wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T5/B5

Total questions: 31

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.
Mengapakah sistem berikut diperkenalkan oleh British di tanah Melayu? 
 Tahun:   1951

 Perkara:   Sistem Ahli diperkenalkan
   
T5 ms 117 (SPM 2011) 
a)
A. Merangka perlembagaan baru
b)
B. Membincangkan syarat kewarganegaraan
c)
C. Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri
d)
D. Melaksanakan pilihhan raya umum
2.
 Apakah kepentingan Sistem Ahli yang diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951?
T5 ms 117-118 (SPM 2008)
a)
A. Mengukuhkan kuasa penjajah
b)
B. Memelihara hak penduduk peribumi
c)
C. Melatih pemimpin dalam pentabbiran
d)
D. Memperaku kuasa pembesar tempatan 
3.
Sistem Ahli – Januari 1951 hingga Jun 1955
Apakah kepentingan pembentukan sistem di atas? 
 I. Memperoleh kerakyatan yang sama
 II. Memulakan proses perpaduan
 III. Melatih berkerajaan sendiri
 IV. Mendapatkan sokongan pembesar  
 
T5 ms 119 (SPM 2007)
a)
A. I dan II
b)
B. II dan III
c)
C. I dan IV
d)
D. III dan IV 
4.
Tokoh berikut telah dilantik memegang portfolio dalam Sistem Ahli pada tahun 1951.  
• Dato Onn Bin Jaafar
 
• Dr Lee Tiang Keng
 
• Dato E.E.C Thuraisingam

 Apakah persamaan tugas mereka dalam sistem tersebut? T5 ms 118   SPM 2011
a)
A. Menasihati raja dalam pentadbiran
b)
B. Mencadangkan undang-undang
c)
C. Merangka sistem pendidikan 
d)
D. Memajukan kegiatan ekonomi 
5.
Tokoh berikut memberi sumbangan dalam pentadbiran negara sebelum merdeka.  
• Dato’ Mahmud Mat
 
• Dato’ E.E.C. Thuraisingam
 
• Dr. Lee Tiang Keng

 Apakah sumbangan mereka?
T5 ms 118 (SPM 2010)
a)
 A. Menganggotai Sistem Ahli
b)
B. Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya
c)
C. Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
d)
D. Menjadi Ahli Suruhanjaya Reid
6.
Apakah perkara yang dipersetujui dalam rundingan berikut? T5 ms 120 (SPM 2010) 
 Tahun:   1949

 Rundingan:    Rundingan antara UMNO dengan Jawatankuasa   Hubungan Antara Kaum atau     Communities Liaison Committee (CLC
   
a)
A. Pengehadan bilangan kaum imigran 
b)
B. Penyertaan Singapura dalam Persekutuan Malaysia 
c)
C. Penggubalan perlembagaan Persekuutuan Tanah Melayu 
d)
D. Penubuhan Lembaga Kemajuan Industri Desa (RIDA)
7.
Gambar 1 adalah Dato' Onn bin Jaafar. Apakah cadangan beliau untuk menyatupadukan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka?    
T5 ms 120 (SPM 2014)
a)
A Membuka keahlian UMNO kepada semua kaum
b)
B Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan
c)
C Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
d)
D Membentuk Parti Perikatan
8.
Pada tahun 1951, Dato, Onn bin Jaafar mencadangkan agar keahlian UMNO dibuka  kepada orang bukan Melayu. Mengapakah beliau bertindak sedemikian?
T5 ms 121 (SPM 2012)
a)
A Memantapkan pentadbiran kerajaan
b)
B Memgiktiraf peranan kaum imigran
c)
C Memperkuat organisasi parti
d)
D Memperkukuh perpaduan
9.
Gambar 3 adalah tokoh yang telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya  (Independence for Malaya Party) pada tahun 1950-an.
Mengapakah beliau menubuhkan parti tersebut?
T5 ms 121 (SPMU 2014)
a)
A Memantapkan kedudukan UMNO
b)
B Mendapatkan bantuan daripada British
c)
C Mewujudkan kerjasama pelbagai kaum
d)
D Melemahkan ancaman pengganas komunis 
10.
Mengapakah parti tersebut ditubuhkan?  Parti :  Parti Kemerdekaan Malaya 
Pengasas:   Dato’ Onn bin Jaafar  
Tahun Penubuhan: 1951     
T5 ms 121 (SPM 2008)
a)
A. Menyekat pengaruh komunis
b)
B. Mewujudkan perpaduan kaum
c)
C. Mempertahankan hak peribumi
d)
D. Mengurangkan pengaruh golongan radikal
11.
Maklumat berikut adalah usaha untuk menyatukan kaum di Tanah Melayu.
•  Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( CLC )  
•  Pembukaan keahlian Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
  ( UMNO ) kepada orang bukan Melayu Mengapakah usaha tersebut penting ?
T5  ms 120 -121(SPMU 2016) 
 
a)
A. Merangka perlembagaan Persekutuan
b)
B. Mempercepat kemerdekaan negara
c)
C. Menetapkan syarat kerakyatan
d)
D. Memantapkan Sistem Ahli
12.
Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1953. Apakah hasil konvensyen tersebut ? T5 ms 121 (SPM 2015)
a)
A Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perbandaran
b)
B Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya
c)
C Pelantikan Jawatankuasa Pilihan Raya 
d)
D Pembentukan Parti Perikatan 
13.
Pada bulan Februari 1952, UMNO Kuala Lumpur dan MCA telah menjalin  kerjasama dalam bidang politik. Apakah kesan kerjasama tersebut terhadap UMNO dan MCA ?    
T5 ms 121 (SPM 2013)
a)
A. Ditentang hebat oleh Parti Kemerdekaan Malaya
b)
B. Mendapat bantuan kewangan daripada British
c)
C. Gagal mendapat sokongan semua kaum
d)
D. Menang dalam pilihan raya majlis perbandaran
14.
Jadual 3 menunjukkan keputusan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. 
Parti                 Bilangan kerusi yang dimenang
Perikatan           51
 PAS                   1

 Apakah manifesto Perti Perikatan sehingga membawa kepada kemenangan tersebut?    
T5 ms 122 (SPM 2009)
a)
A. Peningkatan taraf kesihatan penduduk
b)
B. Pengekalan sistem pentadbiran Barat
c)
C. Peluang pekerjaan kepada rakyat
d)
D. Perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu
15.
Maklumat berikut merujuk kepada rundingan antara wakil Tanah Melayu dengan British
 RUNDINGAN LONDON  
• Dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd    
• Berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956
Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut ?
T5 B5 ms 123 (SPM 2016)
a)
A. Pelaksanaan pilihan raya umum
b)
B. Pemberian kemerdekaan tanah air
c)
C. Pengekalan hak istimewa orang melayu 
d)
D. Pelantikan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri
16.
Gambar 3 berkaitan Rundingan London yang diadakan pada tahun 1956 .  
 Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut ?          
T5 ms 124 (SPM 2015)
a)
A Pembentukan Jawatankuasa Antara Kaum
b)
B Kelonggaran syarat mendapatkan kerakyatan
c)
C Penubuhan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan
d)
D Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
17.
Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan yang dilakukan sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.T5 ms 124
Tarikh :    18 Januari - 8 Februari 1956

Rundingan:   Rundingan London

 Apakah persetujuan yang dicapai dalam rundingan tersebut?     SPM 2014
a)
A Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum
b)
B Penetapan syarat mendapatkan kerakyatan
c)
C Pembentukan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan
d)
D Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
18.
Gambar 2 menunjukkan Tunku Abdul Rahman sedang diarak di Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. 
Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada masyarakat Tanah Melayu.    
T5 ms 124 (SPM 2009)
a)
 A. Pengisytiharaan tarikh kemerdekaan
b)
B. Kunjungan pemimpin negara
c)
C. Kempen pilihan raya umum
d)
D. Pembentukan Persekutuan Malaysia
19.
Suruhanjaya Reid dibentuk di Tanah Melayu pada tahun 1956 sebagai persediaan kemerdekaan.  Apakah tugas suruhanjaya tersebut?    
T5 ms 125 (SPM 2007)
a)
A. Menganjurkan rundingan antara kaum
b)
B. Melantik pegawai pentadbiran baru
c)
C. Mencadangkan tarikh pilihan raya
d)
D. Merangka perlembagaan
20.
Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid telah dibentuk.  Apakah peranan suruhanjaya tersebut?    
T5 ms 125 (SPMU 2014)
a)
A Merancang pembangunan ekonomi
b)
B Melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran
c)
C Membentuk Jawatankuasa Perpaduan Kaum
d)
D Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
21.
Maklumat berikut berkaitan dengan Suruhanjaya Reid
Fungsi Suruhanjaya Reid:
Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan  Tanah Melayu yang akan merdeka

Apakah isu yang diberikan perhatian oleh suruhanjaya tersebut?                                  
T5 ms126 (SPMU 2015)
a)
A Hal kerakyatan
b)
B Penetapan sempadan
c)
C Hal ehwal imigresen
d)
D Peruntukan kewangan
22.
 Antara yang berikut, manakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian  Persekutuan Tanah Melayu 1957?  
 I Melalui permohonan
 II Kuat kuasa undang-undang
 III Perkenan Raja-Raja Melayu
 IV Kelulusan Dewan Undangan Negeri    
T5 ms 127 (SPM 2012)
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dn III
d)
D III dan IV 
23.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu  dan British pada 15 Ogos 1957.  
 Apakah kesan perjanjian tersebut? 
T5 ms 127 (SPM 2010)
a)
A. Pemisahan kuasa negeri dengan persekutuan
b)
B. Pembentukan kerajaan bercorak republik
c)
C. Pesuruhjaya Negeri dikekalkan
d)
D. Pengaruh golongan kiri dihapuskan
24.
Pemimpin Melayu Perikatan : Kami bersetuju menerima prinsip   kerakyatan secara “ jus soli ”
Kesan daripada persetujan di atas dalam Pakatan Murni menyebabkan pemimpin  bukan Melayu bersetuju menerima  
 I agama Persekutuan
 II undang-undang
 III prinsip kehakiman negara
 IV kedudukan raja-raja Melayu                          
T5 ms 126,127 (SPM 2004)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III 
d)
D. III dan IV
25.
Apakah yang dilaksanakan oleh pemimpin Tanah Melayu pada tahun 1950-an  untuk merealisasikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?
T5 ms 131 (SPM 2014)
a)
A Memperkukuh perpaduan kaum
b)
B Mengadakan pungutan suara
c)
C Mendapatkan sokongan luar
d)
D Berunding dengan komunis
26.
Tokoh berikut  telah berjasa kepada Malaysia. 
Tun Abdul Razak Husin
Tun H.S. Lee
Tun V.T. Sambanthan
Apakah jasa mereka?            
T5 ms 131-132 (SPMU 2015)
a)
A Menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara
b)
B Menentang Malayan Union
c)
C Menamatkan zaman darurat 
d)
D Menyatupadukan rakyat
27.
Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951.
Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi?
(T5/B5 ms 117)
a)
Kabinet bayangan bebas daripada kawalan kerajaan pusat
b)
Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan
c)
Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja
d)
Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir
28.
Rajah 3 menunjukkan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka.
Mengapakah perkembangan tersebut berlaku?(T5/B5 ms 119-121)
a)
Keputusan pilihan raya tidak memberangsangkan
b)
Kecekapan sistem pentadbiran negara meningkat
c)
Pengaruh orang dagang semakin kuat
d)
Perpaduan antara kaum tidak mantap
29.
Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951.  
Bagaimanakah sistem tersebut dapat memperkukuh perpaduan rakyat ?    
T5 B5 ms 118 (SPMU 2016)
a)
A. Ahli dipantau oleh suruhanjaya bebas 
b)
B. Undang-undang antiperkauman digubal
c)
C. Ahli dilantik dalam kalangan pelbagai kaum
d)
D. Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan
30.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran British.

Tahun ↔ 1951

Sistem Yang Diperkenalkan ↔ Sistem Ahli

Apakah manfaat pengenalan sistem tersebut kepada rakyat Tanah Melayu?

T5 ms 117 SPM 2018

a)

Berhak mengawal kewangan

b)

Berkuasa menentukan dasar

c)

Memperkukuh penguasaan politik

d)

Menimba pengalaman mentadbir kerajaan

31.

Maklumat berikut berkaitan fungsi Suruhanjaya Reid

• Menetapkan kuasa Kerajaan Pusat dan kuasa Kerajaan Negeri

• Mewujudkan rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu • X

Apakah X ?

T5 ms 125 SPM 2018

a)

Menentukan sempadan negeri

b)

Menetapkan syarat kerakyatan

c)

Merangka perlembagaan negara

d)

Mencadangkan tarikh pilihan raya