wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pemuliharan&pemeliharan

Total questions: 22

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
"Haiwan berinteraksi dengan persekitaran semula jadinya tanpa gangguan".
Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan
a)
pemeliharaan hidupan
b)
pemburuan haiwan
c)
pemuliharaan hidupan
d)
kepupusan hidupan
2.
Pembalakan haram secara berleluasa menyebabkan kepupusan haiwan kerana aktiviti tersebut
a)
memusnahkan habitat semula jadi hidupan liar.
b)
menyebabkan perubahan iklim 
c)
memaksa haiwan berpindah ke kawasan lain.
d)
menggalakkan pemburuan haiwan.
3.
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan maksud pemuliharaan hidupan liar?
a)
menangkap haiwan liar dan menempatkan di suatu kawasan khas.
b)
memburu haiwan sehingga mengancam kemandirian haiwan.
c)
merawat haiwan yang cedera dan kemudian melepaskkannya semula ke hutan.
d)
membiak dan menjaga haiwan serta melindungi habitat mereka.
4.
Antara aktiviti  berikut, yang manakah menunjukkan usaha pemuliharaan alam sekitar?
a)
penanaman semula pokok bakau
b)
penebangan pokok secara berleluasa
c)
penubuhan hutan rekreasi
d)
menghadkan aktiviti pembalakan
5.
Apakah yang dimaksudkan dengan "spesies yang terancam "?
a)
spesies yang tidak wujud lagi
b)
spesies yang menghadapi masalah kepupusan
c)
spesies yang ditempatkan di zoo
d)
spesies yang hanya dapat ditemui di kawasan tertentu sahaja.
6.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan pemanasan global atau "kesan rumah hijau" ?
a)
Banjir kilat
b)
Hakisan tanah
c)
Aras laut meningkat
d)
Pengurangan kandungan karbon dioksida dalam udara
7.
Hakisan tanah berlaku apabila......
a)
suhu di Bumi meningkat
b)
banjir kilat kerap berlaku
c)
oksigen dalam udara berkurangan
d)
tanah terdedah secara langsung kepada persekitaran
8.
* sentiasa ditangkap untuk daging dan cangkerangnya.
* pembangunan kawasan pantai oleh manusia menjejaskan proses pembiakannya.
* telurnya dipunggut dan dipasarkan
Spesies haiwan manakah yang diancam kepupusan oleh sebab di atas?
a)
penyu
b)
udang
c)
ketam
d)
kerang
9.
Antara berikut, yang manakah tidak mengakibatkan hidupan diancam kepupusan?
a)
bencana alam
b)
pemburuan haram
c)
penerokaan hutan secara berleluasa
d)
penggunaan bahan api biojisim untuk bekalan tenaga
10.
Antara aktiviti manusia berikut, yang manakah dapat mengurangkan pemusnahan habitat semula jadi?
a)
membuka lebih banyak kawasan hutan untuk projek perumahan
b)
menggunakan lebih banyak baja kimia untuk aktiviti pertanian
c)
menebang semua pokok di lereng bukit
d)
meningkatkan aktiviti penghutanan semula
11.
Antara beriktu, yang manakah bukan kepentingan tumbuhan kepada manusia?
a)
sumber oksigen
b)
sumber makanan
c)
sumber bahan mentah
d)
sumber bahan api fosil
12.
Berikut merupakan aktiviti-aktiviti manusia yang mengakibatkan ancaman kepada haiwan dan tumbuhan KECUALI.....
a)
penerokaan hutan secara tidak terancang
b)
pemburuan haram secara berleluasa
c)
tumpahan minyak serta bahan buangan toksik ke persekitaran
d)
gempa bumi dan ribut taufan
13.
Kegiatan manusia ini menyebabkan kemusnahan kepada hidupan akuatik.  Aktiviti ini menyebabkan hidupan akuatik sukar bernafas dan akhirnya mati.
a)
penerokaan hutan secara tidak terancang
b)
pemburuan haram secara berleluasa
c)
tumpahan minyak serta bahan buangan toksik ke persekitaran
d)
gempa bumi dan ribut taufan
14.
Aktiviti yang dilakukan oleh sesetengah pihak bertujuan untuk mendapatkan daging, bulu, tanduk, perhiasan dan juga ubat tradisional. Aktiviti yang dimaksudkan ialah.......
a)
penerokaan hutan secara tidak terancang
b)
pemburuan haram secara berleluasa
c)
tumpahan minyak serta bahan buangan toksik ke persekitaran
d)
gempa bumi dan ribut taufan
15.
Apakah yang dimaksudkan dengan pemeliharaan?
a)
mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah.
b)
mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal.
c)
interaksi antara hidupan bagi memastikan keperluan asas diperolehi.
d)
interaksi yang membawa manafaat kepada kedua-dua pihak.
16.
Apakah yang dimaksudkan dengan pemuliharaan?
a)
mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah.
b)
mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal.
c)
interaksi antara hidupan bagi memastikan keperluan asas diperolehi.
d)
interaksi yang membawa manafaat kepada kedua-dua pihak.
17.
Menanam semula pokok di kawasan pembalakan menggantikan habitat yang telah musnah merupakan aktiviti......
a)
pemeliharaan
b)
pemuliharaan
c)
persaingan
d)
kerjasama
18.
Pusat rehabilitasi orang utan di Sepilok, Sandakan, Sabah merupakan satu contoh aktiviti yang melibatkan usaha.....
a)
pemeliharaan
b)
pemuliharaan
c)
persaingan
d)
berkerjasama
19.
Berikut merupakan aktiviti-aktiviti pemeliharaan , kecuali.....
a)
mewartakan kawasan paya bakau sebagai tapak Ramsar
b)
Mewartakan spesies haiwan dan tumbuhan sebagai spesies yang dilindungi
c)
Menebang pokok terpilih sahaja.
d)
Menanam semula pokok di kawasan pembalakan menggantikan habitat yang telah musnah.
20.
Penerokaan hutan oleh manusia dilakukan untuk tujuan berikut KECUALI.....
a)
pembinaan jalan raya
b)
pertanian
c)
pelancongan dan perindustrian
d)
pemburuan haiwan
21.
Sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan didapati jumlahnya semakin berkurangan dari tahun ke tahun.  Tumbuhan dan haiwan ini ......
a)
mengalami ancaman kepupusan
b)
telah pupus
c)
tiada masalah
d)
perlu dikaji untuk tindakan sewajarnya
22.
Maklumat di bawah menunjukkan beberapa aktiviti pemuliharaan yang dijalankan di Malaysia.
* Mewujudkan pusat rehabilitasi haiwan.
* Mewujudkan pusat pemuliharaan penyu.
Apakah yang dimaksudkan dengan pemuliharaan?
a)
mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal.
b)
memberi makanan dan menyediakan tempat tinggal.
c)
menjaga haiwan dan tumbuhan supaya tidak pupus.
d)
mengekalkan keadaan asal tumbuhan dan haiwan daripada musuh.