wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T4/B9

Total questions: 37

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.
Mengapakah Gereja Katolik menjadi institusi yang berkuasa di Eropah pada Zaman Gelap
 T4 ms 216 (SPM 2014)
a)
A Memiliki banyak tanah
b)
B Berhak mengutip cukai
c)
C Mendapat sokongan petani
d)
D Bergiat dalam perdagangan
2.
Sistem feudal yang diamalkan pada awal Zaman Pertengahan di Eropah mempunyai  persamaan dengan sistem feudal yang diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional.
Apakah persamaan tersebut?
T4 ms 216 (SPM 2011)
a)
A. Raja pemilik tanah secara mutlak
b)
B. Golongan agama menerajui pentadbiran
c)
C. Petani berpeluang meningkatkan status sosial
d)
D. Rakyat berhak memilih pemerintah
3.
Zaman Renaissance di Eropah berlaku dari tahun 1350 hingga tahun 1600. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan zaman tersebut ?
 T4  ms 217-219 (SPMU 2016)
a)
A. Pengukuhan sistem feudal
b)
B. Penghargaan terhadap seni
c)
C. Peningkatan kuasa gereja
d)
D. Peluasan tanah jajahan
4.
Bandar berikut muncul pada zaman Kemuncak Pertengahan (1300-1600 M) di Itali.  
• Venice
  • Milan   • Florence
 Apakah faktor kemunculan bandar tersebut?
T4 ms 217 (SPM 2010)
a)
A. Keseragaman undang-undang
b)
B. Peluasan wilayah kekuasaan
c)
C. Kemajuan perdagangan
d)
D. Kekayaan sumber alam
5.
Golongan Patron muncul di Eropah pada Zaman Renaissance.  Apakah peranan golongan tersebut? 
T4 ms 218 (SPMU 2015)
a)
A. Menyebarkan agama
b)
B. Menjelajah ke kawasan luar
c)
C. Menganggotai pasukan tentera
d)
D. Menaungi golongan pelukis
6.
Golongan berikut muncul di Eropah pada zaman Kemuncak Pertengahan.  
• Artisan   • Pedagang   • Ahli Perbankan 
Apakah faktor kemunculan golongan tersebut?    
T4 ms 219 (SPM 2012)
a)
A. Kehadiran orang Gasar
b)
B. Kelahiran golongan Baron
c)
C. Pengukuhan institusi parlimen
d)
D. Pembukaan bandar-bandar besar
7.
Pada abad ke-16, Gerakan Reformation berlaku di Eropah Barat. Apakah bidang yang berkaitan dengan gerakan tersebut?    T4 ms 220 (SPM 2011)
a)
A. Politik
b)
B. Agama
c)
C. Kewangan
d)
D. Pendidikan
8.
Pada zaman Reformation di Eropah, pemimpin gereja sering dikritik oleh masyarakat. 
Mengapakah kritikan tersebut berlaku ?
T4 ms 221 (SPM 2016)
a)
A. Perpecahan sesama penganut
b)
B. Peningkatan kadar cukai
c)
C. Kepincangan amalan
d)
D. Perbezaan mazhab
9.
Gambar 2 menunjukkan suasana penjualan surat pengampunan
(indulgences) di Eropah pada abad ke -16.  Mengapakah Marthin Luther menentang penjualan surat pengampunan tersebut    T4 B9 ms 221 (SPMU 2016)
a)
A. Menjejaskan kedudukan bangsawan
b)
B. Menyekat perkembangan ekonomi
c)
C. Menghalang kemajuan pendidikan
d)
D. Menggugat kesucian ajaran agama
10.
Dialog berikut menggambarkan situasi di Eropah pada abad ke-16
Becker : Saya banyak dosa. Bolehkah saya menebus dosa saya?
Jacob  : Boleh. Beli saja surat pengampunan daripada gereja  Mengapakah Martin Luther menentang amalan penganut Kristian seperti dalam dialog di atas?            
T4 ms 221 (SPM 2015)
a)
A. Ajaran agama diseleweng
b)
B. Kadar jenayah meningkat
c)
C. Rakyat jelata tertindas
d)
D. Kuasa raja tercabar
11.
John : Saya banyak melakukan kesalahan.Saya ingin menebus dosa
David : Boleh. Beli sahaja surat pengampunan dosa daripada Gereja
  Dialog di atas mungkin berlaku antara dua orang penganut agama Kristian pada abad ke-16  di Eropah. Mengapakah Martin Luther menentang amalan tersebut?
T4 ms 221 (SPM 2005)
a)
A. Pegangan agama longgar
b)
B. Peningkatan kadar jenayah
c)
C. Penindasan terhadap rakyat
d)
D. Penyelewengan amalan agama
12.
Mengapakah masyarakat di Eropah mengkritik gereja Katolik semasa Gerakan Reformis
 T4 ms 221 (SPM 2004)
a)
A. Kefahaman agama bercanggah
b)
B. Perpecahan di kalangan pengikut
c)
C. Pembaharuan ditentang penganutnya
d)
D. Kepincangan amalan penguasa gereja
13.
Maklumat berikut mununjukkan kemunculan golongan baru dalam era Reformation di Eropah.  
Masa:   Abad ke-16

Peristiwa:     Kemunculan golongan yang mengendalikan Counter Reformation

Apakah peranan golongan tersebut
T4 ms 222 (SPM 2008)    
a)
 A. Menyekat perkembangan kuasa bangsawan
b)
B. Memperkukuh kuasa golongan monarki
c)
C. Memperluas ajaran agama Kristian
d)
D. Mempertahankan gereja Katolik
14.
Apakah tujuan penjelajahan orang Eropah ke Asia pada abad ke-16 ?
T4 ms 223 (SPM 2013)
a)
A. Mengaut keuntungan
b)
B. Memperoleh hamba abdi
c)
C. Menyebarkan ilmu pengetahuan
d)
D. Memperkenalkan sistem pemerintahan
15.
Negara: Sepanyol ,Portugal
Tokoh:   Ferdinand, Aragon Putera Henry l Penyataan manakah yang berkaitan dengan tokoh tersebut?
T4 ms 223 & 225 (SPM 2012)
a)
A. Penerokaan kawasan timur
b)
B. Pembukaan pelabuhan baru
c)
C. Peperangan sesama mazhab
d)
D. Perebutan tahta pemerintahan
16.
Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani oleh Sepanyol dan Portugal pada tahun 1494
Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap kedua-dua buah negara?
T4 ms 224  (SPM 2009)
a)
A. Pengukuhan institusi gereja
b)
B. Wujud kerjasama ketenteraan
c)
C. Perkongsian pelabuhan di timur
d)
D. Pembahagian kawasan penjelajahan
17.
Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani pada tahun 1494.  
Apakah kesan perjanjian tersebut?    
T4 ms 224 (SPM 2007)
a)
A. Kemunculan negara baru
b)
B. Keruntuhan institusi beraja
c)
C. Pembayaran pampasan perang
d)
D. Pembahagian kawasan pengaruh
18.
Mengapakah negara di Timur menjadi sasaran orang Eropah pada abad ke-16? T4 ms 224  (SPM 2005)
a)
A. Memasarkan hasil keluaran 
b)
B. Membekalkan tenaga buruh 
c)
C. Memajukan masyarakat tempatan
d)
D. Mempunyai kekayaan sumber alam
19.
Apakah kesan penaklukan Sepanyol terhadap kawasan berikut pada abad ke-15? 
• Mexico   • Peru 
T4 ms 225-226 (SPM 2009)
a)
A. Tamadun tempatan tergugat
b)
B. Pemerintahan tempatan dikekalkan
c)
C. Taraf hidup masyarakat meningkat
d)
D. Perdagangan antarabangsa berkembang 
20.
Jadual 2 menerangkan tentang seorang tokoh yang telah memperkenalkan satu sistem  tanaman di Britain semasa Revolusi Pertanian.  
 Lord Townshend
Memperkenalkan sistem  penanaman secara bergilir Apakah kelebihan sistem tersebut ?
I. Kesuburan tanah dikekalkan
II. Penggunaan jentera digalakkan
III. Tanaman yang sama diusahakan
IV. Tanah digunakan sepanjang tahun    
T4 ms 228
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
21.
Jadual berikut berkaitan dengan penciptaan mesin di England.
 Tahun: 1770

 Tokoh: John Hargreaves

 Mesin yang dicipta:Spinning Jenny
Apakah kepentingan ciptaan alat tersebut ? T4 ms 231     SPM 2010
a)
A. Memintal benang
b)
B. Menjana kuasa
c)
C. Mengepam air
d)
D. Melebur besi
22.
Rajah 2 menunjukkan perubahan sumber tenaga kepada Tenaga X di Eropah pada abad ke-18
Tenaga manusia 
Tenaga binatang 
Tenaga air 
Tenaga X
 Apakah Tenaga X?
T4 ms 232 (SPM 2014)  
a)
A. Wap
b)
B. Gasolin
c)
C. Elektrik
d)
D. Matahari
23.
Revolusi PerindustrianPengeluaran berlebihan 
Merujuk kepada rajah di atas, bagaimanakah kerajaan Britain mengatasi masalah tersebut? 
T4 ms 234 
 (SPM 2004)          
a)
A. Hasil dijadikan stok penimbal
b)
B. Harga pasaran barangan dikurangkan
c)
C. Barangan diagihkan kepada masyarakat tempatan
d)
D. Produk diperdagangkan di peringkat antarabangsa
24.
Pergerakan Luddite adalah gerakan sosial oleh pekerja industri tekstil di Britain pada abad ke-19.
Mengapakah gerakan tersebut muncul?
T4 ms 236 (SPMU 2014)
a)
A Menentang penggunaan mesin
b)
B Menentang penggunaan buruh wanita
c)
C Membantah pengurangan masa bekerja
d)
D Membantah penubuhan persatuan pekerja
25.
Akta Antipenggabungan ( Anti- Combination Act ) diperkenalkan di Britain pada peringkat awal  Revolusi Perindustrian.  Akta tersebut menyebabkan
T4 ms 236 (SPM 2015)
a)
A. Buruh asing dilarang bekerja
b)
B. Gaji pekerja tidak meningkat
c)
C. Harga barang berkurangan
d)
D. Wanita dilarang bekerja di kilang
26.
Pada zaman Revolusi Perindustrian Akta Antipenggabungan melarang penubuhan Kesatuan Sekerja Merujuk pernyataan di atas, apakah implikasinya kepada pekerja? T4 ms 236 (SPM 2005)
a)
A. Kenaikan gaji disekat
b)
B. Wanita dilarang bekerja
c)
C. Pergaulan pekerja disekat 
d)
D. Eksploitasi pekerja dilarang
27.
Pada tahun 1883, Akta Kilang telah digubal bagi melindungi kepentingan pekerja di Britian. Antara pernyataan berikut yang manakah berkaitan dengan akta tersebut? T4 ms 236 (SPM 2005)
a)
A. Penggunaan mesin ditegah
b)
B. Pengambilan buruh mahir ditingkatkan
c)
C. Melarang wanita bekerja di lombong arang batu
d)
D. Melarang kanak-kanak bawah sembilan tahun bekerja
28.
Tokoh A : Hasil keluaran kilang kita semakin meningkat.
Tokoh B : Tapi, kita tidak dapat menjual  kesemuanya dalam negara.
Tokoh B : Apakah tindakan kita, tuan?  Dialog di atas mungkin berlaku di Eropah pada abad ke-17.  
Apakah tindakan yang akan diambil oleh tokoh A?    
T4 ms 237 (SPM 2007)  
a)
A. Mencari pasaran
b)
B. Mencipta kapal wap
c)
C. Mendirikan lebih banyak kilang
d)
D. Mengadakan hubungan diplomatik 
29.
Mengapakah kuasa Barat menggunakan slogan berikut dalam misi penjajahan mereka ke Timur
• The white men’s burden
(beban orang putih)
• Mission civilisatrice
(menyebarkan tamadun)
     
T4 ms 238 (SPMU 2015)
a)
A. Menghalalkan tindakan menceroboh negara lain
b)
B. Memajukan kehidupan masyarakat peribumi
c)
C. Mengekalkan pemerintahan tempatan
d)
D. Mengelakkan perlumbaan senjata
30.
Mengapakah struktur kegiatan ekonomi peribumi di Tanah Melayu diubah oleh British ? T4 ms 239 (SPM 2004)
a)
A Menggalakkan pertumbuhan bandar
b)
B Memenuhi keperluan industri Britain
c)
C Membuka lebih banyak peluang pekerjaan
d)
D Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan
31.
Apakah aspek yang ditekankan oleh gereja Katolik pada Zaman Pertengahan di Eropah?
T4 ms 216 (SPM 2008)
a)
A. Penguasaan kemahiran teknologi
b)
B. Pengukuhan institusi keluarga
c)
C. Penerokaan wilayah baru
d)
D. Pembelajaran ilmu akhirat
32.
Antara yang berikut yang manakah ciri zaman gelap di Eropah ?  
 I Sistem feudal runtuh
 II Kerajaan pusat lemah
 III Ilmu pengetahuan terhad
 IV Institusi agama merosot    
T4 ms 215 (SPM 2016)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV 
33.
Pada Zaman Pertengahan di Eropah, gereja dianggap mengongkong kehidupan masyarakat.
Mengapakah masyarakat Eropah beranggapan demikian terhadap gereja?(T4/B9 ms 126)
a)
Mengamalkan sistem perhambaan
b)
Mementingkan keperluan akhirat
c)
Mengenakan cukai yang tinggi
d)
Mendukung sistem monarki
34.
Apakah peranan golongan baron pada Zaman Gelap di Eropah?
(T4/B9 ms 215)
a)
Melindungi para petani
b)
Mentadbir wilayah takluk
c)
Mengetuai aktiviti gereja
d)
Menaungi aktiviti para seniman
35.
Zaman X:
Kemerosotan pengetahuan
Kemerosotan perdagangan
Kemerosotan kehidupan
Rajah di atas menerangkan keadaan di Eropah selepas kejatuhan tamadun Rom.
Apakah Zaman X?    
T4 ms 215 (SPM 2007)  
a)
A. Zaman Renaissance
b)
B. Zaman Pertengahan
c)
C. Zaman Peralihan
d)
D. Zaman Gelap
36.

Revolusi Perindustrian menyebabkan Britain dan kuasa Eropah lain bertindak menguasai negara lain.

Mengapakah Britain dan kuasa Eropah lain bertindak demikian?T4 ms 237 (SPM 2018)

a)

Meneroka pasaran baharu

b)

Menghapuskan penindasan

c)

Mengeksport tenaga kerja asing

d)

Memajukan masyarakat peribumi

37.

Akta berikut digubal di Britain semasa Revolusi Perindustrian

• Akta Kilang

• Akta Lombong

Mengapakah akta tersebut digubal? T4 ms 236 (SPM 2018)

a)

Melindungi nasib pekerja

b)

Meningkatkan upah buruh

c)

Memaksimumkan guna tenaga

d)

Membenarkan penubuhan persatuan