wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Paper 1 Trial Questions SPM

Total questions: 13

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.
Ini adalah kereta baru Halif. Kereta itu akan bergerak dengan momentum paling besar sekiranya Halif memandu dengan kelajuan
a)
80 kmh-1
b)
120 kmh-1
c)
150 kmh-1
d)
200 kmh-1
2.
Rajah menunjukkan sebuah kereta bergerak dengan halaju seragam.
Daya-daya adalah seimbang apabila
a)
daya bersih adalah sifar
b)
daya bersih adalah sama
c)
daya bersih sama dengan daya geseran
d)
daya bersih kurang daripada daya geseran
3.
Rajah menunjukkan Tammy sedang melancarkan sebiji bola menggunakan lastik.
Kaedah dan ciri  getah lastik yang manakah akan menyebabkan bola itu bergerak pada  jarak yang paling  jauh?
a)
Kaedah :Tarik dengan pemanjangan besar
Ciri - ciri getah lastik : Tebal
b)
Kaedah :Tarik dengan pemanjangan kecil
Ciri - ciri getah lastik : Pemalar daya kecil
c)
Kaedah :Tarik dengan pemanjangan besar
Ciri - ciri getah lastik : Nipis
d)
Kaedah :Tarik dengan pemanjangan kecil
Ciri - ciri getah lastik : Pemalar daya besar
4.
Rajah menunjukkan sebuah lesung padi yang digunakan untuk menghasilkan beras. Padi kering ditumbuk dengan alu untuk memisahkan beras daripada sekam. Pernyataan manakah menunjukkan daya impuls dihasilkan
a)
alu digerakkan pada halaju yang tinggi
b)
alu diangkat pada paras yang tinggi
c)
beras terpisah daripada sekam
d)
alu menghentam lesung
5.
sebiji bola melantun ke atas apabila suatu daya yang dikenakan ke atas spring termampat dilepaskan.
Pasangan  perubahan tenaga dan magnitud tenaga yang manakah adalah betul?
a)
Perubahan tenaga : Tenaga keupayaan kenyal, EPE kepada  tenaga kinetik, KE.
Magnitud tenaga : EPE = KE
b)
Perubahan tenaga :
Tenaga kinetik, KE kepada tenaga keupayaan kenyal, EPE
Magnitud tenaga : K.E > EPE
c)
Perubahan tenaga :
Tenaga keupayaan kenyal, EPE kepada  tenaga kinetik, KE
Magnitud tenaga : EPE > K.E
d)
Perubahan tenaga : Tenaga kinetik, KE kepada tenaga keupayaan kenyal, EPE
Magnitud tenaga : K.E = EPE
6.
Tekanan  cecair di dasar satu jag  bergantung kepada faktor-faktor berikut kecuali
a)
bentuk jag
b)
kedalaman cecair
c)
ketumpatan cecair
d)
kekuatan medan graviti
7.
Satu barometer yang digunakan oleh Siow untuk mengkaji tekanan atmosfera di tepi pantai.  Panjang h ialah 76 cm.
a)
Sama dengan 0 cm
b)
Sama dengan 76 cm
c)
Lebih besar daripada 76 cm
d)
Lebih kecil daripada 76 cm
8.
Satu pam hidraulik dengan luas keratan rentas omboh X dan Y yang sama. Pernyataan  manakah yang betul?
a)
Daya, F lebih besar daripada berat beban, W
b)
Berat beban, W  lebih besar daripada daya, F
c)
Tekanan yang dikenakan pada omboh X dan Y adalah sama
d)
Tekanan yang dikenakan pada omboh X lebih rendah berbanding tekanan yang dikenakan pada  omboh Y
9.
Menunjukkan penumpang-penumpang sedang menunggu di stesen kereta api. Apabila sebuah kereta api yang bergerak pantas melintasi, penumpang yang sedang menunggu di sepanjang platform itu akan mengalami suatu tarikan ke arah kereta api yang sedang bergerak itu.
a)
Prinsip Pascal
b)
Prinsip Bernoulli
c)
Prinsip Archimedes
d)
Prinsip Hidraulik
10.
Dua blok logam bersentuh antara satu sama lain. Keseimbangan terma tercapai apabila kedua-duanya mempunyai sama
a)
Jisim
b)
Ketumpatan
c)
Isipadu
d)
Suhu
11.
Lengkung pemanasan bagi suatu bahan.
Pernyataan manakah yang betul antara titik P dan titik Q?
a)
Haba pendam tentu pelakuran telah diserap.
b)
Haba pendam tentu pelakuran telah dibebaskan.
c)
Haba pendam tentu pengewapan  telah diserap
d)
Haba pendam tentu pengewapan  telah dibebaskan.
12.
Jika kuantiti haba yang sama dibekalkan kepada air dan parafin yang mempunyai jisim sama, kenaikan suhu parafin adalah lebih tinggi daripada air.  Ini adalah disebabkan oleh
a)
haba pendam tentu air adalah lebih tinggi daripada parafin.
b)
haba pendam tentu parafin adalah lebih tinggi daripada air.
c)
muatan haba tentu air adalah lebih tinggi daripada parafin.
d)
muatan haba tentu parafin adalah lebih tinggi daripada air.
13.
Satu sinar cahaya P, ditujukan kepada pusat, O satu bongkah kaca semibulatan. Indeks biasan kaca itu adalah 1.57.
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D