NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsPengajian Am 900/2
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Name
Class
Date
1.
Organisasi manakah yang dicadangkan untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah negara ?
a)
OPEC
b)
CEDC
c)
OECD
d)
MTDC
2.
Tingkat pendapatan penduduk tinggi adalah :
a)
Penduduk bergantung kepada sektor pertanian
b)
Penduduk tidak bergantung kepada sektor industri
c)
Variasi pekerjaan pelbagai sektor membolehkan peroleh pendapatan
d)
Pendapaatan penduduk tinggi menyebabkan pendapatan per kapita tinggi
3.
Yang manakah berikut merupakan bukan petunjuk negara maju ?
a)
Dapat mengatasi masalah kependudukan
b)
Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi
c)
Kebanyakan eksport adalah bukan hasil industri dan perkhidmatan
d)
Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi
4.
Yang manakah di bawah BUKAN maksud kesedaran dan kepatuhan kepada undang-undang, kesetaraan gender dan penghormatan terhadap hak asasi manusia ?
a)
Memiliki disiplin yang tinggi terhadap undang-undang
b)
Menghormati hak asasi manusia termasuk golongan minoriti seperti OKU
c)
Akauntabiliti adalah satu prinsip dalam melakukan suatu tindakan
d)
Keterbukaan dalam tindakan merupakan bukan prinsip akauntabiliti
5.
Langkah-langkah berikut BUKAN kaedah untuk membina Negara maju Dan Sejahtera ialah :
a)
Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapuskan birokrasi
b)
Tidak mengambil kira pelaksanaan program sosial merentasi kaum yang bertujuan untuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial
c)
Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat
d)
Membina ekonomi berasaskan pengetahuan yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti dan inovasi
6.
Ideologi Negara diwujudkan kerana :
a)
merealisasikan kontrak sosial oleh semua kaum utama di Malaysia
b)
mendoktrinkan negara ini dengan tujuan mencapai perpaduan kaum demi kemakmuran negara Malaysia
c)
memastikan semua rakyat bebas beragama atau tidak, asalkan kemakmuran dinikmati bersama
d)
untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi
7.
Penjelasan Prinsip Rukun Negara yang pertama : Kepercayaan Kepada Tuhan yang berikut adalah benar kecuali :
a)
Setiap rakyat bebas memilih agama kerana agama menyuruh berbuat kebaikan
b)
Agama Islam adalah agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman
c)
Ketiadaan agama tidak semestinya meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara
d)
Negara yang berdaulat adalah apabila semua rakyat berpegang kepada agama
8.
Sikap yang bersopan santun dan bersusila amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain terutamanya dalam kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Kenyataan ini adalah berkaitan dengan prinsip berikut :
Kenyataan ini adalah berkaitan dengan prinsip berikut :
a)
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
b)
Keluhuran Perlembagaan
c)
Kedaulatan Undang-undang
d)
Kesopanan Dan Kesusilaan
9.
Kenyataan berikut berkaitan dengan Wawasan 2020 :
a)
Satu rangkakerja perancangan jangka panjang melibatkan misi dan visi sesebuah negara
b)
Malaysia akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020
c)
Pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju bukan sahaja terhad kepada ekonomi, politik, sisoal, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan sahaja
d)
Bukan merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas kepada perkembangan rkonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa
10.
Di antara berikut, yang manakan di bawah ini BUKAN cabaran Wawasan 2020 :
a)
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
b)
Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
c)
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif
d)
Mewujudkan masyarakat yang bebas, cerdik dan kaya harta
Reset
