wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FAKTOR PENGANGKUTAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Manakah yang BUKAN faktor fizikal yang menghalang pembinaan jalan raya?
a)
Paya
b)
Cerun curam
c)
Gunung ganang
d)
Tanah pamah
2.
Faktor fizikal utama pemilihan lokasi untuk membina pelabuhan ialah pinggir pantai yang
a)
berpenduduk padat
b)
terletak di tanah pamah yang luas
c)
berpemandangan cantik
d)
terlindung daripada tiupan angin kencang
3.
Faktor fizikal utama untuk pembinaan lapangan terbang ialah
a)
bilangan buruh yang ramai
b)
kawasan yang rata dan luas
c)
perbelanjaan yang besar
d)
kepakaran dan teknologi yang tinggi
4.
Bagi mengatasi masalah fizikal, pembinaan jalan raya yang merentasi gunung memerlukan....
a)
tanaman tutup bumi
b)
pembinaan pembinaan terowong
c)
bilangan buruh yang ramai
d)
tarahan bukit
5.
Walaupun terdapat halangan fizikal dan kos tinggi, jaringan masih dibina kerana ____ KECUALI
a)
aliran sungai deras sesuai untuk pembinaan empangan hidro
b)
udara nyaman menjadi tarikan pelancong
c)
tanah tinggi sesuai tanaman hawa sederhana
d)
bekalan haba dan cahaya matahari yang mencukupi
6.
Apakah faktor fizikal yang mempengaruhi perkembangan jaringan pengangkutan di Malaysia?
a)
Bentuk muka bumi yang rata dan luas
b)
Bilangan buruh mahir yang mencukupi
c)
Modal yang banyak
d)
Teknologi yang tinggi
7.
Antara berikut manakah BUKAN faktor ekonomi yang mempengaruhi perkembangan pengangkutan.
a)
kawasan pertanian yang utama
b)
bentuk muka bumi yang rata dan luas
c)
sumber mineral yang banyak
d)
perkembangan sektor pelancongan
8.
Di kawasan yang mempunyai sumber mineral yang banyak memerlukan sistem pengangkutan kerana
a)
memudahkan kerja membawa keluar bahan mineral
b)
meningkatkan nilai sumber mineral
c)
memudahkan kerja melombong
d)
meningkatkan pendapatan kerajaan
9.
Antara berikut manakah agensi yang tidak berkaitan dengan pembinaan sistem pengangkutan jalan di Malaysia?
a)
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
b)
Jabatan Kerja Raya
c)
Syarikat Penerbangan Air Asia
d)
Lembaga Lebuh Raya Malaysia
10.
Apakah dasar yang digunakan bagimengalakkan sektor swasta melabur dalampembinaan infrastruktur?
a)
Dasar penswastaan
b)
Dasar pandang ke timur
c)
Dasar kewarganegaraan
d)
Dasar ekonomi baru
11.
Bagaimana pihak swasta membiayai pengurusan lebuhraya di Malaysia?
a)
Mengenakan denda kepada pesalah jalan raya
b)
Mengenakan cukai jalan
c)
Mengenakan bayaran tol
d)
Mengenakan tambang yang tinggi
12.
Apakah kelebihan Syarikat Air Asia dalam meningkatkan pengurusan penerbangan yang cekap?
a)
Boleh membawa bagasi secara percuma
b)
Layanan pramugari yang mesra
c)
Kapal terbang yang besar dan moden
d)
Menyediakan skim tambang murah
13.
Maxis dan Celcom.
Apa peranan mereka dalam negara?
a)
Menyediakan telefon biasa dan tanpa wayar
b)
Membangunkan MSC
c)
Perbadanan membangunkan kemudahan perhubungan tanpa wayar.
d)
Menguruskan sistem perhubungan negara
14.
Kerajaan menyediakan kemudahan teknologi maklumat & komunikasi. Manakah yang berkaitan?
a)
Syarikat Telekom Malaysia
b)
Syarikat Maxis Sendirian Berhad
c)
Syarikat Celcom Sendrian Berhad
d)
Koridor Raya Multimedia
15.
'membolehkan penglibatan langsung jurutera tempatan dalam pembinaan pengangkutan' menghasilkan
a)
dasar pandang ke timur
b)
pemindahan teknologi
c)
penswastaan
d)
Koridor raya Multimedia
16.
Apakah kesan daripada pemindahan teknologi daripada luar negara kepada sektor pengangkutan?
a)
menambah bilangan pemilik kenderaan
b)
memodenkan sistem pengangkutan dan perhubungan negara
c)
menambah kemasukan buruh asing dalam negara
d)
menambahkan kenaikan harga minyak
17.
Manakah BUKAN peranan kerajaan dalam memperkembang sektor pengangkutan dan perhubungan negara?
a)
Menaikan harga tol dan minyak
b)
Mewujudkan dasar penswastaan
c)
Pembinaan lapangan terbang
d)
Membina transit aliran ringan
18.
Apakah faktor utama yang mempengaruhi pembinaan jalan raya di lokasi berikut?
Shas Alam
Bayan Lepas
a)
Memajukan pusat pelancongan
b)
Perkembangan perdagangan antarabangsa
c)
Perkembangan perlombongan
d)
Kepesatan perindustrian
19.
Berikut adalah faktor utama pembinaan terowong di Malaysia KECUALI
a)
kekurangan jalan raya
b)
halangan fizikal
c)
mengurangkan hakisan tanih
d)
teknologi tinggi
20.
Berikut adalah faktor utama pembinaan lebuhraya di Malaysia KECUALI
a)
mengurangkan pencemaran udara
b)
pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya
c)
meningkatkan pendapatan negara melalui kutipan tol
d)
meningkatkan penggunaan telefon tanpa wayar