wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NUTRISI

Total questions: 15

Worksheet time: 42mins

Name
Class
Date
1.
Gambar menunjukkan pelbagai jenis makanan
Makanan di atas tergolong dalam kumpulan yang mana?
a)
Lemak
b)
Pelawas
c)
Protein
d)
Karbohidrat
2.
Satu kalori adalah jumlah tenaga yang diperlukan untuk....
a)
Meningkatkan suhu satu gram air sebanyak 1 Kelvin
b)
Meningkatkan suhu satu gram air sebanyak 1oC
c)
Meningkatkan suhu satu gram makanan sebanyak 1oC
d)
Mengoksidakan satu gram makanan yang lengkap
3.
Antara kelas makanan berikut, yang manakah menghasilkan tenaga per gram yang tertinggi
a)
Lemak
b)
Vitamin
c)
Protein
d)
Karbohidrat
4.
Seorang individu yang melakukan kerja berat memerlukan tenaga yang lebih banyak daripada seorang pekerja pejabat kerana
a)
Lebih banyak tenaga hilang daripada badan
b)
Banyak sel badan yang rosak
c)
Kadar metabolisme yang lebih tinggi
d)
Jumlah tisu lemak berkurangan
5.
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan pengambilan makanan berlebihan ialah....
a)
Obesiti
b)
Marasmus
c)
Kwashiorkor
d)
Anoreksia nervosa
6.
Maklumat di bawah adalah gejala-gejala suatu penyakit
- Pertumbuhan terbantut
- Perut buncit
- Kebiasaanya berlaku kepada kanak-kanak berumur kurang daripada lima tahun
Gejala-gejala ini mungkin disebabkan oleh kekurangan...
a)
Karbohidrat
b)
Protein
c)
Vitamin
d)
Iodin
7.
Apakah makronutrien?
a)
Nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang agak besar
b)
Nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil
c)
Nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan untuk membentuk kanji
d)
Nutrien yang diperlukan untuk membentuk protein tumbuhan
8.
Maklumat di bawah adalah kesan kekurangan nutrien ke atas pertumbuhan tumbuhan
-Daun menjadi kekuningan dengan tompok-tompok perang gelap dan tisu yang mati di tepi daun
- Batang yang lemah
Antara yang berikut, yang manakah adalah nutrien yang kurang
a)
Nitrogen
b)
Fosforus
c)
Kalium
d)
Mangan
9.
Antara yang berikut, yang manakah adalah mikronutrien yang diperlukan oleh tumbuhan?
a)
Kuprum
b)
Karbon
c)
Kalsium
d)
Sulfur
10.
Antara yang berikut, yang manakah adalah fungsi fosforus dalam pertumbuhan tumbuhan?
a)
Untuk mensintesiskan kromosom dan membran sel
b)
Untuk mensintesiskan protein dan mengawal metabolisme karbohidrat
c)
Penting bagi penghasilan enzim melalui respirasi
d)
Untuk merangsang penghasilan klorofil
11.
Bagaimanakah manusia mendapatkan nitrogen?
a)
Daripada beras dan roti yang dimakan
b)
Daripada daging dan kekacang yang dimakan
c)
Daripada air mineral yang diminum
d)
Daripada sayuran dan buah  yang dimakan
12.
Apakah kesan kekurangan nitrogen ke atas pertumbuhan tumbuhan?
a)
Daun akan mempunyai tompok yang mati
b)
Tepi daun akan mati
c)
Daun akan bertukar menjadi kuning
d)
Daun akan bertukar menjadi hijau
13.
Antara proses berikut, yang manakah menyingkiran nitrat daripada tanah?
a)
Resapan keluar
b)
Kilat
c)
Nitrifikasi
d)
Letusan gunung berapi
14.
Antara yang berikut, yang manakah adalah kepentingan kitar nitrogen?
a)
Mengekalkan kesuburan tanah
b)
Mengekalkan kuantiti oksigen di atmosfera
c)
Membekalkan nitrogen kepada tumbuhan dalam bentuk sebatian ammonium
d)
Mengurangkan pencemaran udara
15.
Seseorang yang mempunyai tabiat makan yang sihat....
a)
Akan mengalami masalah kegendutan
b)
Akan mengalami anoreksia
c)
Akan mempunyai berat badan ideal
d)
Akan mengalami malnutrisi