NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsSejarah tahun 4ver2
Total questions: 15
Worksheet time: 7mins
Name
Class
Date
1.
"Tindakan manusia dan sebab-sebab yang dilakukan oleh mereka". Makna sejarah tersebut dimaksudkan oleh
a)
Ibn Khaldun
b)
Kamus Dewan
c)
Herodatus
d)
Prof Diraja Ungku Aziz
2.
"Sejarah menceritakan tentang masyarakat atau peradaban manusia serta perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat itu." Ungkapan ini dipetik dari kata-kata.....
a)
Herodatus
b)
Aristotle
c)
Mohd Yusof Ibrahim
d)
Ibn Khaldun
3.
Sejarahwan menggunakan tiga kaedah utama untuk mendapatkan maklumat sejarah iaitu
a)
kaedah lisan, eksperimen dan rakaman
b)
kaedah bertulis, lisan dan eksperimen
c)
kaedah arkeologi, eksperimen dan cuba jaya
d)
kaedah lisan, brtulis dan arkeologi
4.
Salah satu bahan tinggalan sejarah yang dipamerkan di Muzium Negara ialah Pemukul Kulit Kayu. Alat ini digunakan
a)
untuk menghalau hantu dan roh jahat mengikut kepercayaan sesuatu kaum
b)
lambang kebesaran sesuatu kaum zaman dahulu
c)
untuk melembutkan kulit kayu untuk dijadikan pakaian pada zaman purba
d)
untuk memberitahu ahli masyarakat jika berlaku bencana atau kematian
5.
Apakah yang dimaksudkan dengan 'Sumber Kedua'?
a)
Hasil penulisan pengkaji sejarah yang lalu.
b)
Sumber alam
c)
Sumber yang belum ditafsir,diolah atau dicetak.
d)
Sumber yang didapati dari temubual.
6.
Antara berikut, yang manakah BUKAN tokoh-tokoh yang menulis sejarah awal negara kita?
a)
Hang Tuah
b)
Tun Sri Lanang
c)
Raja Ali Haji
d)
Abdul Hadi Hassan
7.
Apa itu Kronologi Masa?
a)
Masa lalu.
b)
Perkara yang lepas.
c)
Urutan masa.
d)
Kitaran alam.
8.
Kronologi masa dibahagi kepada berapa bahagian?
a)
2
b)
3
c)
4
d)
5
9.
Zaman dibahagi kepada berapa bahagian?
a)
2
b)
3
c)
4
d)
5
10.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Artifak"?
a)
Barang tinggalan yang dicipta oleh manusia.
b)
Naskhah tulisan tangan.
c)
Contengan pada dinding gua oleh manusia lampau.
d)
Sumber lisan seperti rakaman.
11.
Antara berikut, yang manakah BUKAN Objek Warisan Ketara yang berada di Muzium?
a)
Tepak Sireh Sultan Abdul Samad
b)
Pending Melayu
c)
Loceng Gangsa Don San
d)
Ensaiklopedia
12.
Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri-ciri Chandi Lembah Bujang.
a)
Binaan batu-bata bertarikh 110 SM
b)
Binaan berasaskan agama Islam.
c)
Binaan tertua di Asia Tenggara
d)
Berkaitan dengan kerajaan Srivijaya
13.
Yang manakah ciri A Famosa yang tepat?
a)
Dibina 1611
b)
Terletak di Alor Gajah, Melaka
c)
Pintu 'Porta de Santiago' yang masih kekal.
d)
Dirobohkan oleh askar Benggali
14.
Nyatakan peristiwa penting yang berlaku hasil rundingan antara Tunku Abdul Rahman dengan kerajaan British.
a)
Berlakunya peperangan antara Persekutuan tanah Melayu dengan British.
b)
Persekutuan Tanah Melayu memberikan Bunga Emas kepada British
c)
Persekutuan tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada British
d)
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengeksport getah kepada British
15.
Terdapat banyak tapak tinggalan sejarah dan arkeologi di negara kita seperti Bukit Tengkorak yang terletak di Sabah. Nyatakan keistimewaan yang terdapat di situ?
a)
Gua tertua di Asia Tenggara
b)
Tapak pembuatan tembikar purba di Asia Tenggara
c)
Batu bersurat menceritakan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
d)
Tapak candi tinggalan pedagang dari India
Reset
