wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pemilikan perniagaan (perdagangan)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.
Faktor utama yang perlu dipertimbangkan oleh En. Masnawi sebagai seorang bakal usahawan sebelum memulakan sesuatu perniagaan ialah ...
a)
politik dan perundangan
b)
keadaan ekonomi
c)
lokasi perniagaan
d)
keperluan modal yang mencukupi
2.
Apakah tindakan yang wajar diambil dalam pengurusan stok untuk membolehkan kehilangan dan kecurian stok dikenalpasti ?
a)
memeriksa stok yang diterima
b)
merekod stok dalam buku stok
c)
mengawal stok perniagaan
d)
memperagakan stok perniagaan
3.
Mengapakah seseorang individu lebih cenderung memulakan perniagaan sendiri ?
a)
dapat mengaut keuntungan yang tinggi
b)
dapat mengelakkan masalah pengumpulan modal
c)
dapat menguruskan perniagaan mengikut gaya sendiri
d)
peraturan untuk menubuhkan perniagaan sendiri tidak banyak
4.
Berikut adalah aspek-aspek pengurusan stok perniagaan, kecuali ...
a)
melabel stok
b)
memeriksa stok
c)
merekod stok
d)
memperaga stok
5.
Apakah faktor utama yang mendorong seseorang usahawan membayar suatu jumlah wang yang banyak untuk mengambil alih perniagaan lain ?
a)
dapat mewarisi nama baik perniagaan
b)
keuntungan perniagaan dijamin berterusan
c)
struktur pentadbiran perniagaan yang diambil alih kukuh
d)
perniagaan yang diambil alih bebas daripada tanggungan
6.
Seorang pemilik perniagaan milikan tunggal menghadapi liabiliti tidak terhad.
Apakah maksud ini ?
a)
pemilik perniagaan dan perniagaan adalah dua badan yang berasingan
b)
pemilik membayar cukai pendapatan yang tidak terhad
c)
pemilik mempunyai kuasa yang tidak terhad dalam pengurusan perniagaannya.
d)
pemilik bertanggungjawab ke atas segala hutang sehingga melibatkan harta peribadi
7.
Mengapa para peniaga lebih cenderung mendaftar perniagaan mereka sebagai Syarikat Sendirian Berhad ?
a)
Tidak perlu membayar cukai yang banyak
b)
peniaga menghadapi liabiliti terhad
c)
perniagaan mudah dibentuk.
d)
perniagaan mudah diuruskan
8.
Mengapakah perniagaan yang terlibat dalam pemberian perkhidmatan seperti perakaunan dan guaman ditubuhkan secara perkongsian?
a)
mudah mengumpulkan modal
b)
risiko dapat disebarkan
c)
dapat berkongsi kepakaran
d)
dikecualikan daripada pembayaran cukai
9.
Siapakah yang menentukan dasar dan skop operasi syarikat berhad ?
a)
Pengurus besar
b)
Ketua Eksekutif
c)
Pemegang  saham
d)
Lembaga Pengarah
10.
Apakah itu dividen interim ?
a)
dividen yang dibayar pada awal tempoh perakaunan
b)
dividen yang dibayar pada pertengahan tempoh perakaunan
c)
dividen yang dibayar pada akhir tempoh perakaunan
d)
dividen yang dibayar sebelum keuntungan sebenar syarikat diketahui