomi
Konsep kepercayaan
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 4)
Kuasa dan pengaruh seorang raja terhadap sesebuah wilayah dalam sistem politik Melayu tradisional diperolehi melalui kesetiaan rakyat kerana rakyat perlu menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja di dalam sesebuah wilayah yang akhirnya akan memupuk kesetiaan kepada raja. Ini merupakan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu yang terdiri dari Raja, Undang-undang, Wilayah Pengaruh dan Rakyat.
2.
MULTIPLE SELECT QUESTION
45 sec • 1 pt
Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka menjadi kerajaan Melayu yang terkenal?
Pemerintah mempunyai wawasan
Berada di laluan yang strategik
Mendapat bantuan dari luar
Dinaungi kuasa besar
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 9)
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai Sistem pentadbiran yang lengkap dan tersusun. Sistem Pentadbiran ini dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan yang mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan pentadbiran kesultanan Melayu Melaka berjalan dengan lancar. Hal ini ditambah dengan kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan Melaka menjadi tumpuan terutama dalam perdagangan.
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Novel berikut dihasilkan pada abad ke-20 di Asia Tenggara.
• Habis Gelap Terbitlah Terang
• Melor Kuala Lumpur
Bagaimanakah novel tersebut dapat menyemarakkan semangat nasionalisme
di Asia Tenggara?
Memuatkan kegiatan ekonomi penjajah
Mendedahkan penindasan terhadap rakyat
Mengulas kemajuan penduduk negara luar
Mengkritik kelemahan pemimpin tempatan
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 30 & 34)
Novel, cerpen dan puisi daripada tokoh nasionalis digunakan sebagai cara untuk mengungkap keperitan hidup bangsa yang dijajah serta penderitaan rakyat. Hal ini memberikan impak kepada rakyat untuk menaikkan semangat bagi memahami realiti hidup yang dijajah. Contohnya karyaNovel Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid. Manakala karya Raden Adjeng Kartini, Hilang Gelap Terbitlah Terang pula mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa kemunduran kepada bangsa Indonesia.
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Pasangan pernyataan yang manakah betul tentang tujuan gerakan nasionalisme
di Thailand dengan gerakan nasionalisme negara lain di Asia Tenggara?
A
B
C
D
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 31)
Nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme di negara lain di Asia Tenggara yang bersifat antipenjajah dan memperjuangkan kemerdekaan. Gerakan nasionalisme di Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara serta menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan. Selepas itu, Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshal Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932. Revolusi tersebut menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak.
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914 memberi kesan besar terhadap
penduduk dunia.
Mengapakah perang tersebut tercetus?
Pembunuhan pewaris takhta Austria - Hungary
Pencerobohan terhadap wilayah Jerman
Persengketaan Rusia dengan Britain
Pengeboman Pearl Harbour
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 54)
Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara di Eropah termasuk empayar Uthmaniyah. Antara faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama termasuklah persaingan kuasa imperialis, pembentukan pakatan ketenteraan dan konflik di rantau Balkan yang menyebabkan pembunuhan pewaris takhta Austri-Hungary oleh orang Serbia yang seterusnya menjadi faktor serta merta PD1.
6.
MULTIPLE SELECT QUESTION
45 sec • 1 pt
Pakatan kuasa berikut ditubuhkan di Eropah pada awal abad ke-20.
• Kuasa Tengah
• Pakatan Bertiga
Antara berikut, yang manakah faktor pencetus peperangan antara kedua-dua pakatan kuasa tersebut?
Perjuangan untuk mengekalkan kemerdekaan
Perlumbaan untuk memperluas kawasan pengaruh
Persaingan untuk menguasai sumber bahan mentah
Percubaan untuk mewujudkan pertubuhan antarabangsa
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 54)
Permusuhan antara kuasa Eropah membawa pembentukan pakatan ketenteraan seperti pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Kewujudan pakatan ketenteraan menyebabkan ketidakstabilan politik berterusan di Eropah. Seiring dengan persaingan mendapatkan tanah jajahan dan sumber bahan mentah, negara dalam pakatan turut bersaing menghasilkan senjata moden dan sedia berperang bagi mempertahankan kepentingan masing-masing.
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Maklumat berikut berkaitan dengan fahaman ideologi politik.
X - Sesuatu fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara.
Apakah X?
Feudalisme
Sosialisme
Kapitalisme
Komunisme
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 146)
Komunisme ialah suatu fahaman atau ideologi politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara. Komunisme ialah ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Mereka menuliskarya Communist Manifesto dan Das Kapital.
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?
Similar Resources on Wayground
40 questions
SOALAN PERCUBAAN SPM 2023 | KELANTAN
Quiz
•
9th - 12th Grade
40 questions
SEJARAH SPM 2022
Quiz
•
12th Grade
39 questions
SEJARAH T4/B7
Quiz
•
4th - 12th Grade
40 questions
SEJARAH SPM 2017
Quiz
•
4th Grade - University
38 questions
Sejarah Kelas XII
Quiz
•
12th Grade - University
40 questions
SEJARAH SPMC TERENGGANU 2022
Quiz
•
9th - 12th Grade
41 questions
Trial Sejarah Kedah
Quiz
•
12th Grade
40 questions
TROPIKAL SET 1 | 2023
Quiz
•
9th - 12th Grade
Popular Resources on Wayground
5 questions
This is not a...winter edition (Drawing game)
Quiz
•
1st - 5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Identify Iconic Christmas Movie Scenes
Interactive video
•
6th - 10th Grade
20 questions
Christmas Trivia
Quiz
•
6th - 8th Grade
18 questions
Kids Christmas Trivia
Quiz
•
KG - 5th Grade
11 questions
How well do you know your Christmas Characters?
Lesson
•
3rd Grade
14 questions
Christmas Trivia
Quiz
•
5th Grade
20 questions
How the Grinch Stole Christmas
Quiz
•
5th Grade