Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.
Siti Norhana dan Nurul Syahira _______________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
a)
bagai ayam disambar helang
b)
bagai anjing dengan kucing
c)
bagai katak di bawah tempurung
d)
bagai melepaskan batuk di tangga
2.
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu __________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
a)
bagai bulan jatuh ke riba
b)
bagai kaca jatuh ke batu
c)
bagai duri dalam daging
d)
bagai ayam disambar helang
3.
Puan Zainab ________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.
a)
bagai melepas anjing tersepit
b)
bagai ayam disambar helang
c)
bagai melepaskan batuk di tangga
d)
bagai kaca terhempas ke batu
4.
Oii Sik Lee dianggap _________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
a)
seperti lipas kudung
b)
seperti ayam berak kapur
c)
seperti bulan penuh purnama
d)
seperti kera sumbang
5.
Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya ________________________.
a)
bagai mendukung biawak hidup
b)
bagai ayam mengeram telur
c)
bagai pahat dengan penukul
d)
bagai layang-layang terputus talinya
6.
Encik Badarudin __________________ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
a)
bagai mencurah air ke daun keladi
b)
bagai berumah di tepi pantai
c)
bagai menghitung bulu kambing
d)
bagai anjing buruk kepala
7.
Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya _______________________ .
a)
seperti rumput di tepi jalan
b)
seperti tikus jatuh ke beras
c)
seperti mendukung biawak hidup
d)
seperti sudah jatuh ditimpa tangga
8.
Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti __________________________ .
a)
langit dengan bumi
b)
ular kena palu
c)
pinang dibelah dua
d)
aur ditarik songsang
9.
Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah melupakan ibu bapanya di kampung seperti __________________.
a)
enau dalam belukar
b)
kacang lupakan kulit
c)
aur dengan tebing
d)
dakwat dengan kertas
10.
Kamaruzaman _____________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
a)
seperti kera mendapat bunga
b)
seperti mencurah garam ke laut
c)
seperti hujan jatuh ke pasir
d)
seperti Belanda diberi tanah
11.
Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya __________________________.
a)
tepuk dada tanya selera
b)
segan bertanya sesat jalan
c)
harapkan pagar, pagar makan padi
d)
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
12.
Zamir Azril tidak mengamalkan sikap ______________________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
a)
buang yang keruh ambil yang jernih
b)
malu bertanya sesat jalan
c)
sambil menyelam minum air
d)
bagaimana acuan begitulah kuihnya
13.
Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat umpama __________________.
a)
rambut sama hitam, hati lain-lain
b)
sambil menyelam minum air
c)
ukur baju di badan sendiri
d)
tepuk dada tanya selera
14.
Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai ________________________________ .
a)
kucing dengan anjing
b)
aur dengan tebing
c)
cincin dengan permata
d)
isi dengan kuku
15.
Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin _____________________________ .
a)
lain di mulut lain di hati
b)
indah khabar daripada rupa
c)
belakang parang kalau diasah lagikan tajam
d)
tepuk dada tanya selera
16.
Encik Tarmizi ________________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.
a)
seperti lembu dicucuk hidung
b)
seperti anjing menyalak bukit
c)
seperti tikus membaiki labu
d)
seperti murai tercabut ekor
17.
Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya _____________________________ kerana semua nasihatnya tidak mereka endahkan.
a)
bagai haruan makan anak
b)
bagai kambing dihalau ke air
c)
bagai melepaskan batuk di tangga
d)
bagai mencurah air ke daun keladi
18.
Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika bekerja di tapak pembinaan kerana nyawa mereka boleh diibaratkan  ____________________.
a)
bagai gergaji dua mata
b)
bagai telur di hujung tanduk
c)
bagai kucing kehilangan anak
d)
bagai pahat dengan penukul
19.
Subramaniam seperti ________________________________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
a)
kera mendapat bunga
b)
ayam disambar helang
c)
katak di bawah tempurung
d)
murai tercabut ekor
20.
Arisya dan Siti yang bercakap __________________________ itu telah didenda berdiri di atas kerusi kerana membuat bising di dalam kelas.
a)
 seperti murai tercabut ekor 
b)
seperti anjing dengan kucing
c)
seperti tikus jatuh ke dalam beras
d)
seperti bulan jatuh ke atas riba