wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASAS KEPADA PERDAGANGAN

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.
Ciri manakah yang berkaitan dengan KEHENDAK?
a)
Mudah dipenuhi
b)
Mempunyai batasan
c)
Untuk hidup lebih selesa
d)
Sama untuk semua individu
2.
Manakah yang benar mengenai keperluan sosial?
a)
En Ravi membeli polisi insurans
b)
Zamil membeli sebuah kereta mewah
c)
Puan Rasya membeli pakaian di pasar raya
d)
En Lee membawa keluarga berkelah di tepi sungai
3.
Manakah yang terlibat dalam industri ekstraktif?
a)
Juruterbang
b)
Arkitek
c)
Nelayan
d)
Tukang Gunting
4.
Pilih aktiviti yang terlibat dalam industri pembinaan ?
a)
Menghasilkan simen
b)
Mengilang kayu dan papan
c)
Mengeluarkan komponen elektronik
d)
Mendirikan sebuah kilang kereta
5.
Situasi manakah yang berkaitan dengan pengeluaran tak langsung?
i) Pak Ku menanam sayur-sayuran untuk kegunaan diri dan keluarga
ii) En Jaslan membuat joran sendiri untuk menangkap ikan di sungai
iii) Kilang pakaian AJ Sdn. Bhd menghasilkan pakaian untuk dieksport
iv) Pn June mengusahakan pokok bonsai pada masa lapang dan hasilnya dijual kepada saudara mara
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
6.
Syarat  yang membolehkan sistem barter dilaksanakan adalah...
a)
Kehendak serentak
b)
barang tahan lama
c)
barang bersaiz kecil
d)
pengeluaran besar-besaran
7.
Manakah benar tentang keperluan?
a)
Tuntutan semula jadi manusia
b)
Perlu dipenuhi supaya hidup menjadi lebih selesa
c)
Sukar dipenuhi dan tidak terhad
d)
Berbeza mengikut taraf hidup
8.
Gambar menunjukkan sejenis bidang pengeluaran. 
Bidang pengeluaran tersebut ialah...
a)
Khidmat Langsung
b)
Perdagangan
c)
Ekstraktif
d)
Perkilangan
9.
Yang berikut adalah ciri seorang usahawan, KECUALI...
a)
pandai mengambil peluang kerana berpandangan jauh
b)
mengembangkan perniagaan secara kreatif dan inovatif
c)
mementingkan sumbangan kepada masyarakat dan negara
d)
melakukan aktiviti jual beli untuk mendapatkan keuntungan
10.
Syarikat JCC Sdn Bhd terlibat dalam pengeluaran payung. Semua hasil keluaran disimpan dalam gudang dan hanya dikeluarkan apabila ada permintaan.
Aktiviti di atas dapat menghasilkan sejenis nilai faedah. Nilai faedah yang dimaksudkan ialah...
a)
nilai faedah bentuk
b)
nilai faedah masa
c)
nilai faedah tempat
d)
nilai faedah milikan