NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsTATABAHASA
Total questions: 30
Worksheet time: 23mins
Name
Class
Date
1.
Kempen ______________ akan dijalankan di seluruh negara secara berterusan.
a)
anti denggi
b)
antidenggi
2.
Haliza membacakan buku cerita itu kepada adiknya sambil _______________.
a)
berseloroh
b)
berseluruh
3.
Para _______________ itu sedang berbincang tentang masalah inflasi.
a)
cendikiawan
b)
cendekiawan
4.
Perjalanan ke _______________ itu mengambil masa lebih kurang dua jam.
a)
kampung
b)
kampong
5.
Motosikal berkuasa tinggi itu __________ dari Itali.
a)
diimport
b)
diemport
6.
Jamil _________________ basikalnya yang pancit itu sehingga ke rumahnya.
a)
menonton
b)
menuntun
7.
Sofia bergiat aktif dalam aktiviti _______________ di sekolahnya.
a)
ko-kurikulum
b)
kokurikulum
8.
_____________________ terkenal itu berasa rimas kerana diserbu ramai peminat.
a)
Selebriti
b)
Selibriti
9.
Azikah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ___________ pada hari Sabtu ini.
a)
ke-18
b)
ke 18
10.
Ibu menghidangkan sepinggan __________ ketika minum petang.
a)
kueh
b)
kuih
11.
Fazli ____________ apabila mendapat markah terendah dalam ujian Matematik.
a)
kecewa
b)
keciwa
12.
Chian Teng sangat pakar dalam bidang _____________ maklumat.
a)
teknology
b)
teknologi
13.
Motosikal yang ditunggang oleh remaja itu ___________ terbabas ke dalam longkang.
a)
hampir-hampir
b)
sayup-sayup
14.
Selain ubat pemusnah yang khusus, ________ yang membiak di dalam kolam mandi dapat dihapuskan juga dengan menggunakan garam.
a)
jejentik
b)
lelabi
15.
Pengawal keselamatan di pasar raya itu sedang memerhatikan ______________ pemuda yang mencurigakan itu.
a)
desas-desus
b)
gerak-geri
16.
Menurut saksi, helikopter itu dikatakan ___________ seketika di udara sebelum terhempas.
a)
berlumba-lumba
b)
berlegar-legar
17.
Pak Usu Razak bersyukur kerana rumah tangganya yang hampir ____________ telah pulih kembali.
a)
hingar-bingar
b)
porak-peranda
18.
Siva _________ tidak percaya akan ura-ura yang disampaikan oleh Haikal itu.
a)
benar-benar
b)
jelas-jelas
19.
Maniam ____________ melarikan diri apabila lembu-lembu itu mula mengejarnya.
a)
pantas-pantas
b)
cepat-cepat
20.
Mulut Danish ____________ menghafal doa-doa yang diajarkan oleh Ustaz Lutfi.
a)
kumat-kamit
b)
gerak-geri
21.
Pengetahuan kita akan bertambah luas jika kita _____________ berbahasa asing.
a)
cekap
b)
fasih
22.
Pemandu kereta itu disaman oleh seorang anggota polis kerana memandu dengan _____________.
a)
laju
b)
tangkas
23.
Ukiran bunga-bungaan pada kerusi kayu itu sangat __________ buatannya.
a)
halus
b)
licin
24.
Walaupun Encik Baharum tidak berpelajaran tinggi, beliau mempunyai pengalaman yang ____________ dalam selok-belok perniagaan.
a)
besar
b)
luas
25.
Rumah di hujung kampung itu tidak berpenghuni lagi kerana sudah ___________.
a)
lama
b)
usang
26.
Mak Long Hajar merebus ubi kayu itu hingga ___________.
a)
empuk
b)
lembut
27.
Pasu bunga di __________ ruang tamu rumah Puan Mariani itu dihadiahkan oleh rakannya dari Sarawak.
a)
pinggir
b)
sudut
28.
Beberapa buah negeri di pantai _____________ Semenanjung seperti Kelantan dan Terengganu telah dilanda banjir.
a)
barat
b)
timur
29.
Mereka berpandangan apabila terdengar suara orang berbisik-bisik di _________ rumah.
a)
luar
b)
samping
30.
Ketua kampung berasa kesal kerana kempen kitar semula yang diadakan mendapat sambutan yang _________ daripada penduduk.
a)
dingin
b)
sejuk
Reset
