wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Tingkatan 5

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
 
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan  kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah
 ini.
a)
banyak-banyak...mengumumkan
b)
berbanyak-banyak...merasmikan
2.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Bahasa Melayu dapat dijadikan teras penumbuhan kebudayaan  nasional di dalam negara yang berbilang kaum.
a)
pertumbuhan...di 
b)
penubuhan...dalam
3.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperoleh  hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi  Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).
a)
sepuluh tahun setengah... anugerah
b)
setengah puluh tahun...anugerah
4.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Permohon untuk jawatan kosong di syarikat itu boleh dihantar menerusi mesin fax sahaja.
a)
permohonan...faxs
b)
Permohonan...faks
5.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik  dan perfileman tanahair.
a)
melupuhkan...yang utama...tanah air
b)
melumpuhkan...terutamanya...tanah air
6.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan  tatabahasa berikut.

Pengguna jalan raya untuk ke gua Musang telah dinasihatkan oleh pihak berkuasa agar lebih berhati-hati kerana jalan raya tersebut mempunyai beberapa kawasan merbahaya.
a)
Gua Musang...marbahaya
b)
Gua Musang...berbahaya
7.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Hajjah Saorah telah ternobat sebagai Ibu Mithali negeri Melaka pada tahun 2011 atas kejayaan beliau mendidik anak-anaknya menjadi orang berjaya.
a)
Hajjah...dinobat
b)
Hajah...dinobatkan
8.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Para belia yang tidak berjaya menyambung pelajaran ke universiti telah disarankan agar mengikut kursus kemahiran di instituisi kemahiran yang ada.
a)
mengikuti...institut
b)
mengikut...institusi
9.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Pada awalnya, gagasan 1Malaysia telah memberikan pelbagai definasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga wujud kekeliruan.
a)
memberi...definisi
b)
diberikan ... definisi
10.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran telah memesan kepada kakitangannya supaya bekerja bersungguh-sungguh.
a)
Yang Dipertua...berpesan
b)
Yang diPertua...berpesan