wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa Untuk Menengah 4

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.
Bagaimana perbuatan/perkataan demikianlah balas dan jawapannya
a)
Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
b)
Ada kerak, adalah nasi
c)
Tangan mencencang bahu memikul
2.
Orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya
a)
Umpama duduk seperti kucing, melompat seperti harimau
b)
Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
c)
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
3.
Walau bagaimana mewah atau makmur sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik
a)
Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya     
b)
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri
c)
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
4.
Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
a)
 Ditatang bagai minyak yang penuh
b)
Bagai menelan mestika embun
c)
Seperti labah-labah cinta kepada telurnya
5.
Orang yang cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja jarang yang rosak
a)
Belayar sampai ke pulau
b)
Ringan tulang berat perut
c)
Nasi tak dingin pinggan tak retak
6.
Merancang sesuatu yang belum pasti diperoleh
a)
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
b)
Membuang garam ke laut
c)
Burung terbang dipipiskan lada
7.
Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya
a)
Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak
b)
Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
c)
Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
8.
Orang yang bijaksana jua yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia  dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang.
a)
Bagai menelan mestika embun
b)
Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
c)
Jauhari juga yang mengenali manikam
9.
Kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga
a)
Tiada rotan akar berguna
b)
 Tukang tidak membuang kayu
c)
Kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit
10.
Lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik semula
a)
Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga
b)
Biduk lalu kiambang bertaut
c)
Perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula