wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HOLIDAY PACKAGE EKONOMI ASAS 5USM

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.
Maklumat berikut berkaitan dengan urus niaga kereta.
"KERETA PROTON BARU"
* Tiada bayaran pendahuluan
* Bayaran bulanan RM500
* Tempoh ansuran 10 tahun
Apakah ciri wang yang membolehkan urusniaga tersebut berlaku?
a)
Mudah dibawa
b)
Diterima umum
c)
Kestabilan nilai
d)
Penawaran terhad
2.
Encik Steven mendapati harga tiket bagi menonton perlawanan bola sepak di Stadium Bukit Jalil ialah RM50.
Apakah fungsi wang dalam situasi di atas?
a)
Alat ukuran nilai
b)
Alat simpanan nilai
c)
Alat bayaran tertunda
d)
Alat perantaraan pertukaran
3.
Pemegang akaun semasa boleh
a)
menerima buku akaun simpanan
b)
memperoleh kadar faedah yang tinggi
c)
mendapat kemudahan pinjaman overdraf
d)
menikmati simpanan yang dijamin oleh kerajaan
4.
Institusi kewangan manakah yang menyediakan kemudahan perkhidmatan pinjaman bersendiket?
a)
Bank Islam
b)
Bank pusat
c)
Bank saudagar
d)
Bank perdagangan
5.
Maklumat berikut berkaitan dengan satu perkhidmatan bank perdagangan
# Tidak memerlukan cagaran
# Diberi kepada pemegang akaun semasa
Apakah perkhidmatan tersebut?
a)
Overdraf
b)
Draf bank
c)
Pinjaman persendirian
d)
Mendiskaunkan bil pertukaran
6.
Tindakan bank pusat yang manakah dapat mengurangkan kuasa beli masyarakat?
a)
Membeli surat jaminan kerajaan
b)
Menurunkan kadar rizab berkanun
c)
Menaikkan kadar faedah pinjaman
d)
Memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman
7.
Antara berikut yang manakah betul tentang konsep kemelesetan ekonomi?
I   Keluaran negara berkurang
II  Stok barangan berkurang
III Kuasa beli pengguna bertambah
IV Kadar pengangguran bertambah 
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
8.
Pernyataan manakah yang betul apabila bank pusat melonggarkan syarat sewa beli untuk membeli kenderaan? 
a)
Permintaan meningkat
b)
Ansuran bulanan menjadi semakin tinggi
c)
Tempoh bayaran balik menjadi lebih pendek
d)
Jumlah wang pendahuluan semakin bertambah
9.
Cukai langsung adalah cukai yang dikenakan terhadap
a)
pemilik tanah
b)
pembeli kereta tempatan
c)
minyak sawit yang dieksport
d)
minyak wangi yang diimport
10.
Apakah aktiviti yang tergolong dalam sektor kedua?
a)
Perlombongan dan perkhidmatan insurans
b)
Perusahaan tekstil dan perkhidmatan hotel
c)
Pembinaan rumah dan perusahaan perabot
d)
Penanaman kelapa sawit dan pembinaan jalan raya
11.
Berapakah jumlah pinjaman kerajaan daripada sumber dalam negeri?
a)
RM17 277
b)
RM121 354
c)
RM284 890
d)
RM399 067
12.
Antara berikut, yang manakah kelebihan meminjam daripada sumber dalam negara?
I   Jumlah pinjaman lebih besar
II  Sumber pinjaman lebih banyak
III Syarat pinjaman lebih fleksibel
IV Kadar faedah pinjaman lebih rendah
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
13.
Perbezaan faktor manakah yang menyebabkan perdagangan antarabangsa wujud?
I   Cita rasa pengguna
II  Budaya masyarakat
III Sekatan perdagangan antarabangsa
IV Tingkat kecekapan pengeluaran
a)
I, II dan III
b)
I,II dan IV
c)
I,III dan IV
d)
II,III dan IV
14.
Contoh perbelanjaan perkhidmatan sosial kerajaan ialah membina
a)
jalan raya
b)
bangunan sekolah
c)
pusat pentadbiran kerajaan
d)
kuarters kediaman angkatan tentera
15.
I   Inflasi berlaku apabila negara menghadapi masalah lebihan stok barangan
II  Semasa inflasi, kerajaan melalui alat belanjawan negara akan meningkatkan kadar cukai dan menurunkan perbelanjaan kerajaan.
a)
Betul, salah
b)
Salah, betul
c)
Betul,betul
d)
Salah, salah