WorksheetsAE025-Objektif Bab 2: Perakaunan Pendapatan Negara
Total questions: 19
Worksheet time: 19mins
Name
Class
Date
1.
Antara berikut yang manakah akan menaikkan Keluaran Negara Kasar?
a)
Tambahan dalam tabungan
b)
Kejatuhan dalam hutang negara
c)
Kenaikan kadar bunga
d)
Tambahan dalam pelaburan
2.
Untuk mengubah Keluaran Dalam Negara Kasar menjadi Keluaran Negara Bersih
a)
susut nilai ditolak dan pendapatan bersih luar negara dicampur
b)
cukai tak langsung ditolak dan subsidi dicampur
c)
tabungan ditolak dari pelaburan dan eksport dicampur
d)
pendapatan faktor bersih luar negara ditolak dan susut nilai dicampur
3.
Untuk mengubah KNK kos faktor menjadi KNK pada harga pasar
a)
cukai tak langsung ditolak dan subsidi dicampur
b)
cukai atas keuntungan dicampur dan bayaran pindahan ditolak
c)
subsidi ditolak dan cukai tak langsung dicampur
d)
untung tak dibahagi ditolak dan dividen dicampur
4.
Pendapatan negara tidak meliputi
a)
cukai keuntungan syarikat
b)
bayaran pindahan
c)
untung tak dibahagi
d)
bunga atas pinjaman bank
5.
Pendapatan individu tidak meliputi
a)
bunga atas pinjaman kerajaan
b)
bayaran pindahan
c)
bunga atas pinjaman individu
d)
cukai keuntungan syarikat
6.
Pendapatan Negara potensi adalah sama dengan
a)
keluaran negara kasar
b)
keluaran negara benar
c)
keluaran negara nominal
d)
keluaran negara benar pada tingkat guna tenaga penuh
7.
Masalah terlebih nilai dalam pengiraan pendapatan negara disebabkan oleh
a)
kerajaan memberi subsidi
b)
urus niaga haram yang produktif
c)
barang perantaraan diambil kira
d)
kerajaan menaikkan nilai kadar pertukaran asing
8.
Masalah pengiraan dua kali dalam pengiraan pendapatan negara dapat diatasi dengan menjumlahkan semua
a)
perbelanjaan unit-unit ekonomi
b)
nilai ditambah setiap peringkat pengeluaran
c)
keluaran negara benar semua sektor ekonomi
d)
output yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran
9.
Keluaran Negara Kasar pada harga pasar melebihi Keluaran Negara Bersih pada kos faktor sebanyak
a)
susut nilai + cukai perbelanjaan - subsidi
b)
pendapatan faktor bersih luar negara - susut nilai
c)
+ subsidi - cukai perbelanjaan - susut nilai
d)
pendapatan faktor luar negara - pendapatan faktor dalam negara
10.
Pendapatan boleh guna meliputi
a)
bayaran pindahan
b)
bayaran KWSP
c)
bayaran insurans
d)
cukai pendapatan
11.
Sekiranya nilai subsidi melebihi nilai cukai tak langsung, maka pada kos faktor
a)
pendapatan pengeluar lebih besar dari perbelanjaan pengguna
b)
perbelanjaan pengguna lebih besar dari pendapatan pengeluar
c)
pendapatan pengeluar sama dengan perbelanjaan pengguna
d)
tidak dapat ditentukan yang mana lebih besar
12.
Antara maklumat berikut yang manakah harus diketepikan apabila membuat perbandingan taraf hidup rakyat antara negara menggunakan pendapatan negara per kapita?
a)
Perbezaan jumlah penduduk antara negara
b)
Jumlah hari bekerja dalam seminggu dan bilangan cuti tahunan
c)
Maklumat tentang perbezaan tafsiran dalam perangkaan ekonomi kerajaan
d)
Anggaran aktiviti produktif yang tidak dibayar dengan wang
13.
Kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dapat diukur dengan lebih baik melalui
a)
Keluaran Dalam Negara Kasar
b)
Keluaran Negara Kasar
c)
Pendapatan Negara
d)
Pendapatan per kapita
14.
Antara berikut yang manakah item yang akan dimasukkan ke dalam pengiraan pendapatan negara?
a)
Rumah yang disediakan oleh majikan untuk para pekerjanya
b)
Pembelian kereta terpakai
c)
Bunga yang dibayar oleh pemegang saham kerajaan
d)
Nilai hadiah yang dimenangi dalam cabutan bertuah
15.
Bagi mengelakkan pengiraan dua kali dalam perakaunan pendapatan negara, kita hanya mengira
a)
nilai semua barang pengguna yang dikeluarkan
b)
nilai keluaran akhir tolak nilai kos pengeluaran
c)
nilai keluaran kasar tolak susut nilai
d)
nilai tambahan dari semua aktiviti ekonomi
16.
Apabila jumlah nilai pendapatan warga asing di Malaysia lebih tinggi daripada pendapatan rakyat kita di luar negara, maka
a)
KDNK hp > KNK kf
b)
KDNK > KNK
c)
KDNK < KNK
d)
KDNK hp < KNK kf
17.
Perbezaan antara KNK pada guna tenaga penuh dengan KNK semasa ialah
a)
KNK benar
b)
KNK nominal
c)
KNK potensi
d)
Jurang KNK
18.
Untuk memperolehi pendapatan boleh guna maka pendapatan individu mestilah ditolak
a)
cukai keuntungan syarikat
b)
bayaran pindahan
c)
zakat jika ada
d)
untung tak dibahagi
19.
Antara berikut yang manakah bukan komponen bayaran pindahan?
a)
Biasiswa kepada pelajar
b)
Wang saku kepada anak
c)
Elaun perkhidmatan polis
d)
Bantuan mangsa gempa bumi di Indonesia
100 %
