NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsSEJARAH SPM
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Name
Class
Date
1.
Mengapakah tamadun awal dunia terbentuk di kawasan lembah sungai?
a)
Kepercayaan nenek moyang
b)
Kemudahan pemujaan
c)
Keselamatan terjamin
d)
Kesuburan tanah
2.
Mengapakah Maharaja Shih Huang Ti mengarahkan pembinaan Tembok Besar China?
a)
Menunjukkan ketinggian seni bina
b)
Menghalang penghijrahan penduduk
c)
Melaksanakan pemerintahan secara autokratik
d)
Mempertahan empayar daripada serangan musuh
3.
Dalam upacara angkat sumpah, datu akan meminum air yang disiram pada batu bersurat di sebuah tempat suci bernama Telaga Batu Mengapakah datu perlu mengikuti upacara tersebut?
a)
Membezakan kedudukan pembesar dengan rakyat
b)
Menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah
c)
Mendapat pengiktirafan untuk memerintah
d)
Mewarisi amalan turun temurun
4.
Apakah maksud hijrah dalam konteks tamadun Islam?
I Perjuangan menegakkan kebenaran
II Penyebaran wahyu kepada umat manusia
III Perjalanan orang Islam Makkah ke Habsyah IV Perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah
I Perjuangan menegakkan kebenaran
II Penyebaran wahyu kepada umat manusia
III Perjalanan orang Islam Makkah ke Habsyah IV Perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
5.
Apakah kandungan Perjanjian Hudaibiyah yang membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. dapat merangka program dakwah Islamiah?
a)
Kebebasan memihak orang Islam Madinah
b)
Kebebasan memihak kabilah Arab
c)
Gencatan senjata selama 10 tahun
d)
Kebenaran mengerjakan umrah
6.
Sekiranya anda ingin menjadi calon khalifah dalam pemerintahan kerajaan Khulafa al-Rasyidin, apakah syarat yang perlu anda patuhi?
a)
Berharta
b)
Berpengaruh
c)
Mahir bersenjata
d)
Lelaki merdeka
7.
Jawatan Sheikh-ul-Islam diwujudkan dalam pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah Apakah peranannya?
a)
Mengeluarkan fatwa
b)
Menyusun pentadbiran
c)
Melindungi pemerintah
d)
Menjaga kebajikan rakyat
8.
Pemerintah tempatan telah menganugerahkan jawatan penting kepada segelintir pedagang Islam yang berada di Asia Tenggara. Apakah jawatan tersebut?
a)
Bendahara
b)
Syahbandar
c)
Laksamana
d)
Temenggung
9.
Selepas kedatangan Islam, berlaku perubahan dalam adat istiadat pertabalan raja dalam masyarakat Melayu tradisional. Apakah perubahan tersebut?
a)
Pembacaan ciri
b)
Menjunjung duli
c)
Sumpah daulat
d)
Proses baiah
10.
Apakah aspek yang ditekankan oleh Gereja Katolik pada zaman Pertengahan di Eropah?
a)
Pembelajaran ilmu akhirat
b)
Penerokaan wilayah baru
c)
Pengukuhan institusi keluarga
d)
Penguasaan kegiatan perdagangan
11.
Apakah implikasi pelaksanaan birokrasi Barat di Thailand?
a)
Pemantapan institusi raja
b)
Persaingan kuasa luar
c)
Pengekalan kemerdekaan
d)
Peningkatan ekonomi peribumi
12.
Apakah tindakan Jose Rizal setelah gerakan dakyah gagal mencapai matlamatnya?
a)
Bekerjasama dengan penjajah
b)
Membentuk Liga Filipina
c)
Menubuhkan Katipunan
d)
Melancarkan pemberontakan
13.
Apakah organisasi yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun di Tanah Melayu.
a)
MPAJA
b)
Force 136
c)
Wataniah
d)
AMCJA
14.
Bagaimanakah Nabi Nabi Muhammad s.a.w. mengasaskan kerajaan Islam di Madinah?
a)
Melalui cara pemujukan
b)
Menerusi pungutan suara
c)
Melalui kekuatan tentera
d)
Menerusi permuafakatan
15.
Apakah tugas Buapak dalam sistem pemerintahan Adat Pepatih di Negeri Sembilan?
a)
Mengetuai luak
b)
Mentadbir daerah
c)
Melantik anak buah
d)
Menyelesaikan masalah
Reset
