NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsPepatah I
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Name
Class
Date
1.
Masyarakat di sini sentiasa bekerjasama; ________________
a)
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
b)
Alah bisa, tegal biasa
c)
berat sama dipukul ringan sama dijinjing
d)
kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya
2.
Orang yang mempunyai kemahuan yang kuat pasti akan berikhtiar mencapainya kerana _______________
a)
Ada air adalah ikan
b)
Lain orang lain ceritanya
c)
Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh jua akhirnya
d)
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
3.
Budaya _____________ tidak wajar diamalkan lagi kerana hal ini akan membentuk kasta dalam masyarakat
a)
Enggang sama enggang, pipit sama pipit
b)
Air sama air, sampah ke tepi juga
c)
Sorong papan , tarik papan
d)
Pisang berbuah dua kali
4.
Orang yang berjaya sentiasa berikhtiar untuk mencapai sesuatu, bukan sering memberikan alasan. Kata pepatah ______________
a)
Alah bisa, tegal biasa
b)
lah sabung, menang sorak
c)
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
d)
Alah membeli, menang memakai
5.
Berwaspadalah jika hendak melakukan sesuatu pekerjaan; ____________
a)
usaha tangga kejayaan
b)
Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut
c)
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
d)
biar putih tulang jangan putih mata
6.
Kehidupan orang itu sungguh menyedihkan; ______________
a)
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
b)
Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari
c)
Asam garam
d)
Beradu nasib
7.
Tenunan songket merupakan budaya kita turun-temurun . kewujudannya _____________
a)
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
b)
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
c)
Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
d)
Durian runtuh
8.
Apalah yang hendak dikejar sangat projek yang besar itu, bimbang nanti ______
a)
Air pun ada pasang surutnya
b)
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
c)
Air dicencang tidak akan putus
d)
Hancur hati
9.
Kamu masih ada masa untuk membetulkan kesilapan. Jadi jika ________________
a)
Sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan
b)
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
c)
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
d)
Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya
10.
Beginilah budaya yang perlu kita amalkan; ______________
a)
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
b)
Ada gula adalah Lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dimuntahkan
c)
seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
d)
Membaca jambatan ilmu
Reset
