wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T5/B3

Total questions: 34

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.
Bagaimanakah pengaruh kekuasaan seseorang raja kerajaan Melayu tradisional ditentukan
 T5 ms 65 (SPM 2005)
a)
A.  Kesetiaan rakyat
b)
B.  Kegiatan ekonomi
c)
C.  Konsep ketuhanan
d)
 D.  Kekayaan hasil bumi
2.
Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada  tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 . Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia ? T5 ms 67-71 (SPM 2015)
 I Desakan kumpulan radikal
 II Pemimpin dan rakyat bermuafakat
 III Semangat toleransi menjadi amalan
 IV Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum 
a)
A. I dan II 
b)
B. I dan IV 
c)
C. II dan III 
d)
D. III dan IV       
3.

Deklarasi berikut telah diisytiharkan selepas Perang Dunia Pertama.

Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson Apakah perkara yang dicadangkan dalam deklarasi tersebut ?

T5 ms 68 (SPM 2016)

a)

A Pemulihan sistem monarki

b)

B Pengharaman amalan realpolitik

c)

C Penyatuan rakyat melalui agama

d)

D Penetapan sempadan negara berasaskan bangsa

4.
Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut ?  T5 ms 68 (SPM 2015) 
a)
A. Sistem monarki dipulihkan
b)
B. Amalan realpolitik diharamkan
c)
C. Rakyat disatukan berdasarkan agama
d)
D. Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa
5.
Negara berikut muncul di Eropah pada awal abad ke-20 
•  Poland   •  Yugoslavia  
•  Czechoslovakia

Kemunculan negera-negara tersebut adalah berdasarkan    
T5 B3 ms 68 (SPMU 2016)
a)
A. lokasi strategik
b)
B. kumpulan etnik
c)
C. sistem perundangan
d)
D. kekayaan hasil bumi
6.
Rajah 2 menunjukkan negara bangsa baru yang muncul di Eropah pada awal abad ke-20.
Negara bangsa baru :
Czechoslovakia
Yugoslavia 
Poland 
Finland 
Apakah asas bagi kemunculan negara tersebut?
T5 ms 68 (SPM 2012)
a)
A. Kumpulan etnik
b)
B. Sistem demokrasi
c)
C. Kedudukan geografi
d)
D. Kekayaan hasil bumi
7.
Mengapakah Count Camillo Benso di Cavour menyanjung amalan realpolitik?
 T5 ms 68 (SPM 2008)
a)
A. Kestabilan politik terjamin
b)
B. Kejayaan menyatukan Itali
c)
C. Kerjasama dengan negara lain
d)
D. Kemakmuran ekonomi negara
8.
Mengapakah Prussia memulangkan semula wilayah Venetia kepada Itali pada tahun 1866? 
 T5 ms 69 (SPM 2014)
a)
A.  Pertukaran wilayah
b)
B.  Arahan Liga Bangsa
c)
C.  Kekalahan dalam peperangan
d)
D.  Kerjasama menewaskan Austria
9.
Tokoh berikut telah membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan perang.  
(Otto Eduard von Bismarck)
Bagaimanakah beliau berjaya membangkitkan semangat tersebut? T5 ms 69 (SPM 2010)
a)
A. Membebaskan golongan hamba
b)
B. Menyingkirkan golongan kapitalis
c)
C. Menyemai sikap antikuasa asing
d)
D. Menghapuskan pemerintahan diktator 
10.

Tokoh berikut mengamalkan konsep Realpolitik serta politik darah dan besi semasa memerintah Jerman pada abad ke-19.

Mengapakah beliau mengamalkan konsep tersebut? SPM T5 ms 69 (SPM 2009)

a)

A. Menyatukan negara

b)

B. Melicinkan pentadbiran

c)

C. Menghapuskan sistem beraja

d)

D. Menggubal perlembagaan moden

11.
Mengapakah Otto Eduard von Bismarck menyerang negara berikut pada abad ke-19 ? 
T5  ms 69 (
SPM 2016) 
•   Denmark  • Austria
•   Perancis     
a)
A Menyekat kuasa asing
b)
B Menyatukan negara bangsa
c)
C Menentang fahaman sosialis
d)
D Memulihkan sistem monarki
12.
•  Peperangan dengan Denmark – 1864
•  Peperangan dengan Austria – 1866
•  Peperangan dengan Perancis – 1870
Senarai di atas menunjukkan peperangan yang melibatkan negara Jerman.  
Mengapakah peperangan tersebut berlaku?
T5 ms 69 (SPM 2007)
a)
A. Serangan balas
b)
B. Penyatuan negara
c)
C. Penguasaan ekonomi
d)
D. Kediktatoran pemerintah
13.
Senarai berikut adalah peperangan yang melibatkan Jerman pada abad ke-19.
•  1864 - Peperangan dengan Denmark
•  1866 - Peperangan dengan Austria
•  1870 - Peperangan dengan Perancis
Apakah kesan peperangan tersebut terhadap Jerman? T5 ms 69-70 (SPMU 2014)
a)
A. Kehilangan wilayah
b)
B. Keselamatan terjamin
c)
C. Penamatan sistem monarki 
d)
D. Pembentukan negara bangsa
14.
Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke-19. T5 ms 68-69 Apakah persamaan pembentukan kedua-dua negara bangsa tersebut ?    SPM 2015
a)
A. Mengekalkan sistem monarki
b)
B. Menggunakan kaedah realpolitik
c)
C. Mengamalkan prinsip demokrasi
d)
D. Menguatkuasakan falsafah legalisme 
15.
Kedua-dua tokoh berikut berjaya menyatukan negara masing-masing di Eropah pada abad ke-19. 
• Count Camillo Benso di Cavour
• Otto Eduard von Bismarck
Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut?
T5 ms 68-69 (SPM 2014/2011))
a)
A.  Mengenepikan perbezaan warna kulit
b)
B.  Menyatukan masyarakat majmuk
c)
C.  Menggunakan kaedah realpolitik
d)
D.  Membina empayar yang luas
16.
Senarai berikut adalah ciri-ciri sesuatu bangsa.
• Persamaan adat resam
 
• Persamaan bidang kesenian
 
• X
Apakah X?    
T5 ms 73 (SPM 2016)
a)
A. Persamaan pandangan dunia
b)
B. Persamaan bahasa pertuturan
c)
C. Persamaan sistem kepercayaan
d)
D. Persamaan dasar pemerintahan
17.
Rajah 1 berkaitan dengan ciri sesuatu bangsa. T5 ms 73
Ciri Bangsa: 
Persamaan bidang kesenian 
Persamaan bahasa  
X
Apakah X?     SPM 2012
a)
A. Persamaan falsafah hidup
b)
B. Persamaan warna kulit
c)
C. Persamaan adat resam
d)
D. Persamaan kepercayaan
18.
Dalam konteks negara moden, bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang  mempunyai persamaan dari segi 
 I agama
 II bahasa
 III adat resam
 IV kegiatan ekonomi    
T5 ms 73 (SPMU 2015)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III 
d)
D. III dan IV
19.
Antara yang berikut, yang manakah ciri kenegaraan dalam Kesultanan Melayu Melaka?  
I. Rakyat
II. Harta
III. Pembesar
IV. Kerajaan    
T5 ms 75 (SPM 2007)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
20.
Apakah kepentingan sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?
T5 ms 78 (SPMU 2016)
a)
A. Memastikan adat istiadat dipatuhi
b)
B. Memastikan sistem warisan terpelihara
c)
C. Menjamin keutuhan sistem pemerintahan beraja
d)
D. Mempertahan sistem perundangan tempatan
21.
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 mempunyai ciri asas bagi pembinaan negara dan bangsa.  Apakah buktinya? T5 ms 80 (SPM 2006)
a)
A. Pemerintahan raja berkuasa mutlak
b)
B. Perlembagaan bertulis yang lengkap
c)
C. Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum 
d)
D. Persamaan dengan hukum Kanun Melaka
22.
Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan perlembagaan yang dikenali  sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.  Mengapakah perlembagaan tersebut diluluskan ?    T5 ms 84 (SPM 2013)
a)
A. Meluaskan wilayah pengaruh
b)
B. Mengekalkan kedaulatan negeri 
c)
C. Membentuk kerajaan demokrasi
d)
D. Mengukuhkan hubungan dengan Siam
23.
Senarai berikut adalah undang-undang tubuh kerajaan Melayu.   
• Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
 
• Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911
 
Mengapakah undang-undang tersebut digubal?    
T5 ms 84 & 86 (SPM 2011)
a)
A. Meningkatkan kecekapan pemerintah
b)
B. Membentuk pentadbiran demokratik
c)
C. Memperkukuhkan sistem pertahanan
d)
D. Mengekalkan kedaulatan negeri 
24.
Maklumat berikut merujuk kepada perlembagaan kerajaan Melayu
• Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895  
• Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911 
                                 
Apakah persamaan kandungan kedua-dua perlembagaan tersebut ?
I. Raja dipilih melalui sistem giliran
II. Cukai tanah dikuatkuasakan
III. Islam sebagai agama rasmi
IV. Raja mesti berbangsa Melayu    
T5 ms 81,85 (SPM 2013)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
25.
Apakah peranan Buapak dalam sistem pemerintahan yang berasaskan Adat Perpatih di  Negeri Sembilan?
T5 ms 88 (SPM 2010)
I. Menasihati undang
II. Memimpin suku
III. Mengetuai Perut
IV. Melantik Lembaga    
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV 
26.
Apakah peranan Lembaga dalam sistem pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan?
T5 ms 81 (SPM 2014)
a)
A.  Memilih Undang
b)
B.  Menjadi ketua agama
c)
C.  Menjaga alat kebesaran
d)
D. Menggubal dasar negara
27.
Kata perbilangan adat berikut berkaitan dengan Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan.  
Alam beraja  
Luak berpenghulu
 
Suku berlembaga
 
Anak buah berbuapak

Perbilangan tersebut dapat dikaitkan dengan    
T5 ms 88 (SPM 2008)
a)
A. Protokol istana
b)
B. Upacara perkahwinan
c)
C. Menyambut kelahiran
d)
D. Pemilihan pemimpin
28.
Kata perbilangan adat berikut diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan.  
Alam beraja  
Luak berpenghulu
 
Suku berlembaga
 
Anak buah berbuapak
Apakah corak pentadbiran yang digambarkan oleh kata perbilangan adat tersebut?    T5 ms 88 (SPM 2009)
a)
A. Teokrasi
b)
B. Demokrasi
c)
C. Autokrasi
d)
D. Birokrasi
29.
Apakah bukti yang menunjukkan Adat Perpatih menepati ciri-ciri demokrasi?  
 I Masalah diselesaikan secara musyawarah
 II Perkongsian kuasa pemerintahan diamalkan
 III Wanita terlibat dalam sistem pentadbiran
 IV Ketua dipilih dari peringkat bawah  
T5 ms 88 (SPMU 2015) 
a)
 A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV 
30.
Jadual 5 berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke- 17 dan abad ke-18.
1688Revolusi Inggeris
1789Revolusi Perancis
Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?
 (T5/B3 ms 67)
a)
Sistem sosialis tamat
b)
Ideogologi komunis meluas
c)
Kuasa rakyat bawahan terjejas
d)
Negara berasaskan bangsa dibentuk
31.
Maklumat berikut berkaitan dengan peperangan yang melibatkan negara Jerman.
Peperangan dengan Denmark−1864
Peperangan dengan Austria−1866
Peperangan dengan Perancis−1870
Mengapakah peperangan tersebut berlaku?
(T5/B3 ms 69-70)
a)
Serangan balas
b)
Penyatuan negara
c)
Penguasaan ekonomi
d)
Kediktatoran pemerintah
32.
Berikut adalah Jemaah Menteri yang ditubuhkan di Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1836-1886)
Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri Negeri
Apakah fungsi Jemaah Menteri tersebut?
(T5/B3 ms 84)
a)
Menguruskan pembangunan
b)
Menjaga hal ehwal luar
c)
Mengurus kewangan
d)
Menjaga keamanan
33.

Kata perbilangan adat berikut diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan.

Alam beraja

Luak berpenghulu

Suku berlembaga

Anak buah berbuapak

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang masyarakat tersebut?T5 ms 88 SPM 2018

a)

Mendukung prinsip raja berkuasa mutlak

b)

Mementingkan kecemerlangan individu

c)

Mengutamakan semangat bermuafakat

d)

Melaksanakan undang - undang yang ketat

34.

Badan berikut ditubuhkan di negeri Johor pada abad ke-19.

Majlis Negeri

Berdasarkan Undang - undang Tubuh Negeri Johor 1895, apakah syarat untuk menjadi ahli badan tersebut?

I Kerabat raja yang memerintah

II Keturunan bangsawan

III Beragama islam

IV Bangsa Melayu

T5 B3 ms 82 SPM 2018

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV