wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Ting 2- Biodiversiti / saling bersandaran

Total questions: 70

Worksheet time: 55mins

Name
Class
Date
1.
antara kumpulan vertebrata berikut yang manakah melakukan persenyawaan luar?
a)
ikan sahaja 
b)
ikan dan amfibia 
c)
amfibia dan reptilia 
d)
amfibia , burung dan mamalia
2.
bersisik kering 
berdarah sejuk 
bertelur 
haiwan manakah yang mempunyai ciri-ciri di atas? 
a)
ular
b)
itik 
c)
ikan bawal 
d)
platipus 
3.
bersisik kering 
berdarah sejuk 
bertelur 
haiwan manakah yang mempunyai ciri-ciri di atas? 
a)
ular
b)
itik 
c)
ikan bawal 
d)
platipus 
4.
bernafas melalui peparu 
hidup dalam air 
melahirkan anak 
ciri-ciri dia di atas dipunyai oleh satu haiwan vertebrata.
antara berikut yang manakah haiwan itu? 
a)
yu 
b)
katak 
c)
ikan lumba-lumba 
d)
penyu
5.
rajah menunjukkan dua haiwan dari kelas yang berlainan.
apakah persamaan kedua-dua haiwan itu?
a)
bertelur dan berdarah sejuk
b)
bersisik dan bercuping telinga 
c)
bertelur dan berdarah panas
d)
bersisik kering dan berdarah panas 
6.
setiap haiwan pada rajah mewakili satu kelas haiwan. 
antara berikut yang manakah mungkin haiwan X? 
I. kura-kura 
II. ikan paus 
III. tenggiling 
a)
I dan II sahaja
b)
I dan III sahaja 
c)
II dan III sahaja 
d)
I , II dan III
7.
pokok jagung tergolong dalam kumpulan tumbuhan berbunga dikotiledon
a)
benar
b)
palsu
8.
daun pokok durian mempunyai urat daun jejala 
a)
benar 
b)
palsu
9.
persaingan adalah salah satu interaksi simbiosis
a)
benar
b)
palsu
10.
jenis interaksi antara batang pokok dan teritip pokok ialah parasitisme
a)
benar 
b)
palsu
11.
antara berikut yang manakah pengeluar dalam suatu ekosistem?
a)
kulat 
b)
alga
c)
belalang 
d)
helang
12.
K : pokok dedalu 
L : pokok 
M : bakteria rhizobium
N : afid 
antara pasangan organisma di atas yang manakah menunjukkan parasitisme? 
a)
K dan L
b)
K dan M 
c)
L dan M
d)
M dan N
13.
berdarah sejuk 
kulit badan lembap
persenyawaan luar 
bernafas menggunakan insang semasa kecil
haiwan manakah yang mempunyai ciri-ciri di atas
a)
ular 
b)
kodok 
c)
ikan emas 
d)
angsa
14.
antara berikut yang manakah merupakan tumbuhan saprofit?
a)
lumut 
b)
spirogira
c)
paku pakis 
d)
cendawan
15.
rajah menunjukkan pengelasan tumbuhan tak berbunga. 
antara berikut yang manakah merupakan tumbuhan X? 
a)
yis 
b)
alga
c)
lumut
d)
paku pakis
16.
semua haiwan dalam rajah boleh dikategorikan kepada satu kelas berdasar ciri
a)
berbulu pelepah
b)
melahirkan anak 
c)
berdarah panas 
d)
haiwan omnivor
17.
yang manakah benar tentang haiwan dan kelas haiwan itu? 
a)
kelawar - mamalia 
b)
cicak - amfibia 
c)
buaya - mamalia 
d)
ikan paus  - ikan 
18.
tumbuhan manakah yang tidak berbuah
a)
padi 
b)
semalu 
c)
keembung 
d)
paku pakis 
19.
seekor burung dibawa dari luar rumah ke dalam bilik bersuhu 18⁰C. 
didapati suhu badan burung itu akan 
a)
menaik
b)
menurun 
c)
kekal tidak berubah
d)
tidak tetap
20.
antara haiwan berikut yang manakah melahirkan anak 
I. landak 
II. kelawar
III. ikan lumba-lumba
a)
I , II dan III
b)
I dan II sahaja
c)
II dan III sahaja 
d)
I sahaja
21.
rajah menunjukkan satu rantai makanan.
antara hidupan berikut yang manakah harus berada dalam kuantiti yang paling banyak?
a)
P
b)
Q
c)
R
d)
S
22.
rajah menunjukkan satu siratan makanan.
antara berikut yang manakah merupakan pengguna primer dan pengguna sekunder?
a)
pengguna primer - belalang dan helang
pengguna sekunder - ayam 
b)
pengguna primer - beluncas dan belalang 
pengguna sekunder - ayam dan ular
c)
pengguna primer - beluncas, belalang dan lembu 
pengguna sekunder - ayam dan manusia 
d)
pengguna primer - lembu dan ular
penggguna sekunder - manusia
23.
padi → belalang → burung → helang 
rajah menunjukkan satu rantai makanan.
jika bilangan burung berkurangan secara tiba-tiba apakah yang berlaku 
I. populasi belalang bertambah
II. populasi helang berkurang
III. populasi tumbuhan berkurang
a)
I , II dan III
b)
I dan II sahaja
c)
II dan III sahaja 
d)
I sahaja
24.
bilangan organisma ___________ apabila bergerak dari tapak piramid nombor ke puncaknya. 
a)
bertambah
b)
berkurang
25.
ular di ladang kelapa sawit dapat
a)
mengawal penyakit pokok kelapa sawit
b)
mengelakkan kecurian buah sawit
c)
mengawal perosak secara biologi
d)
menambah baja organik
26.
antara pasangan organisma berikut yang manakah merupakan pasangan kawalan biologi
a)
paku langsuyar - pokok besar
b)
ikan gapi - jentik-jentik
c)
cacing pita - manusia 
d)
burung pipit - padi
27.
rajah menunjukkan aliran tenaga.
antara organisma berikut yang manakah mewakili K, L, M dan N?
a)
K: padi
L : belalang 
M: katak 
N : ular
b)
K : rumput 
L : katak 
M : tikus 
N : helang
c)
K :ular 
L : padi 
L: belalang 
N : tikus 
d)
K : helang 
L : ular 
M : katak 
N : belalang 
28.
rajah menunjukkan radas yang digunakan untuk mengkaji proses fotosintesis.
kanji tidak hadir dalam daun pada akhir eksperimen kerana 
a)
air tidak hadir
b)
oksigen tidak hadir
c)
cahaya matahari tidak dapat menembusi serkup kaca
d)
karbon dioksida diserap oleh larutan natrium hidroksida
29.
daun → beluncas → katak → ular
pengurangan populasi ular dalam rantai makanan di atas akan menyebabkan 
I. bilangan beluncas berkurangan 
II. bilangan katak berkurangan 
III. bilangan daun bertambah 
a)
I dan II sahaja 
b)
I dan III sahaja
c)
II dan III sahaja
d)
I , II dan III
30.
yang manakah mewakili gas X dan Y dalam rajah di atas? 
a)
X : oksigen 
Y : karbon dioksida
b)
X : karbon dioksida 
Y : oksigen 
c)
X : Hidrogen 
Y : nitrogen
d)
X : nitrogen 
Y : wap air
31.
pilih padanan organisma dan habitat yang salah 
a)
lumut : tempat lembab dan bercahaya
b)
kulat :tempat lembab dan gelap
c)
cacing : kawasan berpasir 
d)
zirafah : padang rumput
32.
apakah yang dimaksudkan haiwan vertebrata
a)
haiwan berkaki empat
b)
haiwan berdarah panas
c)
haiwan bertulang belakang 
d)
haiwan tidak bertulang belakang
33.
kenyataan manakah tidak benar tentang haiwan yang dinyatakan? 
a)
reptilia : berkulit lembab
b)
amfibia : bertelur dalam air
c)
burung : bersisik di bahagian kaki
d)
ikan :badan sisik berlendir 
34.
haiwan-haiwan berikut tergolong dalam kelas yang sama kecuali
a)
merpati
b)
kelawar
c)
bangau 
d)
penguin
35.
vertebrata terdiri daripada mamalia , Y , amfibia, ikan dan burung.
Y mungkin sekali mempunyai sifat 
a)
peringkat berudu semasa kecil
b)
badan diselaputi sisik tanpa lendir
c)
berdarah panas 
d)
melakukan persenyawaan luar
36.
antara berikut yang manakah bukan sifat mamalia 
a)
mempunyai bulu roma
b)
mempunyai akal untuk berfikir
c)
bercuping telinga
d)
melahirkan dan menyusukan anak
37.
antara berikut yang manakah bukan contoh invertebrata
a)
lipan
b)
cicak
c)
kupu-kupu 
d)
cacing tanah
38.
kotiledon ialah
a)
kulit biji benih
b)
bahagian yang akan menjadi akar pada anak benih
c)
bahagian yang akan bercambah menjadi anak benih 
d)
bahagian yang menyimpan makanan pada biji benih untuk bercambah
39.
antara ciri berikut yang manakah dipunyai oleh tumbuhan monokotiledon
a)
daun urat selari
b)
akar tunjang 
c)
batang berkayu
d)
dua kotiledon
40.
berikut adalah contoh tumbuhan dikotiledon kecuali
a)
pokok keembung
b)
pokok nangka
c)
pokok bunga raya
d)
pokok jagung
41.
cendawan, yis , kulat tetupai dan mukor mempunyai persamaan kecuali 
a)
boleh berfotosintesis
b)
menghasilkan spora
c)
hidup sebagai parasit atau saprofit
d)
tiada akar, batang atau daun sebenar
42.
K dalam rajah di atas mungkin sekali
a)
kulapuk
b)
rumpai air
c)
spirogira
d)
paku langsuyar
43.
antara sifat pokok yang mempunyai daun seperti rajah di atas ialah
I. mempunyai dua kotiledon
II. mempunyai akar serabut
III. batangnya tidak berkayu
a)
I, II dan III
b)
I dan II sahaja
c)
II dan III sahaja
d)
I sahaja
44.
pernyataan manakah benar tentang tumbuhan tidak berbunga
I. lumut hasilkan spora untuk membiak
II. terdapat alga yang tergolong dalam ketegori unisel
III. kulat boleh membuat makanannya sendiri
a)
I, II dan III 
b)
I dan II sahaja
c)
II dan III sahaja
d)
I sahaja 
45.
sebilangan organisma daripada spesies sama yang tinggal dalam suatu kawasan yang tertentu dipanggil 
a)
habitat 
b)
populasi
c)
ekosistem
d)
komuniti
46.
tempat tinggal semulajadi haiwan dan tumbuhan dipanggil
a)
habitat 
b)
ekologi
c)
ekosistem
d)
komuniti
47.
haiwan dan tumbuhan dalam kolam bersama dengan fizikal kolam membentuk 
a)
komuniti
b)
habitat 
c)
ekosistem
d)
populasi
48.
pernyataan manakah benar tentang saling bersandaran antara organisma
a)
organisma boleh hidup secara bersendirian
b)
semua organisma bergantung antara satu sama lain untuk dapatkan makanan sahaja
c)
saling bersandaran antara haiwan dan tumbuhan hanya menguntungkan haiwan sahaja
d)
pergantungan organisma antara satu sama lain untuk mendapatkan keperluan hidup disebut saling bersandaran 
49.
conton manakah menunjukkan saling bersandaran antara benda hidup dengan benda bukan hidup
a)
lebah menghisap madu dan membantu pendebungaan bunga tersebut 
b)
haiwan bergantung kepada tumbuhan hijau untuk bekalan oksigen
c)
anai-anai hidup di celah batu dan batu melindunginya 
d)
bakteria pengikat nitrogen bergantung kepada akar pokok kekacang untuk makanan adn bahan mineral
50.
piramid nombor menunjukkan bilangan pengeluar dan penguna setiap peringkat dalam suatu
a)
komuniti
b)
populasi
c)
ekosistem
d)
habitat
51.
rumpai laut → ikan kembung → ikan yu kecil → serigala laut
yang manakah merupakan pengguna sekunder
a)
rumpai laut
b)
ikan kembung
c)
ikan yu kecil
d)
serigala laut
52.
dalam sebuah piramid nombor tapaknya dibentuk oleh 
a)
pengeluar
b)
pengguna primer
c)
pengguna sekunder
d)
pengguna tertier
53.
organisma P mungkin 
a)
harimau
b)
kambing
c)
ular
d)
kancil
54.
sebuah piramid nombor memberi semua maklumat di bawah kecuali 
a)
saiz organisma 
b)
jenis organisma
c)
bilangan organisma
55.
benda-benda bukan hidup temasuklah 
I. garam mineral
II. keadaan iklim
III. udara 
a)
I, II dan III
b)
I dan II sahaja
c)
II dan III sahaja
d)
I sahaja
56.
yang manakah tidak benar tentang pernyataan mangsa dan pemangsa di bawah
a)
burung helang adalah pemangsa
b)
interaksi ini hanya menguntungkn pemangsa sahaja
c)
interaksi ini boleh digunakan sebagai kaedah kawalan biologi
d)
pemangsa ialah haiwan yang ditangkap dan dimakan oleh haiwan lain
57.
apakah tujuan utama kawalan biologi
a)
kurangkan kos
b)
mudahkan pengurusan
c)
elakkan penggunaan racun perosak
d)
tambahkan kesuburan tanah
58.
antara berikut manakah bukan contoh interaksi simbiosis
a)
alga hijau dan kulat
b)
cacing pita dalam usus
c)
buran dan umang-umang
d)
bakteria simbiotik dan manusia
59.
rajah di atas mewakili 
I. siratan makanan
II. komuniti 
III. habitat
a)
I, II dan III
b)
I dan II sahaja
c)
II dan III sahaja
d)
I sahaja
60.
daun lebar 
mempunyai duri atau sulur paut
ciri ini dipunyai oleh tumbuhan S.
ia mungkin boleh ditemui di kawasan
a)
paya 
b)
gurun 
c)
tropika
d)
tundra
61.
haiwan-haiwan manakah yang dilindungi oleh undang-undang Malaysia
I. burung pipit
II. orang utan 
III. tapir
a)
I sahaja
b)
I dan II sahaja
c)
II dan III sahaja
d)
I, II dan III
62.
berikut adalah kepentingan alam semulajadi kepada manusia kecuali
a)
sumber makanan
b)
salah satu bahan pendidikan
c)
tempat rekreasi
d)
sumber karbon dioksida dan nitrogen
63.
organisma yang mereputkan bangkai haiwan dan tumbuhan kepada bahan asas yang lebih ringkas ialah pengurai
a)
benar
b)
palsu
64.
pigmen hijau pada daun yang menyerap cahaya matahari adalah 
a)
fotosintesis 
b)
glukosa 
c)
klorofil
d)
sitoplasma
65.
proses pengoksidaan makanan dalam badan untuk menghasilkan tenaga ialah
a)
respirasi sel
b)
redoks
c)
perkumuhan 
d)
penghadaman
66.
yang manakah merupakan hasil fotosintesis 
a)
nitrogen
b)
glukosa
c)
karbon dioksida
d)
asid amino
67.
kehadiran kanji pada daun boleh dikesan dengan menggunakan 
a)
larutan Benedict
b)
larutan Fehling
c)
larutan iodin
d)
larutan Minlon
68.
tujuan mendidihkan daun di dalam air didih dalam ujian kanji adalah untuk menyingkirkan klorofil
a)
benar
b)
palsu
69.
kajian tentang cara organisma saling bersandaran antara satu sama lain dengan persekitaran 
a)
spesies 
b)
populasi 
c)
ekosistem
d)
ekologi
70.
interaksi antara spesies yang sama untuk mendapatkan kepeluan hidup dalam habitat yang sama
a)
persaingan interspesies 
b)
persaingan intraspesies 
c)
kawalan biologi
d)
mangsa pemangsa