WorksheetsULANGKAJI BM PEMAHAMAN 2017
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Name
Class
Date
1.
Encik Muhamad tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ________ sedang dirawat di hospital.
a)
dia
b)
kalian
c)
beliau
d)
mereka
2.
“________ telah mengarahkan laksamana dan hulubalang untuk menghapuskan lanun durjana di perairan Selat Melaka,” kata Bendahara kepada baginda Sultan.
a)
Beta
b)
Hamba
c)
Tuanku
d)
Patik
3.
Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diusahakan oleh golongan wanita terutamanya di Terengganu.
a)
menekat
b)
menenun
c)
menyulam
d)
menganyam
4.
Jamal ________ otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang betul pada ruangan teka silang kata itu.
a)
memerah
b)
mengilap
c)
menerjah
d)
mencanai
5.
Pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan Kota Setia gigih menjalani latihan. ________, mereka menjuarai pertandingan itu.
a)
Setelah itu
b)
Kalau begitu
c)
Oleh itu
d)
Namun demikian
6.
Klinik Kesihatan Seberang Perak ________ kempen membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes dalam kalangan penduduk di taman itu.
a)
terhebat
b)
kehebatan
c)
memperhebat
d)
memperhebatkan
7.
Rahmat belajar dengan ________ supaya dia boleh memperoleh kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.
a)
tekun
b)
rajin
c)
bernas
d)
kuat
8.
Suara Kartini ________ sungguh sehingga mengganggu adiknya yang sedang tidur lena.
a)
lunak
b)
garau
c)
manja
d)
nyaring
9.
Sebuah khemah yang dipasang di ________ padang sekolah itu adalah untuk pegawai sukan yang bertugas.
a)
atas
b)
bawah
c)
tengah
d)
belakang
10.
Para pelancong dapat melihat cahaya ________ yang hinggap pada pokok berembang pada waktu malam.
a)
bari-bari
b)
obor-obor
c)
sibur-sibur
d)
kunang-kunang
11.
Mak Intan menyusun beberapa ________ lidi yang sudah siap beraut sebelum diserahkan kepada pelanggannya.
a)
bilah
b)
berkas
c)
batang
d)
tongkol
12.
“Jagalah ________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kamu,” pesan Puan Hamisah kepada anak gadisnya.
a)
tutur kata
b)
tutur nista
c)
tutur bicara
d)
tutur bahasa
13.
“Lemang dan rendang ayam yang dihidangkan oleh ibu ini enak sungguh,” kata adik kepada kakak.
a)
Adik dan kakak sedang menikmati lemang dan rendang ayam masakan ibu yang sungguh enak
b)
Adik memberitahu kakak tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang telah disajikan oleh ibu
c)
Adik diberitahu tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang dimasak oleh ibu dan kakak mereka
d)
Adik dan kakak diberitahu tentang kepandaian ibu membuat lemang dan rendang ayam yang sangat enak
100 %
