wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Gelombang

Total questions: 48

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.
Rajah menunjukkan sebuah bandul ringkas sedang berayun pada tiga kedudukan berlainan iaitu P, Q dan R.
Satu getaran lengkap adalah gerakan
a)
P ke Q
b)
P ke R
c)
P ke R dan R ke Q
d)
P ke R dan R ke P
2.
Rajah menunjukkan graf sesaran-masa gerakan satu jasad.
Yang manakah merupakan amplitud?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
3.
Rajah menunjukkan sebuah bandul ringkas berayun dari titik P ke Q dan kembali ke Q  sebanyak 20 kali dalam masa 13.8 s.
Berapakah tempoh ayunan bandul itu?
a)
0.69 s
b)
1.38 s
c)
1.45 s
d)
27.6 s
4.
Tempoh ayunan sebuah bandul ringkas bertambah apabila ________________________ bertambah
a)
Panjang tali
b)
Jisim ladung
c)
Pecutan graviti
d)
Amplitud ayunan
5.
Apabila suatu sistem dibuatkan berayun pada frekuensi aslinya oleh daya luar. Fenomena ini dipanggil
a)
Pelembapan
b)
Resonans
c)
Amplifikasi
d)
Rektifikasi
6.
Satu spring berayun dengan frekuensi asli 10Hz. Resonans akan berlaku apabila satu daya luar dikenakan pada frekuensi
a)
0 Hz
b)
5 Hz
c)
10 Hz
d)
20 Hz
7.
Rajah menunjukkan 5 buah bandul yang di gantung pada dawai logam MN . Bandul P disesarkan ke sisi dan kemudian dilepaskan. 
Bandul yang manakah berayun dengan amplitud yang maksimum ?
a)
W
b)
X
c)
Y
d)
Z
8.
Rajah menunjukkan susunan radas yang digunakan oleh seorang pelajar untuk menghasilkan fenomena resonans tetapi tidak berjaya.
Kegagalan ini boleh diatasi dengan
a)
Menambahkan jisim ladung 
b)
Mengayunkan ladung dengan lebih kuat
c)
Menggantikan tali dengan tali getah yang kenyal.
d)
Menggantikan rod besi  tegar dengan dawai lembut
9.
Rajah  menunjukkan dua tala bunyi yang serupa diletakkan sebelah menyebelah didalam makmal. Apabila tala bunyi yang pertama diketuk, getaran yang terhasil telahmemaksa tala bunyi yang kedua bergetar dengan amplitud maksimum.   Situasi yang manakah paling tepat menerangkan fenomena tersebut?
a)
Pelembapan
b)
Resonans
c)
Modulasi
d)
Gema
10.
Pernyataan yang manakah berikut adalah benar mengenai gelombang melintang.
a)
Panjang gelombang bagi gelombang melintang adalah melebihi panjang gelombang bagi gelombang membujur
b)
Arah getaran zarah medium berserenjang dengan arah perambatan gelombang
c)
Halaju gelombang melintang sama dengan halaju cahaya
d)
Bunyi adalah sejenis gelombang melintang
11.
Perbezaan di antara suatu gelombang melintang dan suatu gelombang membujur ialah dari segi
a)
amplitud
b)
laju
c)
tempoh
d)
arah gerakan zarah medium dengan arah perambatan gelombang
12.
Rajah menunjukkan dua gambar berturut-turut sebuah pembesar suara dengan sebatang lilin menyala di hadapannya.
Pemerhatian pada nyalaan lilin menunjukkan bahawa gelombnag bunyi adalah
a)
Gelombang melintang
b)
Gelombang berkutub
c)
Gelombang membujur
d)
Gelombang elektromagnet
13.
Gambar rajah menunjukkan sejenis gelombang melintang. Pasangan  titik manakah merupakan panjang gelombang bagi gelombang itu?
a)
AC
b)
BD
c)
BE
d)
AF
14.
Rajah menunjukkan suatu spring slinki digetarkan untuk menghasilkan gelombang membujur.      
Panjang gelombang bagi gelombang itu adalah
a)
15 cm
b)
30 cm
c)
45 cm
d)
60 cm
15.
Rajah  menunjukkan seorang budak sedang menghasilkan satu gelombang melintang di  sepanjang satu tali dengan ayunan pada hujung tali itu. Jika tangan budak itu bergerak naik-turun pada empat ayuan lengkap per saat, apakah laju gelombang melintang sepanjang tali itu?
a)
3 ms-1
b)
6 ms-1
c)
12 ms-1
d)
14 ms-1
16.
Rajah menunjukkan satu set gelombang air berbentuk satah bergerak menuju ke satu pemantul yang diletakkan dalam sebuah tangki riak.
Antara berikut yang manakah akan berubah selepas gelombang itu terkena pemantul?
a)
Frekuensi gelombang
b)
Panjang gelombang
c)
Arah gelombang
d)
Laju gelombang
17.
Rajah menunjukkan satu gelombang  air dipantulkan daripada satu penghalang. Berbanding dengan gelombang tuju, gelombang terpantul mempunyai
a)
Laju yang lebih kecil
b)
Frekuensi yang sama
c)
Amplitud yang lebih besar
d)
Panjang gelombang yang lebih kecil
18.
Gema adalah merupakan fenomena yang disebabkan  _______________________   gelombang bunyi.
a)
Pembelauan
b)
Pembiasan
c)
Pantulan
d)
Interferens
19.
Rajah menujukkan gelombang bunyi dipantulkan daripada sebuah dinding batu bata.         Berbanding dengan gelombang tuju, gelombang pantulan adalah mempunyai 
a)
Panjang gelombang lebih pendek
b)
Amplitud lebih besar
c)
Halaju yang sama
d)
Laju yang sama
20.
Rajah menunjukkan sebuah tangki riak yang mengandungi dasar Condong dan mengandung air.Gelombang air berbentuk satah dihasilkan oleh penggetar lurus di hujung X  dan merambat ke arah Y.
Antara kuantiti berikut yang manakah bertambah ?
a)
Laju
b)
Amplitud
c)
Frekuensi
21.
Rajah menunjukkan gelombang satah merambat menuju satu kawasan air cetek dalam sebuah tangki riak.
Manakah antara berikut boleh berlaku semasa  gelombang melalui kawasan cetek itu?
a)
Arah perambatan gelombang tetap
b)
Frekuensi gelombang tetap
c)
Panjang gelombang bertambah
d)
Halaju gelombang bertambah
22.
Rajah menunjukkan satu siri gelombang air satah yang bergerak dari kawasan P menuju ke kawasan Q dalam sebuah tangki riak.
Antara pernyataan yang berikut yang manakah menerangkan perubahan arah gerakan gelombang air itu?
a)
Ketumpatan air adalah lebih tinggi di kawasan P daripada kawasan Q.
b)
Dalamnya air kawasan P adalah lebih daripada di kawasan Q
c)
Laju gelombang air adalah lebih tinggi di kawasan Q daripada kawasan P
d)
Amplitud gelombang air adalah lebih tinggi di kawasan  Q daripada kawasan P.
23.
Rajah menunjukkan satu  pemerhatian yang diperolehi dalam satu eksperimen gelombang air dengan menggunakan  tangki riak Pemerhatian  ini menunjukkan   fenomena
a)
Pantulan
b)
Pembiasan
c)
Pembelauan
d)
Interferens
24.
Rajah menunjukkan perambatan gelombang air dari kawasan dalam ke kawasan cetek. Halaju gelombang air di kawasan dalam ialah 36 cm s-1 dan 27 cm s-1 di kawasan cetek.
Berapakah panjang gelombang bagi gelombang air di kawasan cetek ?
a)
2.25 cm
b)
3.00 cm
c)
4.00 cm
d)
6.75 cm
25.
Rajah menunjukkan sebuah bot berada di belakang satu halangan konkrit. Apabila gelombang air itu menempuh penghalang itu , didapati bot itu bergerak ke atas  dank e bawah.  Pemerhatian  ini boleh diterangkan oleh fenomena
a)
Pantulan
b)
Pembiasan
c)
Pembelauan
d)
Interferens
26.
Rajah  menunjukkan gelombang air dibelau selepas melalui satu celah. Tindakan manakah akan menghasilkan gelombang terbelau membulat?
a)
Tambah frekuensi gelombang
b)
Tambah kelajuan gelombang
c)
Kurangkan panjang gelombang
d)
Kurangkan saiz celah
27.
Rajah  menunjukkan ombak sedang  menuju ke sebuah  pelabuhan.
Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang  manakah betul  mengenai ombak di Q?
a)
Frekuensi berkurang
b)
Halaju bertambah
c)
Panjang gelombang bertambah
d)
Tenaga gelombang berkurang
28.
Rajah menunjukkan gelombang dipancarkan oleh stesen pemancar dihalang oleh bukit.   Antara berikut yang manakah menerangkan set televisyen masih dapat menerima   pancaran gelombang.
a)
Pantulan
b)
Pembiasan
c)
Pembelauan
d)
Interferens
29.
Manakah pernyataan berikut adalah paling baik menerangkan mengapa bunyi lebih mudah di belau berbanding cahaya?
a)
Bunyi ialah gelombang membujur
b)
Laju bunyi lebih lambat berbanding cahaya
c)
Bunyi memerlukan medium untuk perambatannya.
d)
Panjang gelombang bunyi lebih panjang berbanding cahaya.
30.
Rajah menunjukkan corak interferens yang dihasilkan oleh gelombang air Antara titik-titik A,B,C atau  D, titik manakah mempunyai amplitud sifar? 
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
31.
Rajah menunjukkan superposisi dua gelombang air.
Di titik manakah interferens membina berlaku?
a)
P dan Q
b)
R dan S
c)
P dan R
d)
Q dan S
32.
Rajah menujukkan gelombang satah bagi gelombang air menuju dua bukaan yang sempit.   Fenomena-fenomena gelombang yang terlibat selepas gelombang melalui bukaan sempit itu adalah 
a)
Pantulan
b)
Pembelauan
c)
Interferens
d)
Pembiasan
33.
Rajah menunjukkan fenomena inteferens gelombang air daripada dua sumber koherens S1 and S2.
Berapakah panjang gelombang bagi gelombang air tersebut?
a)
0.8 cm
b)
1.2 cm
c)
3.2 cm
d)
5.0 cm
34.
Rajah menunjukkan corak interferens bagi gelombang air. Jarak antara dua nod berturutan, x akan meningkat  apabila
a)
panjang gelombang air berkurang 
b)
jarak antara dua sumber koheran berkurang
c)
jarak bersudut tepat dari sumber ke kedudukan di mana x diukur, D berkurang
35.
Cahaya monokromatik adalah bermaksud cahaya yang mempunyai satu   ­­_________
a)
fasa
b)
amplitud
c)
warna
d)
keamatan
36.
Rajah menujukkan satu cahaya monokromatik melalui dua celahan sempit.
Antara berikut yang manakah  terhasil pada skrin?
a)
spektrum warna 
b)
dua pinggir cerah
c)
dua pinggir gelap
d)
pinggir cerah dan gelap berselang seli
37.
Dalam satu eksperimen dwicelah Young apabila cahaya hijau yang mempunyai panjang gelombang  5 x 10 - 7 m digunakan, jarak antara pinggir-pinggir berturutan adalah 4 x 10 -4  m. Jika eksperimen ini diulangi dengan cahaya X didapati jarak antara pinggir-pinggir adalah  4.8 x 10-4  m. Panjang gelombang cahaya X adalah
a)
2.4 x 10 - 7 m
b)
4.2 x 10 - 7 m
c)
5.0 x 10 - 7 m
d)
6.0 x 10 - 7 m
38.
Pernyataan yang manakah berikut adalah tidak benar mengenai gelombang bunyi?
a)
Terhasil daripada siri mampatan dan renggangan udara
b)
Merupakan gelombang membujur
c)
Merupakan gelombang mekanik
d)
Boleh melalui vakum
39.
Semasa berlaku letupan di angkasa lepas, seorang angkasawan yang berada dapat memerhatikan cahaya daripada letupan tetapi tidak mendengarnya. Ini disebabkan
a)
Gelombang bunyi tidak boleh merambat melalui vakum
b)
Tenaga gelombang bunyi hilang disebabkan letupan yang kuat
c)
Gelombang cahaya bergerak lebih laju daripada gelombang bunyi
d)
Frekuensi gelombang bunyi lebih rendah daripada frekuensi gelombang cahaya
40.
Antara kaedah-kaedah berikut , yang  manakah adalah  untuk mengurangkan gema di dalam sebuah dewan yang tertutup?
a)
Dinding direkabentuk menggunakan bahan yang keras dan licin
b)
Dinding di bahagian dalam dilitupi dengan span
c)
Lantai direkabentuk menggunakan bahan yang licin
d)
Kesemua langsir-langsir di pintu-pintu dan di  tingkap-tingkap ditanggalkan
41.
Apabila kita meniarap di atas landasan sebuah keretapi yang diperbuat daripada keluli bunyi keretapi daripada jauh boleh kedengaran tetapi apabila kita berdiri pada tempat yang sama bunyi keretapi tidak kedengaran. Ini adalah disebabkan 
a)
Laju bunyi dalam udara lebih laju daripada dalam keluli.
b)
Laju bunyi dalam keluli lebih laju daripada dalam udara
c)
Bunyi tidak boleh merambat dalam udara.
d)
Bunyi tidak boleh merambat dalam keluli.
42.
Dua not muzik dihasilkan oleh sebuah gitar. Not yang kedua lebih kuat dan lebih langsing. Not kedua ini mempunyai 
a)
amplitud lebih tinggi dan frekuensi lebih rendah
b)
amplitud dan frekuensi lebih tinggi
c)
amplitud dan frekuensi lebih rendah
d)
amplitud lebih rendah dan frekuensi lebih tinggi
43.
Rajah  menunjukkan seorang budak lelaki menjerit ke arah bangunan sekolah. Hitung masa yang diambil oleh budak lelaki tersebut untuk mendengar gema suaranya. [Laju bunyi di udara ialah 340 m s-1]
a)
0.07 s
b)
0.13 s
c)
0.26 s
d)
3.78 s
44.
Yang manakah di antara berikut bukan satu gelombang elektromagnet?  
a)
gelombang radio
b)
gelombang bunyi
c)
gelombang mikro
d)
sinar gama
45.
Antara pernyataan berikut yang manakah sifat sepunya gelombang elektromagnet?
a)
Mempunyai frekuensi yang sama
b)
Mempunyai halaju yang sama dalam vakum
c)
Mempunyai panjang gelombang yang   sama
46.
Manakah di antara warna berikut mempunyai panjang gelombang yang terpendek ?
a)
biru
b)
merah
c)
hijau
d)
ungu
47.
Rajah menunjukkan satu isyarat yang dipancarkan untuk menentukan kedudukan kapal terbang.         Apakah jenis gelombang yang digunakan?
a)
Gelombang radio
b)
Gelombang mikro
c)
Gelombang cahaya
d)
Gelombang bunyi
48.
Di antara alat-alat berikut yang manakah tidak mempunyai elemen pemanas di dalamnya
a)
Seterika
b)
Pembakar roti
c)
Pengering rambut
d)
Ketuhar gelombang mikro