wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI 1

Total questions: 21

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.
Pernyataan manakah yang menerangkan tentang keperluan manusia? 
a)
Perlu dipenuhi untuk hidup
b)
Sangat sukar untuk dipenuhi
c)
Perlu dipenuhi untuk selesa
d)
Semakin menigkat apabila teknologi berkembang
2.
Aktiviti perdagangan manakah yang merupakan cabang pengeluaran ?
a)
Ekstraktif
b)
Perniagaan
c)
Pembinaan
d)
Perkilangan
3.
Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri seorang usahawan?
. Mereka barang baharu
·  Menghasilkan barang baharu
·  Membuat penemuan baharu
Apakah ciri usahawan tersebut?
a)
Kreatif
b)
Inovatif
c)
Proaktif
d)
Kebolehan menjayakan sesuatu
4.
Gambar berikut menunjukkan masalah dalam sistem barter. Apakah masalah yang dihadapi?
a)
Penentuan nilai barang
b)
Penentuan kadar pertukaran
c)
Penentuan kemahuan serentak
d)
Penentuan pembahagian unit kecil
5.
Mengapakah peniaga perlu membuat promosi?
a)
Memperluas pasaran
b)
Mewujudkan penawaran
c)
Mengekalkan permintaan
d)
Menstabilkan harga barang
6.
Pernyataan yang manakah  berkaitan dengan perniagaan dalam negeri?
a)
Melibatkan pertukaran mata wang
b)
Urusniaga melibatkan antara negara
c)
Menggunakan matawang yang sama
d)
Melibatkan bantuan perniagaan
7.
  Rajah dibawah berkaitan sejenis saluran agihan.
 Pengeluar -------->peruncit-------- > pengguna  
Barangan manakah yang sesuai menggunakan jenis saluran di atas
a)
Minyak petrol
b)
Ubat gigi
c)
Sayur- sayuran
d)
Kedai gunting rambut
8.
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis kedai runcit besar-besaran.
*
·  Kedai rantaian
*·  Kedai berangkai
Apakah jenis kedai runcit tersebut ?
a)
Kedai khusus
b)
Pasar raya
c)
Kedai sejaras
d)
Gedung aneka jabatan
9.
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Puan Hartini
  Puan Hartini seorang pengeluar minuman dalam tin. Modalnya kecil dan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam memasarkan produk
Pihak manakah yang boleh membantu menjayakan perniagaan Puan hartini?
a)
Pengeluar
b)
Ejen penjual
c)
Pemborong
d)
Broker
10.
Sebuah syarikat perniagaan mengirim invois asal kepada Perniagaan Kak Marr. Mengapakah syarikat berkenaan mengirim invois kepada Perniagaan Kak Marr?
a)
Perniagaan Kak Marr membuat jualan tunai
b)
Perniagaan Kak Marr membuat jualan kredit
c)
Perniagaan Kak Marr membuat belian tunai
d)
Perniagaan Kak Marr membuat  belian kredit
11.
Malaysia dan China merupakan dua buah rakan dagang yang aktif. Apakah faktor yang menyebabkan keadaan sedemikian?
a)
Kedua-dua negara mempunyai kelebihan untuk mengeluarkan barang pada kos lebih rendah
b)
Kedua-dua negara mempunyai jumlah penduduk yang ramai dan berpendapatan tinggi
c)
Kedua-dua negara mempunyai citarasa yang berbeza dan saling memerlukan barang dan perkhidmatan
d)
Kedua-dua negara merupakan negara mengamalkan demokrasi
12.
 Harga 1 Baju kurung ( 50 helai) RM100 sehelai 
Baju kebaya (35 helai) RM80 Sehelai
Mutiara Baru Trading telah menetapkan syarat seperti berikut.
Diskaun niaga 10%
Diskaun tunai
5% 10 hari,
3 % 20 hari  
 Invois telah dihantar bertarikh 19 julai 2015
Kirakan jumlah diskaun tunai yang diperoleh oleh Sinar Maju Trading jika bayaran dibuat pada 25 julai 2015?
a)
RM 141
b)
RM 251
c)
RM 351
d)
RM 391
13.
Apakah objektif penswastaan?
a)
Menambahkan keuntungan kerajaan
b)
Meningkatkan kuasa monopoli kerajaan
c)
Mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan
d)
Mengekalkan tahap produktiviti kerajaan
14.
Encik Yahya menyimpan wang sebanyak RM30 000 di dalam akaun simpanan tetap selama 6 bulan. Kadar faedah setahun ialah 3.5%.
Hitung faedah yang akan diterima dalam jangka masa tersebut.
a)
RM525
b)
RM750
c)
RM1 050
d)
RM1 500
15.
Atikah memperoleh wang pampasan  RM30000  daripada kerajaan kerana pengambilan tanah. Beliau bercadang untuk melaburkan wang tersebut dalam pelaburan berisiko rendah dan mudah ditunaikan.   Cadangkan  jenis pelaburan yang sesuai.
a)
Saham
b)
Hartanah
c)
Komiditi
d)
Unit amanah
16.
·  Bahan mentah diperolehi daripada industri petrokimia
·  Banyak menghasilkan barang  pengguna
      Apakah bidang tersebut ?
a)
Industri berasaskan logam
b)
Industri berasaskan plastik
c)
Industri berasaskan sumber
d)
Industri berasaskan automotif
17.
Maklumat pelaburan  boleh didapati daripada..  
a)
Prospektus syarikat
b)
Majalah sekolah
c)
Suratkhabar
d)
Radio
18.
Jika wang tunai diterima dengan persetujuan pelanggan  untuk disimpan, pihak bank bertanggungjawab terhadap keselamatan barang yang disimpan oleh pelanggan di bank.
Apakah prinsip tersebut?
a)
Ijarah
b)
Wadiah
c)
Murabahah
d)
Kafalah
19.
Manakah yang merupakan bank perdagangan?
a)
Maybank
b)
Agro Bank
c)
Bank Simpanan Nasional
d)
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
20.
Manakah yang berikut merupakan ikatan perjanjian antara insured dengan insurer?
a)
Polisi Insurans
b)
Dana Insurans
c)
Ganti rugi
d)
Premium
21.
Apakah jenis polisi insurans bagi melindungi majikan daripada tuntutan pekerja mereka?
a)
Insurans liabiliti am
b)
Insurans liabiliti majikan
c)
Insurans kemalangan peribadi
d)
Insurans kemalangan motor