wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T4/B8

Total questions: 26

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.
Golongan raja di Asia Tenggara menggunakan gelaran berikut setelah kedatangan Islam.
• Zillullah fil-alam  
Zillullah fil-ardh

Mengapakah gelaran tersebut digunakan? T4 ms 197 (SPM 2014) 
 
a)
A. Melambangkan kemakmuran kerajaan
b)
B. Mengekalkan warisan tradisi
c)
C. Mengesahkan kewibawaan
d)
D. Memelihara hak penduduk 
2.
Mengapakah nasab keturunan sultan yang memerintah di Asia Tenggara sering dikaitkan dengan  Iskandar Zulkarnain ?
T4 B7 ms 197 (SPM 2016)
a)
A Mengelakkan perpecahan rakyat
b)
B Memperkukuh hubungan perdagangan
c)
C Meningkatkan kewibawaan pemerintah
d)
D Mengekalkan amalan adat tradisional
3.
Senarai berikut adalah tokoh ulama penting pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka 
• Maulana Sadar Jahan  
• Maulana Jalaludin
 
• Qadi Yusuf 

Mengapakah tokoh ulama tersebut dianggap penting?                                  
T4 ms 197 (SPMU 2015)
a)
A. Penasihat sultan
b)
B. Hakim perbicaraan
c)
C. Pengurus baitulmal
d)
D. Penggubal undang-undang
4.
Tokoh berikut berperanan penting dalam Kesultanan Melayu Melaka.     
• Makhdum Sayid Abdul Aziz
 
• Maulana Abu Bakar
 
• Maulana Sadar Jahan 

 Apakah peranan mereka?    
T4 ms 197 (SPM 2008)  
a)
A. Menasihati pemerintah
b)
B. Menetapkan istiadat diraja
c)
C. Mengetuai utusan diplomatik
d)
D. Menguatkuasakan undang-undang
5.
Jadual berikut berkaitaan dengan tokoh ulama yang terdapat di negara kita.
 Tuk Pulai Condong: Kelantan

 Tuk Ku Pulau Manis: Terengganu

 Apakah peranan tokoh ulama tersebut ?
T4 ms 197 (SPM 2011)
a)
A. Menasihati sultan
b)
B. Mengawal adat istiadat
c)
C. Menguatkuasa undang-undang
d)
D. Mengetuai pentadbiran wilayah
6.
Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan mempunyai ciri matrilineal. Apakah ciri matrilineal dalam adat tersebut ?
 T4 B8 ms 198 (SPM 2016)
a)
A. Pelantikan ketua adat
b)
B. Keturunan sebelah bapa
c)
C. Perkahwinan sesama suku
d)
D. Anak perempuan mewarisi harta
7.
Apakah ciri matrilineal dalam Adat Perpatih? T4 ms 198 (SPM 2006)
a)
A. Pelantikan ketua adat
b)
B. Nasab keturunan bapa
c)
C. Perkahwinan luar suku
d)
 D. Perempuan mewarisi harta
8.
Rajah 2  berkaitan dengan sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka 
Undang – undang Kesultanan Melayu Melaka:
Hukum Kanun Melaka
Undang-Undang Laut Melaka  
Apakah persamaan undang-undang tersebut?  
T4 ms 200  (SPMU 2015)  
a)
 A. Mengandungi peraturan berkeluarga
b)
B. Menjelaskan pantang larang dalam masyarakat 
c)
C. Menghuraikan tanggungjawab dan hukuman
d)
D. Menetapkan tugas raja dan pembesar 
9.
Undang-undang bertulis:
Hukum Kanun Melaka 
Undang-Undang Laut Melaka 
Rajah di atas menunjukkan undang-undang yang diamalkan dalam Kesultanan Melayu Melaka.  Apakah persamaan undang-undang tersebut?    
T4 ms 200 (SPM 2006)
a)
 A. Peraturan berkeluarga
b)
B. Pantang larang anggota masyarakat
c)
C. Penetapan tugas raja dan pembesar
d)
D. Penetapan tanggungjawab dan hukuman
10.
Undang-undang berikut dilaksanakan dalam kerajaan Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat.   
• Hukum Kanun Melaka
 
• Undang-undang Perak
 
• Undang-undang Pahang
Apakah kepentingan undang-undang tersebut?    
T4 ms 200 (SPM 2009)  
a)
A. Menentukan corak pemerintahan kerajaan
b)
B. Menyekat perluasan pengaruh kerajaan luar
c)
C. Menetapkan sempadan antara negeri
d)
D. Mengehadkan bidang kuasa raja
11.
Senarai berikut merujuk kepada undang-undang bertulis dalam kerajaan Melayu tradisional.
• Undang-undang Pahang   
• Undang-undang Kedah
 
Undang-undang Perak

 Apakah kesan perlaksanaan undang-undang tersebut? T4 ms 200     SPM 2010
a)
A. Melicinkan sistem pentadbiran
b)
B. Menyekat pengaruh asing
c)
C. Memantapkan sistem pendidikan
d)
D. Mengeratkan hubungan diplomatik
12.
Pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka memberi perhatian terhadap perkembangan ilmu pengetahuan.
Apakah faktor yang membantu perkembangan ilmu pengetahuan dalam kerajaan tersebut ?
T4 B8 ms 202 (SPMU 2016)
a)
A. Perubahan pucuk pimpinan
b)
B. Peningkatan taraf hidup rakyat
c)
C. Kemunculan kelas pertengahan
d)
D. Kedatangan ulama dari luar negara
13.
 Rajah 2 menerangkan tentang kaedah pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional
Pendidikan tidak formal
Penceritaan lisan 
Pembelajaran pantang-larang

Apakah X?
T4 ms 201 (SPM 2008)
a)
A. Menerusi pantun
b)
B. Mengadap guru
c)
C. Pembacaan kitab
d)
D. Pengajian sekolah pondok
14.
Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap pendidikan formal di Tanah Melayu
• Tuk Pulai Chondong  
• Tok Ku Paloh 
   
T4 ms 202 (SPM 2015)
a)
 A. Melancarkan sistem madrasah
b)
B. Menyeragamkan sukatan pelajaran
c)
C. Memperkukuhkan sistem pendidikan pondok
d)
D. Mengasaskan pendidikan untuk kaum wanita
15.
Sekolah pondok merupakan institusi pendidikan penting di Tanah Melayu pada abad ke-17.
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan institusi tersebut?
T4 ms 203  (SPM 2011)
a)
A. Peperiksaan secara berpusat 
b)
B. Waktu pembelajaran tidak terbatas 
c)
C. Mufti mengawal sukatan pembelajaran
d)
D. Bangunan dibina oleh pemerintah 
16.
Selepas kedatangan Islam, sistem pendidikan madrasah dilaksanakan di Tanah Melayu. Apakah ciri sistem pendidikan tersebut?  
 I. Dilaksanakan secara kelas
 II. Waktu pembelajaran terhad
 III. Keperluan asas disediakan pelajar
 IV. Pendidikan diawasi mudir          
T4 ms 203 (SPMU 2014)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV 
c)
C. II dan III 
d)
D. III dan IV
17.
Maklumat berikut berkaitan dengan pendidikan formal di Tanah Melayu   
• Terdapat sukatan pelajaran  
• Dilaksanakan secara kelas
 
• Pengajaran mengikut tahap

Maklumat tersebut berkaitan dengan    
T4 ms 187 (SPM 2010)
a)
A. Sekolah pondok
b)
B. Sistem madrasah
c)
C. Pembelajaran di masjid
d)
D. Pengajaran di istana
18.
Rajah 3 menunjukkan motif dalam seni ukiran masyarakat Melayu
• Burung  →    •  Tumbuh - tumbuhan
• Ayam 
   →     •  Bunga - bungaan 
Mengapakah perubahan tersebut berlaku ? T4 ms 206 (SPM 2015)
a)
A. Pengaruh ajaran Islam
b)
B. Pengaruh Hindu-Buddha
c)
C. Pengaruh kepercayaan animisme
d)
D. Pengaruh sistem adat tradisional 
19.
Motif Seni Ukiran Orang Melayu
Sebelum Islam   
Binatang seperti
burung dan ayam

Selepas Islam
 
Jadual di atas menerangkan perubahan motif dalam seni ukiran orang Melayu selepas kedatangan Islam. Apakah X ?
I. Cakerawala
II. Tumbuh-tumbuhan
III. Bunga-bungaan
IV. Binatang
T4 ms 206 (SPM 2007)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
20.
Pengaruh Bani Umaiyah dalam Kesultanan Melayu dapat dilihat melalui                         T4 ms 207 (SPM 2004)
a)
A. bahasa istana
b)
B. amalan protokol
c)
C. adat kebesaran diraja
d)
D. alat perkahwinan diraja
21.
Bagaimanakah Laksamana membantu meneruskan perkembangan Islam di Melaka pada abad ke-I6?
T4 ms 209 (SPM 2014)
a)
A. Mengetuai protokol di istana
b)
B. Mengawal keamanan dalam negeri
c)
C. Mentadbir kemudahan di pelabuhan
d)
D. Menjaga keselamatan kawasan perairan 
22.
Mengapakah institusi baitulmal diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka?
 T4 ms 211 (SPM 2009)
a)
A. Menetapkan kadar cukai
b)
B. Menguruskan harta kerajaan
c)
C. Mengendalikan adat istidat istana
d)
 D. Menentukan bidang tugas pembesar
23.
Gambar 2 menunjukkan kesibukan pelabuhan Melaka pada abad Ke-15.
Apakah faktor yang menyebabkan kesibukan pelabuhan tersebut?
T4 ms 209 (SPMU 2014)
a)
A. Bebas cukai
b)
B. Banyak galian
c)
C. Pentadbiran cekap
d)
D. Mata wang seragam
24.
Zilullah fil-alam adalah gelaran raja selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Apakah kesan penggunaan gelaran tersebut?
T4 ms 197  (SPMU 2015)
a)
A. Pengukuhan hubungan luar
b)
B. Kemantapan undang-undang
c)
C. Keberkesanan sistem pentadbiran
d)
D. Pengiktirafan kewibawaan pemerintah
25.
Ulama berikut telah memberi
sumbangan penting dalam memperkukuh sistem pemerintah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
⋅Makhdum Sayid Abdul Aziz
⋅Maulana Abu Bakar
Bagaimanakah mereka membantu memperkukuh sistem pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?
(T4/B8 ms 197)
a)
Menjadi penasihat raja
b)
Mengurus kegiatan ekonomi
c)
Menjadi utusan ke luar negeri
d)
Menggubal peraturan rasmi istana
26.
Konsep daulat merupakan pengikat yang kuat antara rakyat biasa dengan pemerintah dalam masyarakat Melayu tradisional.
Bagaimanakah konsep tersebut diperkukuh?
(T4/B8 ms 197-198)
a)
Melalui pendidikan formal
b)
Menggunakan kekuatan tentera
c)
Memantapkan adat istiadat
d)
Menjalin hubungan luar