wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Simpulan Bahasa

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.
Orang yang suka mencuri barang orang lain
a)
Telinga lintah
b)
Panjang tangan
c)
Langkah seribu
d)
Mulut murai
2.
Rumah En Ali hangus terbakar. Beliau dan keluarganya ____________ kerana barang - barangnya hangus dijilat api.
a)
Sehelai sepinggang
b)
Sebatang kara
c)
Anak yatim
d)
Seribu langkah
3.
Aina membawa ____________ ketika menziarahi sahabat karibnya di hospital.
a)
Buah mulut
b)
Buah hati
c)
Buah tangan
d)
Buah fikiran
4.
Dia digelar ___________ kerana gemar membaca jika ada kelapangan masa.
a)
Lidah bercabang
b)
Hati tikus
c)
Kaki botol
d)
Ulat buku
5.
Aqeef datang ke rumah Iskandar ketika keluarga Iskandar sedang menjamu selera.
a)
Langkah kiri
b)
Langkah kanan
c)
Langkah seribu
d)
Langkah bendul
6.
Adik terjaga daripada tidur apabila ayah cuba memetik suis kipas. Adik saya memang ___________.
a)
Telinga kuali
b)
Pekak badak
c)
Telinga lintah
d)
Panas telinga
7.
Sudah acapkali ayah menasihati abang supaya tidak bergaul dengan budak-budak nakal, namun nasihat ayah tidak pernah abang pedulikan.
a)
Kepala batu
b)
Hati tikus
c)
Lidah biawak
d)
Hidung tinggi
8.
Pada cuti sekolah ayah dan ibu sering membawa kami ___________ untuk menikmati keindahan alam.
a)
kaki ayam
b)
kutu embun
c)
makan angin
d)
kaki bangku
9.
Dia sentiasa memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
a)
Otak udang
b)
Hati batu
c)
Otak cair
d)
Keras hati
10.
Puan Ainon tidak digemari akan orang kampung kerana suka menceritakan buruk orang lain kepada penduduk di situ.
a)
Mulut murai
b)
Mulut tempayan
c)
Buah mulut
d)
Pencuci mulut