wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Nama 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
_________ ialah tempat tinggal binatang buas seperti harimau dan gajah.
a)
Paya
b)
Hutan
c)
Rumah
d)
Belukar
2.
Semua buku di _________ itu disusun dengan rapi oleh pustakawan yang bertugas.
a)
perpustakaan
b)
bilik bacaan
c)
ruang
d)
negara
3.
Ayah terpegun melihat _________ pencakar langit yang banyak di ibu kota.
a)
deretan
b)
stadium
c)
bangunan
d)
negara
4.
Kerajaan sedang berusaha menangani masalah _________ menganggur di negara ini akibat kemelesetan ekonomi.
a)
peragawati
b)
mahasiswa
c)
bangunan
d)
negara
5.
Peningkatan jumlah kenderaan di _________ menyumbang kepada kesesakan lalu lintas terutama di kawasan bandar.
a)
jalan raya
b)
lebuh raya
c)
pasar raya
d)
hari raya
6.
Pak Mat gigih mengayuh _________ pada setiap pagi semata-mata untuk mencari sesuap nasi
a)
basikal
b)
kereta
c)
teksi
d)
beca
7.
Setiap pengusaha kilang yang membuang bahan-bahan bertoksid ke dalam _________ amat diselar.
a)
parit
b)
longkang
c)
sungai
d)
laut
8.
Kerusi dan _________ berselerakan di kelas 1 Harmoni akibat ketiadaan guru.
a)
meja
b)
kapur
c)
penyapu
d)
tingkap
9.
Kelihatan beberapa _________ nelayan sedang tersenyum kerana memperoleh hasil tangkapan yang lumayan.
a)
pemimpin
b)
rakyat
c)
manusia
d)
orang
10.
_________ mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik sahsiah pelajar di sekolah.
a)
Pemimpin
b)
Guru
c)
Pelajar
d)
Ayah
11.
Seorang pekebun telah berjaya menangkap _________ yang sedang mengganas di ladang kelapa sawit.
a)
Si Merah
b)
Si Tompok
c)
Si Belang
d)
Si Panjang
12.
Bangunan _________ sering dikunjungi pelancong asing kerana keindahan bentuk dan ketinggiannya.
a)
Menara Berkembar Petronas
b)
Litar Sepang
c)
Pasar Budaya
d)
Menara Condong
13.
_________ ialah universiti yang tertua di Malaysia dan telah melahirkan ramai graduan terbilang.
a)
Universiti Sains Malaysia
b)
Universiti Malaya
c)
Universiti Kebangsaan Malaysia
d)
Universiti Utara Malaysia
14.
Negeri _________ dikenali juga sebagai "Negeri di Bawah Bayu".
a)
Kedah
b)
Selangor
c)
Sarawak
d)
Sabah
15.
_________ ialah ibu negeri bagi negeri Perak.
a)
Ipoh
b)
Taiping
c)
Manjung
d)
Parit
16.
Banyak barang peninggalan zaman silam disimpan di _________
a)
Balai Seni Lukis Negara
b)
Muzium Negara
c)
Planetarium Negara
d)
Zoo Negara
17.
Setiap pagi, kami sekeluarga akan melakukan aktiviti riadah dan bersenam di _________
a)
Perpustakaan Negara
b)
Taman Tasik Titiwangsa
c)
Taman Burung
d)
Taman Mini
18.
Perdana Menteri Malaysia yang kedua ialah _________
a)
Tunku Abdul Rahman
b)
Tun Abdul Razak
c)
Tun Hussien Onn
d)
Tun Mahathir Mohamad
19.
Makanan di _________ itu sungguh sedap dan terkenal di merata-rata tempat.
a)
Restoran Selasih
b)
Selasih Restoran
c)
Sang Selasih Restoran
d)
Restoran Si Selasih
20.
Antara negara Eropah yang pernah dikunjungi oleh Encik Hock Seng ialah _________
a)
Malaysia
b)
Thailand
c)
Italy
d)
Brunei