NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsPengajian Malaysia 1
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Name
Class
Date
1.
Secara umumnya, negara-negara di Asia Tenggara telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat berikut KECUALI
a)
Sepanyol
b)
British
c)
Perancis
d)
Rusia
2.
Anggata tentera Jepun telah menjejak kaki di Tanah Melayu melalui Kota Bharu, Kelantan pada
a)
8 Disember 1941
b)
13 Disember 1941
c)
8 Disember 1942
d)
13 Disember 1942
3.
Tempoh pendudukan Jepun di seluruh Tanah Melayu berlangsung selama tiga tahun enam bulan, iaitu antara bulan
a)
Februari 1941 hingga Ogos 1944
b)
Februari 1942 hingga Ogos 1945
c)
Disember 1941 hingga April 1944
d)
Disember 1942 hingga April 1946
4.
Penjajahan Jepun telah memperkenalkan satu slogan untuk membangkitkan semangat penduduk Tanah Melayu, Iaitu
a)
Asia untuk orang Asia
b)
Malaya untuk orang Malaya
c)
Kemakmuran Asia
d)
Malaya untuk orang Asia
5.
Ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap keamanan telah mendorong Pesuruhjaya Tinggi British Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat pada
a)
1 Januari 1948
b)
14 April 1948
c)
17 Jun 1948
d)
23 Julai 1948
6.
Siapakah pihak yang menyokong Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu?
a)
Bintang Tiga
b)
Pasukan 136
c)
Parti Komunis Malaya
d)
Kesatuan Melayu Muda
7.
Jika di Tanah Melayu dilantik seorang residen, manakala di Sabah dan Sarawak pegawai British tersebut dikenali sebagai
a)
Gabenor British
b)
Pesuruhjaya Tinggi British
c)
Gabenor
d)
Leftenam General
8.
Bagaimanakah Kedudukan raja-raja Melayu dalam pentadbiran Malayan Union?
a)
Berkuasa Mutlak
b)
Memungut cukai
c)
Kehilangan takhta
d)
Membincangkan soal ekonomi
9.
Mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dapat diterima oleh orang Melayu?
a)
Pentadbiran lebih sistematik
b)
Pengekalan Institusi Kesultanan
c)
Pemansuhan undang-undang Barat
d)
Pembesar Melayu diberi Keistimewaan
10.
Mengapakah tokoh politik tempatan bertolak ke Landon pada tahun 1956?
a)
Menuntut hak berpolitik
b)
Menggubal perlembagaan
c)
Merundingkan kemerdekaan
d)
Membincangkan pembentukan Malaysia
11.
Apakah pengajaran yang boleh didapati daripada usaha pemimpin-pemimpin tempatan ke arah kemerdekaan?
a)
Bekerjasama dan bermuafakat
b)
Berhati-hati membuat keputusan
c)
berwaspada terhadap kuasa Barat
d)
Berjuang secara radikal demi mencapai matlamat
12.
Mengapakah Lee Kuan Yew mendesak Tunku Abdul Rahman mempercepatkan pembentukan Malaysia?
a)
Kemerdekaan segera
b)
Memajukan Singapura
c)
Khuatir kedudukannya terjejas
d)
Bimbang pengaruh Barisan Sosialis
13.
Mengapakah Filipina menentang penubuhan gagasan Malaysia?
a)
Cemburu dangan kemajuan Malaysia
b)
Membuat tuntutan terhadap wilayah Sabah
c)
Bimbang dengan penjajahan Malaysia terhadap Sabah
d)
Menganggap Malaysia sebagai pesaing dalam ekonomi
14.
Apakah keistimewaan yang diterima oleh Sabah dan Sarawak apabila menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963?
a)
Menetapkan dasar luar
b)
Menentukan sumber kewangan
c)
Mengawal hal ehwal imigresen
d)
Menguruskan soal berkaitan agama
15.
Apakah maksud Sistem Raja Berperlembagaan?
a)
Raja sebagai pemerintah tertinggi
b)
Pemerintahan dibantu oleh bangsawan
c)
Kerajaan diketuai oleh raja dan dibantu oleh Presiden
d)
Sistem yang mengekalkan Perdana Menteri sebagai pemerintah tertinggi
16.
Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?
a)
Melantik wakil rakyat
b)
Melantik Exco negeri
c)
mentauliahkan duta negara
d)
Membubarkan perlembagaan
17.
Antara berikut, Sultan negeri yang manakah tidak boleh dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong?
a)
Selangor
b)
Kelantan
c)
Terengganu
d)
Pulau Pinang
18.
Antara yang berikut, yang manakah penggubal dasar negara?
a)
Kabinet
b)
Menteri
c)
Mahkamah
d)
Majlis Raja-raja
19.
Apakah ciri utama ahli Dewan Rakyat?
a)
Dipilih melalui pilihan raya
b)
Menjawat jawatan selama tiga tahun
c)
Cemerlang dalam bidang profesional
d)
Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
20.
Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh
a)
Setiausaha Sulit
b)
Perdana Menteri
c)
Timbalan Menteri
d)
Setiausaha Kementerian
21.
Pilihan raya kecil diadakan di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri jika wakil rakyat
a)
Hilang sokongan
b)
Meninggal dunia
c)
Berpindah ke tempat lain
d)
Menyertai parti politik lain
22.
Apakah syarat utama untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum di Malaysia?
a)
Berpendidikan tinggi
b)
Berumur 21 tahun ke atas
c)
Orang yang berdarah bangsawan
d)
Berjawatan tinggi dalam kerajaan
23.
Antara berikut, yang manakah BUKAN peranan Suruhanjaya Pilihan Raya?
a)
Menjalankan pendaftaran pemilih
b)
Membatalkan keputusan pilihan raya
c)
Menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian
d)
menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya
24.
Apakah keadaan yang mengakibatkan seseorang warganegara hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri?
a)
Tidak menghadiri persidangan dewan
b)
Menghadapi masalah kewangan
c)
Membuka syarikat perniagaan
d)
Dikenakan hukuman penjara
25.
Bilakah Hari Malaysia diisytiharkan?
a)
31 Ogos 1957
b)
9 Julai 1963
c)
31 Ogos 1963
d)
16 September 1963
26.
Apakah nilai yang dapat ditunjukkan melalui pembentukan Malaysia?
a)
Keperibadian
b)
Kesepakatan
c)
Kegigihan
d)
Kejujuran
27.
Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
a)
Penubuhan Majlis Raja-raja
b)
Pembentukan Kerajaan Persekutuan
c)
Pelantikan Gabenor sebagai ketua negara
d)
Penyatuan kuasa negeri dengan persekutuan
28.
Antara berikut yang manakah paling tinggi kedudukannya dalam negara kita?
a)
Parlimen
b)
Mahkamah
c)
Perlembagaan
d)
Yang di-Pertuan Agong
29.
Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK BENAR mengenai konsep ketertinggian perlembagaan?
a)
Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan
b)
Perlembagaan tidak boleh diubah
c)
YDPA memerintah berdasarkan perlembagaan
d)
Kuasa perundangan juga tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perlembagaan
30.
Semau di bawah termasuk dalam Senarai Negeri, KECUALI
a)
Undang-undang Islam
b)
Jentera kerajaan negeri
c)
Pelancongan
d)
Tanah
31.
Berikut merupakan cara pindaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, KECUALI
a)
Persetujuan 2/3 ahli Majlis Parlimen dan diperkenankan oleh Majlis Raja-raja
b)
Lebih suara 2/3 ahli Majlis Parlimen dan kelulusan daripada Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak
c)
Mendapat persetujuan 2/3 ahli Dewan Parlimen
d)
Persetujuan 2/3 ahli Dewan Negara dan persetujuan YDPA
32.
Ketertinggian perlembagaan dapat dilihat jika terdapat undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal melalui fungsi
a)
Kehakiman
b)
YDPA
c)
Perlimen
d)
Kuasa Perdana Mentari
33.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjelaskan pemerintahan negara kepada beberapa bahagian, KECUALI
a)
Badan Eksekutif
b)
Badan Perundangan
c)
Badan Kehakiman
d)
Badan Penyelarasan
34.
Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
a)
Merupakan undang-undang
b)
Boleh dipinda oleh sesiapa sahaja
c)
Sumber rujukan segala perundangan
d)
Undang-undang lain mesti selaras dengannya
35.
Kerajaan Persekutuan Malaysia mengamalkan sistem
a)
Autokratik demokrasi
b)
Demokrasi bermonarki
c)
Demokrasi berparlimen
d)
Demokrasi berperlembagaan
36.
Pada bahagian manakah sesuatu rang undang-undang itu dibaca secara lisan sebelum dibentangkan di Dewan Perlimen?
a)
Bacaan Pertama
b)
Bacaan Kedua
c)
Peringkat Jawatankuasa
d)
Peringkat Ketiga
37.
Apakah majlis yang menasihati raja mengenai hal yang berkaitan dengan agama Islam?
a)
Majlis Agama Islam
b)
Majlis Raja-raja
c)
Majlis Adat Istiadat Melayu
d)
Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam
38.
Perlantikan YDPA adalah dilakukan oleh....
a)
Majlis Raja-raja
b)
Majlis Perundangan Persekutuan
c)
Perdana Menteri
d)
Mahkamah Agung
39.
Seseorang itu boleh dilucutkan kewarganegaraannya berdasarkan perkara berikut KECUALI
a)
Melucutkan sendiri kewarganegaraannya
b)
Merderhaka kepada raja dan negara
c)
bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar dengan Pejabat Konsul Kerajaan
d)
Dibuang daerah
40.
Seseorang itu tidak boleh dilucutkan kewarganegaraannya atas sebab berikut, iaitu ....
a)
Seorang yang berkahwin dengan warganegara asing
b)
Menderhaka/tidak taat kepada negara
c)
tinggal di negara asing melebihi lima tahun secara berterusan
d)
Seorang yang mendapat warganegara secara pendaftaran dan dihukum penjara selama lebih 12 bulan dan denda RM500 tanpa mendapat pengampunan
Reset
