NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsKuiz Sejarah Daerah Muar
Total questions: 60
Worksheet time: 30mins
Name
Class
Date
1.
Peta Muar yang dilukis oleh Portugis pada tahun 1604. Peta ini menunjukkan Muar sebagai pelabuhan. Sebuah kota berbentuk segitiga telah dibina oleh Portugis bagi mempertahankan Muar dari serangan Belanda dan Aceh. Kota ini terletak di tepi Sungai Bentayan.
Apakah nama kota tersebut?
Apakah nama kota tersebut?
a)
FORTALEZA DE MUAR
b)
APOLINARIA DE MUAR
c)
APARECIDA DE MUAR
2.
Satu peristiwa yang telah menunjukkan hubungan istimewa Muar dengan Melaka telah berlaku pada tahun 1488. Dalam tahun inilah Sultan Melaka telah mangkat di Pagoh, Ulu Muar dan di Makamkan di situ.
Siapakah sultan tersebut?
Siapakah sultan tersebut?
a)
Sultan Alauddin Riayat Syah II
b)
Sultan Alauddin Riayat Syah I
c)
Sultan Mahmud Syah
3.
Muar dahulunya dikenali sebagai Teluk Dalam berdasarkan ayat di dalam Hikayat Malim Dewa-dewa Deman. Teluk Dalam ini mungkin berasal dari keadaan sungai Muar yang berkualakan satu muara atau teluk yang terbuka luas.
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
4.
Sultan Alaudin Riayat Shah I membina kubu pertahanan di Bentayan (kini tapak kubu itu dijadikan Stesen Bas Ekspress Bentayan (Bas Ekspress/Bas Pagoh) dan teksi) tetapi pihak Portugis berjaya mengesannya. Baginda dan pengikutnya melarikan diri ke Kota Biawak Busuk dan seterusnya ke Kota Pagoh (Kuala Pagoh).
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
5.
Bandar Maharani Muar Moden telah dibuka oleh Muhammad Salleh bin Perang pada tahun 1885. Ia dirasmikan oleh baginda Maharaja Abu Bakar pada tahun 1887.
a)
Datuk Bentara Dalam
b)
Datuk Bentara Luar
c)
Dato Sri Amar DiRaja
6.
125 tahun selepas Bandar Muar diisytiharkan Bandar Maharani, DYMM Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah mengisytiharkan Bandar Muar sebagai .................................................pada hari Ahad, 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiulawal 1433H
a)
Bandar DiRaja Johor
b)
Bandar Permaisuri
c)
Bandar Bersejarah
7.
Salah satu daripada aliran silat yang telah berkembang di Muar ialah Silat Sendeng Malaysia yang telah diasaskan oleh Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah di Sungai Mati, Muar, Johor.
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
8.
Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem perkeretapiannya sendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar (Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun sebelum landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
9.
Muar turut memainkan peranan dalam mengekang kemaraan tentera Portugis pada tahun 1511. Bagi menangani serangan armada Portugis,............................. telah dibina oleh Sultan Melaka untuk mematahkan serangan dari arah laut.
a)
Jeti Bentayan
b)
Kubu Bentayan
c)
Pasar Bentayan
10.
Oleh sebab perperangan dan bagi mengekalkan kuasa perdagangan, ibu negeri Johor berpindah sebanyak ................................... kali di sepanjang Sungai Johor termasuk pada akhirnya di Kepulauan Riau.
a)
10
b)
20
c)
15
11.
Hasrat British yang ingin menjadikan Johor sebagai kawasan pedalaman yang banyak membantu pertumbuhan Singapura sebagai pusat perdagangan antarabangsa, telah membolehkan Temenggong Ibrahim menjadikan Johor sebagai pusat pengeluaran lada hitam dan gambir melalui Sistem Kangchu Cina dan Sistem Buruh Kontrak Jawa.
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
12.
Melalui Perjanjian Setia 1885, Maharaja Abu Bakar dan waris-waris Baginda yang menyusuli diiktiraf oleh Inggeris memakai gelaran ..................................
a)
Maharaja Johor
b)
Sultan Johor
c)
Pemerintah Johor
13.
Baginda Sultan Ibrahim sangat mengambil berat hal pendidikan. Apakah bukti tersebut?
a)
pelajaran wajib kepada semua kanak-kanak melalui Enakmen Pelajaran Wajib 1902
b)
pelajaran wajib kepada semua kanak-kanak melalui Penyata Razak 1956
c)
pelajaran wajib kepada semua kanak-kanak melalui Laporan Rahman Talib
14.
Semasa pemerintahan Baginda Sultan Ismail, Baginda sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan Negeri Johor, antaranya ialah Penubuhan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Projek Johor Barat, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Pelabuhan Pasir Gudang
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
15.
Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Johor dikenali sebagai Kota Iskandar di Nusajaya telah dirasmikan oleh Tunku Mahkota Tunku Ibrahim pada 16 April 2009 bersamaan 20 Rabiul Akhir 1430 H.
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
16.
Tuanku berkebolehan dan bertauliah memandu kapal laut, kapalterbang jet dan helikopter dan merupakan Raja Melayu yang pertama yang mempunyai lesen memandu keretapi. Tuanku cekap menunggang kuda dan bermain sukan polo. Tuanku merupakan Raja Melayu yang menjelajah setiap pelusuk negeri pada setiap tahun untuk merapatkan diri dengan rakyat melaui Kembara Mahkota semenjak tahun 2001.
Siapakah baginda?
Siapakah baginda?
a)
Sultan Iskandar
b)
Sultan Ibrahim
c)
Sultan Abu Bakar
17.
Peralatan istiadat kerajaan negeri Johor berfungsi sebagai unsur memberi nilai legitimasi dan kedaulatan kepada raja sebagai pemerintah dan mengangkat martabat kerajaan.Antara peralatan istiadat kebesaran ialah
Mahkota Kerajaan & Mahkota Permaisuri
Bendera Sultan
Bendera Johor
Cogan Agama
Mahkota Kerajaan & Mahkota Permaisuri
Bendera Sultan
Bendera Johor
Cogan Agama
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
18.
Merujuk kepada Jata Negeri Johor, lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai maksudnya gambir dan lada hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
19.
Hubungan istana di Johor Bahru yang begitu rapat dan akrab dengan daerah Muar membawa kepada pengisytiharaan Bandar Muar oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada 12 Ogos 1887 sebagai Bandar Maharani yang bermaksud ............................................. merujuk kepada Maharani Fatimah.
a)
'Bandar Maharani Fatimah'
b)
‘Bandar Permaisuri Sultan’
c)
'Bandar Bersejarah'
20.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.
Kuasa mana yang merupakan penjajahan paling lama?
Kuasa mana yang merupakan penjajahan paling lama?
a)
Belanda
b)
British
c)
Portugis
21.
Dasar campur tangan British bermula di Perak melalui ....................................... yang ditandatangani pada 1874. Seorang Residen dilantik sebagai penasihat raja-raja Melayu dalam semua aspek pentadbiran kecuali perkara berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
a)
Perjanjian Pangkor
b)
Perjanjian Inggeris Belanda
c)
Perjanjian Versailles
22.
Pelaksanaan dan pengenalan peraturan baru oleh pihak British telah mencetuskan gerakan tentangan daripada penduduk tempatan. Siapakah tokoh tersebut?
a)
Hj Abdul Rahman Limbong
b)
Dato' Bahaman
c)
Tok Janggut
23.
Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu adalah menggunakan jalan darat di utara Thailand memasuki Tanah Melayu secara beransur-ansur yang bermula di negeri-negeri di sebelah utara seperti Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Untuk menawan Tanah Melayu, Jepun menggunakan kapal terbang, kereta kebal, bot dan basikal. Dalam masa 10 minggu Jepun berjaya menguasai Tanah Melayu.
Apakah nama baru bagi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun?
Apakah nama baru bagi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun?
a)
Syonan
b)
Malai Baru
c)
Hyoujungo
24.
Jepun menghapuskan sekolah jenis kebangsaan dan memperkenalkan sekolah yang menggunakan bahasa Jepun iaitu Nippon-go sebagai bahasa pengantar. Pelajar sekolah juga diwajibkan menyanyi lagu kebangsaan Jepun.
Apakah tajuk lagu kebangsaan Jepun?
Apakah tajuk lagu kebangsaan Jepun?
a)
Hyoujungo
b)
Kimigayo
c)
Kyoutsugo
25.
Malayan Union yang cadangan penubuhannya pada 1 April 1946 merupakan sebuah gabungan Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat (tidak termasuk Singapura) bagi menggantikan British Malaya.
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
26.
Orang Melayu telah menentang Malayan Union kerana beberapa sebab antaranya adalah kedaulatan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu tergugat, dan orang bukan Melayu akan mengatasi jumlah bilangan orang Melayu dan akhir sekali kebencian masyarakat Melayu kerana tindakan pegawai Barat yang menggunakan ugutan untuk mendapatkan tandantangan sultan-sultan Melayu.
Siapakah pegawai Barat yang dimaksudkan?
Siapakah pegawai Barat yang dimaksudkan?
a)
Sir Harold MacMichael
b)
Sir Lawrence Michaelmore
c)
Sir Malcolm MacDonald
27.
Darurat telah bermula pada tahun 1948 dan berakhir pada tahun 1960. Darurat wujud disebabkan oleh kemunculan Parti Komunis Malaya (PKM). PKM ditubuhkan di Tanah Melayu sejak tahun 1930 lagi. Semasa penjajahan Jepun, PKM telah menawarkan diri untuk membantu British menentang Jepun.
Apakah usaha PKM dalam membantu British?
Apakah usaha PKM dalam membantu British?
a)
menubuhkan Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA)
b)
menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
c)
menubuhkan Bintang Tiga
28.
Pilihanraya 1952 ini telah merintis kepada pilihanraya umum pertama bagi Tanah Melayu pada 27 Julai 1955 di mana UMNO, MCA dan MIC telah bergabung dalam Perikatan dan berjaya memenangi 41 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
29.
Pada tahun 1956 ditubuhkan Suruhanjaya Reid bagi menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Ia diketuai oleh Lord Reid. Siapakah ahli lain dalam Suruhanjaya Reid?
a)
Sir Ivor Jennings
b)
Sir Ivor Roberts
c)
Sir Ivor Adamm
30.
Satu rang perlembagaan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan ia mula dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957. Ciri-ciri penting Persekutuan Tanah Melayu 1957 ini adalah kewujudan sebuah Kerajaan Persekutuan, Ketua Negara ialah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong yang dipilih dari kalangan 14 Raja Melayu
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
31.
Keselamatan kedua negara ini hendaklah dikira sebagai berkaitan antara satu sama lain (Mohd. Salleh Abas, 1984:202)
Apakah isu keselamatan dalam pembentukan Malaysia 1963?
Apakah isu keselamatan dalam pembentukan Malaysia 1963?
a)
Pengaruh Komunis
b)
Parti berhaluan kiri di Singapura
c)
Pengaruh Melayu Radikal
32.
Satu jawatankuasa telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Cobbold untuk menyiasat kehendak penduduk di Sabah dan Sarawak. Jawatankuasa ini telah menjalankan tugasnya pada akhir bulan Februari 1962 dan telah tamat menulis laporannya pada 21 Jun 1962 (Mohd. Salleh Abas, 2003:23).
Jawatankuasa tersebut ialah ..........................................
Jawatankuasa tersebut ialah ..........................................
a)
Jawatankuasa Antara Kerajaan
b)
Suruhanjaya Cobbold
c)
Suruhanjaya Reid
33.
Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay Congress) diadakan di di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur. Disertai oleh kira-kira 200 orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan, kongres itu membincangkan pembentukan gerakan nasional Melayu, serta kempen terselaras untuk menentang Malayan Union. Sebuah jawatankuasa dilantik untuk mendraf perlembagaan untuk penubuhan ..............................................................
a)
Malaysia
b)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
c)
Persekutuan Tanah Melayu
34.
Disebabkan bantahan orang Melayu, Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, yang mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948.
Bantahan orang Melayu diketuai oleh ..........................................
Bantahan orang Melayu diketuai oleh ..........................................
a)
Dato Onn Jaafar
b)
Tunku Abdul Rahman
c)
Tun Abdul Razak
35.
Semasa darurat, Konsep "Kawasan Putih" dan "Kawasan Hitam" juga diguna pakai untuk memudahkan Pihak Pentadbiran Tentera British (BMA) melaksanakan kerja mereka dalam mengekang aktiviti-aktiviti komunisme. Kawasan Putih merujuk kepada ......................................................
a)
kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis
b)
kawasan tersebut tidak bebas daripada anasir komunis
c)
kawasan tersebut belum bebas daripada anasir komunis
36.
Manakah negeri pertama yang diisytiharkan sebagai Kawasan Putih di seluruh negeri Tanah Melayu?
a)
Kelantan
b)
Melaka
c)
Johor
37.
Rancangan Pembentukan Malaysia dibantah keras oleh Presiden Indonesia iaitu Presiden Soeharto. Beliau berpendapat bahawa Malaysia adalah sebuah rekaan British, dan penubuhan Malaysia hanya akan memberikan pihak British menguatkan lagi kuasa jajahannya di kepulauan Borneo ini, sehingga memberi ancaman besar terhadap kemerdekaan Indonesia.
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
38.
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk.
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
39.
Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan. Apakah dasar yang diperkenalkan oleh British?
a)
Dasar Pecah dan Perintah
b)
Dasar Penjajahan British
c)
Dasar Ekonomi British
40.
Kesan Dasar Pecah dan Perintah
1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional.
2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan.
3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.
1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional.
2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan.
3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
41.
Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013.
Apakah tuntutan kerajaan Filipina?
Apakah tuntutan kerajaan Filipina?
a)
menuntut kembali wilayah mereka di bahagian barat Sabah
b)
menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah
c)
menuntut kembali wilayah mereka di bahagian utara Sabah
42.
Berikutan dengan krisis pencerobohan Lahad Datu, kerajaan telah mewujudkan sebuah kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah pada 7 Mac 2013 bagi memperkuatkan lagi keselamatan maritim di bahagian timur Sabah. Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah juga dikenali sebagai ............................................
a)
ESSCOM
b)
ESSZONE
c)
ESSBONE
43.
Pemisahan Singapura daripada Malaysia, Lee Kuan Yew dan parti pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.
Parti tersebut ialah .......................................................
Parti tersebut ialah .......................................................
a)
Parti Tindakan Rakyat
b)
Parti Buruh di Singapura
c)
Parti Demokratik
44.
Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 14 negeri di Tanah Melayu. Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu dan dua penempatan British Pulau Pinang dan Melaka.
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
45.
Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel British pada ...............................
a)
31 Ogos 1957
b)
16 September 1963
c)
31 Ogos 1963
46.
PKMM mempunyai dua sayap iaitu Angkatan Pemuda Insaf dan Angkatan Wanita Sedar. Siapakah pemimpin PKMM yang pertama?
a)
Mokhtaruddin Lasso
b)
Dr. Burhanuddin Helmi
c)
Syed Sheikh Al-Hadi
47.
Syarat-syarat Kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah Melayu ini diperketatkan lagi melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara memohon. Dengan kuatkuasa undang-undang mereka yang berikut secara otomatis boleh menjadi warganegara;
a)
Rakyat kepada Sultan pada mana-mana negeri.
b)
Telah tinggal di Persekutuan selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum ia membuat permohonan.
c)
Telah tinggal di Persekutuan selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum ia membuat permohonan.
48.
Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dan telah tinggal dalam Persekutuan selama 15 tahun terus-menerus. Ini termaktub dalam ......................................................
a)
kuatkuasa undang-undang
b)
naturalisasi
c)
permohonan
49.
Merujuk kepada Akta Malaysia 1963, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (yang dinamakan semula sebagai Sabah) disekutukan dengan negeri-negeri lain yang sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya ia dinamakan Malaysia.
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
50.
Beliau dilahirkan di Batu Pahat, Johor serta merupakan anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama.
a)
Dato' Onn Jaafar
b)
Tun Hussein Onn
c)
Tun Abdul Razak
51.
Dato' Onn Jaafar kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan ..........................................................
a)
Parti Negara
b)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
c)
Parti Buruh
52.
Dato' Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham .................................
a)
Tun Razak
b)
Tun Hussein
c)
Tun Mahathir
53.
Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan .................................................. dilantik sebagai presiden yang baru.
a)
Tunku Abdul Rahman
b)
Tun Abdul Razak
c)
Tun Hussein Onn
54.
Kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat adalah seperti berikut:·
warga negara Malaysia·
tidak kurang dari 21 tahun·
waras fikiran·
bukan seorang muflis
warga negara Malaysia·
tidak kurang dari 21 tahun·
waras fikiran·
bukan seorang muflis
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
55.
Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu Dato' Onn Jaafar
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
56.
Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
57.
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada ........................................................
a)
Jalur Gemilang
b)
Jalur Cemerlang
c)
Jalur Terbilang
58.
Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada .................................................
a)
16 September 1953.
b)
16 September 1963.
c)
16 September 1973
59.
Penganut agama Hindu juga merayakan Hari Thaipusam pada bulan Januari sebagai tanda penghormatan kepada Dewa Muruga. Dalam perayaan tersebut, Batu Caves yang terletak di Selangor akan menjadi tumpuan penganut Hindu untuk membawa persembahan di atas kavadi untuk dipersembahkan kepada dewa tersebut.
a)
Betul
b)
Salah
c)
Tidak Pasti
60.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama.
Antara isu tersebut ialah ............................................
Antara isu tersebut ialah ............................................
a)
Penentangan Indonesia dan Singapura
b)
Penentangan Indonesia dan Filipina
c)
Penentangan Indonesia dan Brunei
Reset
