Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Malaysia 1.3

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.
Pada tahun 1959, Lim Kuan Yew telah mencadangkan percantuman Singapura dan Tanah Melayu. Apakah sebab utama cadangan ini?
a)
Mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura
b)
Mengukuhkan kedudukan British
c)
Menguasai Tanah Melayu
d)
Menubuhkan Malaysia
2.
Bilakah hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai?
a)
16 September 1965
b)
16 September 1966
c)
16 September 1963
d)
16 September 1964
3.
Pada tahun bilakah Singapura dikeluarkan daripada Malaysia?
a)
1962
b)
1963
c)
1964
d)
1965
4.
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Kaum yang terbesar di Malaysia ialah kaum _____________.
a)
India
b)
Cina
c)
Melayu
d)
Kadazan
5.
Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada  tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 . Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia ?
 I Desakan kumpulan radikal
 II Pemimpin dan rakyat bermuafakat
 III Semangat toleransi menjadi amalan
 IV Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum 
a)
A. I dan II 
b)
B. I dan IV 
c)
C. II dan III 
d)
D. III dan IV       
6.
Antara berikut yang manakah bukan merupakan faktor-faktor Pembentukan Malaysia
a)
Ancaman Jepun di Singapura
b)
Keseimbangan kaum
c)
kemajuan ekonomi bersama
d)
mempercepat kemerdekaan
7.
Cadangan Lim Kuan Yew untuk menggabungkan Singapura dengan Tanah Melayu telah ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Apakah sebab utama penolakan ini?
a)
Bimbang komposisi kaum Cina melebihi orang Melayu
b)
Bimbang jawatan Perdana Menteri jatuh ke tangan Lim Kuan Yew
c)
Bimbang British kembali menguasai Tanah Melayu
d)
Bimbang UMNO hilang sokongan
8.
Apakah reaksi 2 pertubuhan berikut terhadap pembentukan Malaysia?
- Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
- Barisan Sosialis
a)
idea penubuhan Malaysia harus dirunding bersama penduduk Tanah Melayu
b)
jangan libatkan Singapura
c)
satu penjajahan bentuk baru
d)
mengekang pengaruh komunis
9.
Bilakah Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan?
a)
17 Januari 1962
b)
19 Februari 1962
c)
18 April 1962
d)
1 Ogos 1962
10.
Antara berikut, yang manakah tidak termasuk dalam senarai Perkara 20 yang dituntut Sabah dan Sarawak
a)
Agama Islam agama rasmi persekutuan tetapi Sabah tiada agama rasmi.
b)
Kuasa Imigresen di bawah kerajaan negeri
c)
Bahasa Inggeris bahasa rasmi di Sabah
d)
Sistem pendidikan di bawah kerajaan pusat
11.
Siapakah nama pemimpin Parti Rakyat Brunei yang menetang keras penubuhan Malaysia
a)
A.M. Azahari
b)
Sultan Omar Ali Saifuddin
c)
Sultan Hasanal Bolkiah
d)
Sakaran Dandai
12.
Antara berikut parti manakah yang menolak cadangan pembentukan Malaysia di Sarawak?
a)
SUPP
b)
SNAP
c)
PESAKA
d)
BERJASA
13.
Siapakah tokoh yang meyakinkan Parti Negara Sarawak (PANAS) untuk menyokong pembentukan Malaysia?
a)
Datuk Bandar Abang Haji Mustapha
b)
Taib Mahmud
c)
Ong Kee Hui
d)
James Brooke
14.
- UNKO
- USNO
- Pasok Momugun
- Parti Bersatu
- Parti Demokrat
Antara berikut yang manakah bukan persamaan parti-parti ini?
a)
merupakan parti politik di Sabah
b)
membantah penubuhan Malaysia
c)
membentuk Parti Perikatan Sabah
d)
bersepakat mengemukakan Perkara 20
15.
Mengapakah Sultan Brunei mengambil keputusan untuk tidak menyertai Malaysia?
a)
pergolakan politik di Brunei
b)
selesa menjadi tanah jajahan British
c)
ingin merdeka sendirian
d)
bimbang hilang takhta
16.
Pada tahun 1941, lelaki ini telah menakluk wilayah Borneo Utara dari Kuching hingga ke Lawas.
 Siapakah yang dimaksudkan dalam kenyataan di atas?
a)
A.M. Azhari
b)
James Brooke
c)
Taib Mahmud
d)
Dato Bandar Abang Haji Mustapha
17.
Antara negara berikut, yang manakah paling lewat mencapai kemerdekaan?
a)
Indonesia
b)
Vietnam
c)
Filipina
d)
Malaysia
18.
- Yeo Cheng Ho
- Ong Kee Hui
- Temenggung Jugah ak Barieng
- Pengarah Montegrai ak Tugang
- Dato' Abang Haji Openg
Apakah persamaan individu di atas?
a)
Delegasi Sarawak dalan "Malaysian Solidarity Consultative Committee
b)
Menjadi Menteri dalam Kabinet Srawak
c)
Membantah penubuhan Malaysia
d)
Ahli Parti Kebangsaan Sarawak
19.
Umum mengetahui bahawa tarikh 16 September 1963 merupakan tarikh perisytiharan rasmi Persekutuan Malaysia. Walaubagaimanapun, ini bukan merupakan tarikh asal yang diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman semasa beliau ke London pada Ogos 1962. Bilakah tarikh asal yang pengisytiharan Malaysia yang diumumkan Tunku?
a)
31 Ogos 1963
b)
1 Ogos 1963
c)
1 September 1963
d)
16 September 1962
20.
Pengisytiharan Tunku tentang penubuhan Malaysia telah mendapat reaksi negatif beberapa pihak terutamanya 2 negara jiran di Asia Tenggara. Apakah nama 2 negara tersebut?
a)
Indonesia dan Filipina
b)
Indonesia dan Brunei
c)
Filipina dan China
d)
Thailand dan Sulu
21.
Pihak komunis di Sarawak telah menunjukkan reaksi negatif terhadap perisytiharan Malaysia dengan berarak sambil mengibarkan bendera Parti Komunis China. Di manakah peristiwa ini berlaku?
a)
Kuching dan Sibu
b)
Kuching dan Sarikei
c)
Kuching dan Miri
d)
Kuching dan Lawas
22.
Siapakah Yang Dipertua Negeri Sarawak yang pertama?
a)
Dato Abang Haji Openg
b)
Dato Stephen Kalong Ningkan
c)
Dato Bandar Abang Haji Mustafa
d)
Khir Johari
23.
Siapakah Ketua Menteri Sarawak yang pertama?
a)
Dato Abang Haji Openg
b)
Dato Stephen Kalong Ningkan
c)
Dato Bandar Abang Haji Mustafa
d)
Donald Stephen
24.
Siapakah Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama?
a)
Tun Datu Mustapha Datu Harun
b)
James Wong
c)
Dato Bandar Abang Haji Mustafa
d)
Tun Salleh Abbas
25.
Siapakah Ketua Menteri Sabah yang pertama?
a)
Tun Datu Mustapha Datu Harun
b)
Donald Stephen
c)
Stephen Kalong Ningkan
d)
Dato Musa Aman
26.
Di manakah majlis permahsyuran kemerdekaan Sarawak pada 16 September 1963 diadakan?
a)
Padang Central
b)
Padang Merdeka
c)
Dataran Merdeka
d)
Padang Matsirat
27.
Di manakah majlis permahsyuran Malaysia pada 16 September 1963 diadakan?
a)
Padang Central
b)
Padang Merdeka
c)
Dataran Merdeka
d)
Stadium Merdeka
28.
Di manakah majlis permahsyuran kemerdekaan Sabah pada 16 September 1963 diadakan?
a)
Padang Central
b)
Padang Merdeka
c)
Dataran Merdeka
d)
Padang Matsirat
29.
Apakah Matlamat Penubuhan MAPHILINDO yang dianggotai Malaysia, Filipina dan Indonesia
a)
Menyekat pengaruh komunis
b)
Membentuk pakatan ketenteraan
c)
Memajukan ekonomi serantau
d)
Meningkatkan hubungan persahabatan
30.
Antara berikut, faktor yang manakah menyebabkan Singapura dikeluarkan daripada Malaysia pada tahun 1965?
i.   Persaingan politik PAP dan MCA
ii.  Tuntutan Singapura terhadap Pulau Batu Putih
iii. Isu perkauman
iv. Isu ekonomi dan kewangan
a)
i, ii, dan iii
b)
i, iii, dan iv
c)
ii, iii, dan iv
d)
i, ii, iii, dan iv