wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JTB QUIZ 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
Bimbingan orang mahir dalam sesuatu bidang seperti bidang muzik dan sukan merupakan contoh pendidikan
a)
secara formal
b)
secara tidak formal
c)
jarak jauh
d)
berterusan
2.
Antara berikut, perkara yang manakah harus dihindarkan dalam melengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan?
a)
Berusaha dengan lebih gigih lagi
b)
Sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran
c)
Bertenang dan berdoa untuk berjaya dalam kehidupan
d)
Berputus asa apabila tidak dapat melaksanakan sesuatu perkara
3.
Perubahan iklim secara mendadak dan pencairan ais di kutub utara merupakan antara isu kemanusiaan yang berkaitan dengan
a)
alam sekitar
b)
politik
c)
jenayah
d)
jangkitan penyakit
4.
Institut _________adalah asas pembentukan masyarakat harmoni
a)
pendidikan                   
b)
kekeluargaan
c)
swasta
d)
kerajaan
5.
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan individu yang menghargai nyawa?
a)
Eddy sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain
b)
Anson selalu membiarkan orang lain menindasnya tanpa melakukan apa-apa
c)
Jamaluddin cepat marah dan tegas jika berlaku perbezaan pendapat dengan rakannya
d)
Ismail selalu menunjukkan perasaan untuk mendapatkan keadilan
6.
Bagaimanakah cara untuk menjaga maruah negara?
a)
Meninggikan diri agar dihormati dan disegani oleh orang lain
b)
Sentiasa cuba untuk menyumbang sesuatu untuk pembangunan negara
c)
Membangkang pembaharuan yang dilakukan untuk negara
d)
Menjaga diri dan tidak bergaul dengan kaum lain
7.
Restu ibu bapa perlu diperoleh sebelum dilangsungkan perkahwinan supaya
a)
wujudnya  persefahaman antara golongan ibu bapa dengan bakal menantu
b)
pasangan boleh meminta bantuan daripada mereka sekiranya dalam keadaan terdesak
c)
ibu bapa tahu siapa yang patut dipersalahkan jika berlaku perkara yang tidak diingini
d)
anak dan bakal menantu dapat hidup dalam keadaan bahagia
8.
Apakah cara yang sesuai untuk menunjukkan cara berterima kasih kepada ibu bapa anda?
a)
Melakukan perkara yang menyusahkan ibu bapa
b)
Mementingkan diri sendiri
c)
Belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang
d)
Tidak mengulang kaji pelajaran
9.
Apakah peranan ibu bapa dalam menangani masalah sosial anak-anak?
a)
Sibuk mengejar kemewahan dunia
b)
Kurang menekankan didikan agama
c)
Meluangkan masa bersama anak-anak
d)
Tidak menghiraukan anak-anak
10.
Bagaimanakah seseorang individu dapat memanfaatkan potensi yang ada dalam diri?
a)
Mencontohi orang lain
b)
Sentiasa mencari kelemahan orang lain
c)
Mengikut emosi
d)
Tidak mudah berputus asa dan berusaha
11.
Pendidikan sepanjang hayat amat penting dalam pembinaan
a)
kesejahteraan negara
b)
pembangunan negara
c)
modal insan yang berkualiti
d)
jati diri
12.
Encik Dayalan telah membahagikan masanya untuk bekerja, bersama keluarga dan berehat.  Tindakan yang dilakukan oleh beliau jelas menunjukkan bahawa beliau mahir dalam
a)
memahami situasi keluarganya
b)
menjaga hati keluarga
c)
mengurus masa
d)
menilai
13.
Kanak-kanak seharusnya didedahkan dengan pelbagai _________________sejak dari kecil
a)
situasi
b)
kemahiran
c)
pembelajaran
d)
keadaan
14.
Apakah kelebihan orang yang pandai menguruskan masa?
a)
Memperoleh kejayaan dalam hidupnya
b)
Dapat melakukan banyak perkara daripada orang lain
c)
Dapat menjalankan aktiviti kehidupannya dengan tenang dan terkawal
d)
Tidak memerlukan bantuan orang lain dalam melakukan sesuatu perkara
15.
Kita perlu berfikir dan bertindak secara rasional terhadap sesuatu perkara. Sekiranya seorang murid menghadapi masalah, tindakan rasional yang manakah perlu dilakukan?
a)
Pendam dalam hati
b)
Cari jalan penyelesaian sendiri
c)
Berbincang dengan guru dan ibu bapa
d)
Cuba sedaya upaya melupakan masalah  tersebut