wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AE015- Objektif Set 2 PSPM

Total questions: 31

Worksheet time: 1hrs 2mins

Name
Class
Date
1.
Berikut adalah tujuan campur tangan kerajaan dalam ekonomi KECUALI
a)
mengawal pencemaran
b)
mengawal firma monopoli
c)
menyediakan perkhidmatan pertahanan
d)
memastikan firma mendapat keuntungan
2.
Keluk kemungkinan pengeluaran diterbitkan dengan andaian
a)
jumlah wang adalah tetap dalam ekonomi
b)
harga barang dan perkhidmatan adalah tetap
c)
faktor pengeluaran dan tingkat teknologi adalah tetap
d)
kuantiti barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah tetap
3.
Manakah antara pernyataan berikut BUKAN merupakan objektif sistem ekonomi Islam?
a)
Mendapatkan keredhaan Allah SWT
b)
Menggunakan kaedah pengeluaran yang cekap
c)
Memastikan keadilan dalam pengagihan ekonomi
d)
Mengoptimum penggunaan sumber untuk mendapat untung maksimum
4.
JADUAL 1 menunjukkan kombinasi barangan yang dapat dikeluarkan oleh sebuah negara. Kos lepas untuk mengeluarkan telefon dari kombinasi D ke kombinasi E adalah
a)
4.0 kg beras
b)
7.5 kg beras
c)
8.5 kg beras
d)
30.0 kg beras
5.
Peningkatan cukai pendapatan pengguna akan menyebabkan
a)
peralihan keluk permintaan ke kiri
b)
peralihan keluk permintaan ke kanan
c)
pergerakan di sepanjang keluk permintaan
d)
perubahan kuantiti diminta disebabkan oleh perubahan pendapatan
6.
Berdasarkan perspektif ekonomi, konsep permintaan individu merujuk kepada
a)
kemahuan untuk membeli barang dan perkhidmatan pada tingkat harga tertentu.
b)
keinginan dan kemampuan individu mendapatkan barang dan perkhidmatan pada tingkat harga tertentu.
c)
kesanggupan individu membelanjakan pendapatan yang ada untuk membeli barang dan perkhidmatan.
d)
kemahuan semua individu dalam pasaran untuk membeli barang dan perkhidmatan pada tingkat harga tertentu.
7.
Jika berlaku lebihan penawaran di pasaran, maka
a)
harga akan jatuh
b)
harga akan meningkat
c)
kuantiti yang diminta berkurangan
d)
berlaku keseimbangan antara permintaan dan penawaran
8.
RAJAH 1 menunjukkan keluk permintaan (DD) dan penawaran (SS) bagi barang X. Berdasarkan RAJAH 1, keluk penawaran S1 akan beralih ke S2 apabila berlaku
a)
pengurangan kadar cukai terhadap barang X
b)
subsidi dihapuskan terhadap pengeluaran barang X
c)
kejatuhan harga faktor pengeluaran untuk barang X
d)
pengeluar mempunyai matlamat untuk memaksimumkan jualan barang X
9.
Diberi fungsi permintaan Qd = 400 - 10P. Kemajuan teknologi menyebabkan fungsi penawaran barang Z berubah dari Qs = -200 + 20P kepada Qs = 100 + 20P. Ini menyebabkan harga keseimbangan
a)
meningkat sebanyak 50%
b)
meningkat sebanyak 100%
c)
berkurang sebanyak 50%
d)
berkurang sebanyak 100%
10.
Keanjalan permintaan harga adalah tidak anjal sempurna apabila barang tersebut merupakan
a)
barang biasa
b)
barang mesti
c)
barang mewah
d)
barang bawahan
11.
Dua barang dikatakan barang pengganti jika
a)
keanjalan permintaan silang bernilai negatif
b)
keanjalan permintaan harga bernilai negatif
c)
keanjalan permintaan silang bernilai positif
d)
keanjalan permintaan harga bernilai positif
12.
Apabila permintaan suatu barang adalah anjal sempurna, kenaikan harga barang tersebut akan menyebabkan jumlah hasil pengeluar
a)
menurun
b)
meningkat
c)
menjadi sifar
d)
tidak berubah
13.
Pada harga RM2.00, kuantiti barang S yang diminta ialah 250 unit. Kenaikan harga barang tersebut menyebabkan kuantiti yang diminta menurun kepada 200 unit. Jika keanjalan permintaan -2, jumlah hasil adalah
a)
RM340
b)
RM400
c)
RM420
d)
RM440
14.
Syarat pemaksimuman utiliti bagi barang X dan barang Y ialah
a)
MUx / Py = MUx / Px
b)
MUx / MUy = Px / Py
c)
MUx / MUy = Py / Px
d)
MUx X Px = MUy X Py
15.
JADUAL 2 menunjukkan kuantiti dan utiliti sut pizza (p) dan bihun goreng (b) bagi Ahmad. Jika Ahmad makan 3 unit pizza dan 2 unit bihun goreng, jumlah utiliti yang diperoleh adalah
a)
55 util
b)
60 util
c)
105 util
d)
150 util
16.
Berdasarkan teori pengeluaran, jangka masa pendek merujuk kepada
a)
jangka masa kurang daripada setahun
b)
jangka masa yang mana kuantiti semua input adalah tetap
c)
jangka masa yang mana kuantiti semua input adalah berubah
d)
jangka masa yang mana kuantiti sesetengah input adalah tetap
17.
Ekonomi bidangan dikaitkan dengan
a)
tingkat pengeluaran yang maksimum
b)
pengeluaran pada kos purata minimum dalam jangka pendek
c)
pengeluaran pada kos purata jangka panjang yang menurun
d)
tingkat pengeluaran apabila wujud pengkhususan pengeluaran
18.
Keluk keluaran sut yang mencerun ke bawah dalam jangka masa pendek menerangkan
a)
hukum penawaran
b)
hukum pulangan sut malar
c)
hukum pulangan sut bertambah
d)
hukum pulangan sut berkurangan
19.
Manakah antara pernyataan berikut menerangkan hubungan keluk kos berubah purata dengan keluk kos sut?
a)
Keluk kos berubah purata dan keluk kos sut meningkat apabila output meningkat
b)
keluk kos sut dan keluk kos berubah purata dipengaruhi oleh hukum pulangan berkurangan
c)
keluk kos sut memotong keluk kos berubah purata pada titik minimum kos berubah purata
d)
keluk kos berubah purata berada di bawah keluk kos sut sebelum keluk kos sut memotong keluk kos berubah purata
20.
Maklumat kos bagi sebuah firma adalah seperti berikut:
Jumlah kos (TC) = RM750.00
Kos tetap purata (AFC) = RM10.00
Kos berubah purata (AVC) = RM15.00
Berapakah jumlah keluaran (TP) firma tersebut?
a)
20 unit
b)
30 unit
c)
50 unit
d)
75 unit
21.
Andaikan firma ABC menghasilkan 100 unit barang X dalam jangka pendek. Untuk menghasilkan barang tersebut, firma menanggung jumlah kos purata sebanyak RM200.00 dan kos berubah purata sebanyak RM150.00. Jumlah kos tetap firma ABC
a)
RM5000
b)
RM15000
c)
RM20000
d)
RM35000
22.
Sebuah firma pasaran persaingan sempurna akan memaksimumkan keuntungan apabila
a)
hasil sut sama dengan harga
b)
hasil sut sama dengan kos sut
c)
harga lebih besar daripada kos sut
d)
jumlah hasilnya sama dengan jumlah kos
23.
Firma pasaran persaingan bermonopoli memperoleh untung normal dalam jangka masa panjang kerana firma
a)
mencapai kecekapan pengeluaran
b)
bebas untuk keluar dan masuk daripada industri
c)
mempunyai sedikit kuasa untuk menentukan harga keluarannya
d)
persaingan bermonopoli bersaing melalui pengiklanan serta penjenamaan
24.
Diskriminasi harga dapat dijalankan jika
a)
pasaran dapat dipisahkan sepenuhnya
b)
permintaan pasaran adalah anjal sempurna
c)
kuantiti yang berbeza ditawarkan pada pasaran yang berbeza
d)
kuantiti dikeluarkan pada persilangan kos sut dan hasil purata
25.
RAJAH 2 menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC) dan hasil purata (AR) bagi firma pasaran persaingan sempurna dalam jangka pendek. Berdasarkan RAJAH 2, tingkat keluaran yang memaksimumkan untung firma pasaran persaingan sempurna adalah
a)
0U
b)
0Q
c)
0R
d)
0S
26.
RAJAH 2 menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC) dan hasil purata (AR) bagi firma pasaran persaingan sempurna dalam jangka pendek. Berdasarkan RAJAH 2, tingkat keluaran yang memaksimumkan untung firma pasaran persaingan sempurna adalah
a)
0U
b)
0Q
c)
0R
d)
0S
27.
Perbezaan antara firma pasaran persaingan sempurna dan firma monopoli yang mempunyai struktur kos yang sama ialah firma monopoli mengeluarkan output pada 
a)
kuantiti lebih kecil pada harga yang sama
b)
kuantiti lebih besar pada harga lebih tinggi
c)
kuantiti lebih kecil pada harga lebih tinggi
d)
kuantiti lebih besar pada harga lebih rendah
28.
Pernyataan berikut adalah benar mengenai firma monopoli KECUALI
a)
firma monopoli meletakkan harga melebihi kos sut
b)
firma monopoli menggunakan faktor pengeluaran pada tahap yang optimum
c)
firma monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran dan kecekapan penggunaan sumber
d)
firma monopoli mendapat untung lebih normal dalam jangka masa panjang kerana faktor penguasaan sumber pengeluaran dan halangan undang-undang
29.
Dalam jangka masa panjang, firma pasaran persaingan sempurna akan mendapat untung normal kerana
a)
halangan kemasukan ke dalam pasaran ini adalah tinggi
b)
kerajaan akan menentukan harga yang berpatutan untuk firma
c)
hasil marginal sentiasa lebih rendah daripada kos marginal apabila halangan kemasukan adalah rendah
d)
dengan kebebasan keluar masuk dalam industri, persaingan antara pengeluar akan menurunkan harga ke tingkat kos pengeluaran
30.
Manakah pernyataan berikut merupakan persamaan ciri firma oligopoli dan firma persaingan bermonopoli
a)
tiada persaingan bukan harga
b)
mempunyai kuasa menentukan harga
c)
mendapat untung lebih normal dalam jangka panjang
d)
beroperasi dalam pasaran yang mempunyai bilangan firma yang banyak
31.
RAJAH 3 menunjukkan keluk kos sut jangka panjang (LMC), keluk kos purata jangka panjang (LAC), keluk hasil sut (MR) dan keluk hasil purata (AR) bagi firma pasaran persaingan sempurna dan monopoli. Jika pasaran persaingan sempurna berubah menjadi pasaran monopoli, tingkat harga dan kuantiti akan berubah dari
a)
P2, Q3 ke P3, Q2
b)
P2, Q3 ke P1, Q2
c)
P2, Q3 ke P4, Q1
d)
P1, Q2 ke P2, Q3