wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS D6 - Pengurusan Bahan Buangan by Azrin

Total questions: 25

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.
Bahan buangan boleh dikelaskan kepada bahan buangan terbiodegradasi dan bahan buangan tidak boleh terbiodegradasi
a)
Benar
b)
Palsu
2.
Apakah jenis bahan buangan yang ditunjukkan dalam rajah?
a)
Bahan buangan terbiodegradasi
b)
Bahan buangan tidak terbiodegradasi
3.
Rajah menunjukkan beberapa tong bewarna untuk kegunaan mengasingkan sisa buangan. Mengapakah amalan mengasingkan sisa buangan ini penting?
a)
Supaya manusia mendapat keuntungan
b)
Supaya alam sekitar terpelihara daripada pencemaran dan ancaman wabak penyakit
c)
Supaya tidak berlaku pembaziran
d)
Supaya alam sekitar sentiasa cantik dan sedap mata memandang
4.
Haiwan ini menjadi mangsa kepada sisa buangan tidak terbiodegradasi yang dibuang ke laut. Apakah kesan yang timbul akibat daripada tindakan ini?
a)
Populasi haiwan akuatik membiak dan bertambah
b)
Populasi haiwan akuatik berkurang dan diancam kepupusan
c)
Haiwan akuatik tidak akan kelaparan
d)
Siratan makanan kawasan akuatik tidak terganggu
5.
Antara berikut, yang manakah menunjukkan amalan pengurusan bahan buangan yang terancang?
a)
Bahan buangan diasingkan mengikut jenis sebelum dibuang
b)
Menggunakan bekas khas untuk membuang bahan buangan kimia dan minyak
c)
Pembakaran sampah-sarap secara terbuka tanpa kawalan
d)
Membungkus dan mengikat bahan buangan dengan kemas sebelum dibuang
6.
Antara berikut, yang manakah menunjukkan amalan pengurusan bahan buangan yang tidak terancang?
a)
Menanam bahan buangan terbiodegradasikan ke dalam tanah
b)
Mengikat dan membungkus bahan buangan dengan kemas sebelum dibuang
c)
Mengamalkan pengasingan bahan buangan sebelum dibuang
d)
Mengalirkan sisa cecair kimia, toksik dan kimia ke dalam longkang atau saliran
7.
Apakah kesan buruk situasi yang ditunjukkan dalam rajah?
a)
Mengakibatkan pertambahan kekerapan bencana jerebu
b)
Bilangan spesies haiwan bertambah di kawasan itu
c)
Penularan wabak penyakit
d)
Tanah runtuh
8.
Apakah jenis bahan buangan yang ditunjukkan dalam rajah?
a)
Logam
b)
Kertas
c)
Sisa toksik
d)
Plastik
9.
Apakah jnis bahan buangan ini?
a)
Logam
b)
Kertas
c)
Sisa toksik
d)
Plastik
10.
Sisa makanan yang dibuang menghasilkan suatu bau yang kurang enak. Ini menunjukkan bahawa .....
a)
Sisa makanan ialah bahan buangan tidak terbiodegradasi
b)
Sisa makanan ialah bahan buangan terbiodegradasi
11.
Bau busuk yang dihasilkan daripada sisa makanan yang dibuang adalah disebabkan oleh ....
a)
tindakan mikroorganisma dalam proses pengecutan
b)
tindakan mikroorganisma dalam proses pengembangan
c)
tindakan mikroorganisma dalam proses pereputan
12.
Apakah yang dimaksudkan dengan bahan buangan?
a)
Barangan terpakai
b)
Barangan yang tahan lama
c)
Bahan yang tidak diperlukan lagi
d)
Bahan yang tidak boleh diguna semula
13.
Antara bahan buangan berikut, yang manakah boleh dilupuskan dengan cara menimbusnya di dalam tanah?
a)
Beg plastik
b)
Botol kaca
c)
Bekas polisterina
d)
Tulang haiwan dan sisa sayuran reput
14.
Antara bahan buangan berikut, yang manakah boleh dijadikan sebagai baja kompos?
a)
Botol
b)
Kain buruk
c)
Sisa toksik
d)
Sisa makanan
15.
- Hujan asid
- Pencemaran udara
- Kejadian jerebu
Apakah punca bagi situasi yang disenaraikan di atas berlaku?
a)
Menanam bahan buangan ke dalam tanah
b)
Pelepasan asap dari kilang dan kenderaan
c)
Membuang sampah ke dalam sungai / sistem saliran
d)
Membuang bahan buangan mengikut jenis
16.
Sesetengah peladang akan membakar sisa pertaniannya sebelum memulakan penanaman yang baharu. Apakah kesan tindakan peladang ini?
a)
Tanah runtuh
b)
Banjir kilat
c)
Pencemaran udara
d)
Penularan wabak penyakit
17.
-tulang ayam
-kulit telur
-hampas sayuran
Jenis bahan buangan di atas ialah:
a)
Tinja
b)
Kertas
c)
Sisa toksik
d)
Sisa makanan
18.
Simbol ini terdapat pada bekas sejenis bahan buangan. Antara berikut, yang manakah menerangkan bahan buangan itu?
a)
Bahan mudah terbakar
b)
Mengandungi bahan buangan berasid
c)
Mengandungi bahan beracun
d)
Mengandungi mikroorganisma berbahaya
19.
Simbol ini terdapat pada bekas sejenis bahan buangan. Antara berikut, yang manakah menerangkan bahan buangan itu?
a)
Bahan mudah terbakar
b)
Mengandungi bahan mengakis (berasid)
c)
Mengandungi bahan beracun
d)
Mengandungi mikroorganisma berbahaya
20.
Simbol ini terdapat pada bekas sejenis bahan buangan. Antara berikut, yang manakah menerangkan bahan buangan itu?
a)
Mudah terbakar
b)
Mengandungi bahan mengakis (berasid)
c)
Mengandungi bahan beracun
d)
Mengandungi mikroorganisma berbahaya
21.
Simbol ini terdapat pada bekas sejenis bahan buangan. Antara berikut, yang manakah menerangkan bahan buangan itu?
a)
Mudah terbakar
b)
Mengandungi bahan beracun
c)
Mengandungi sisa bahan nuklear
d)
Mengandungi mikroorganisma berbahaya
22.
Apakah jenis bahan buangan yang dihasilkan oleh situasi dalam rajah ini?
a)
plastik
b)
logam
c)
sisa toksik
d)
bahan kumuh
23.
Mengapakah bahan yang terbiodegradasikan menghasilkan bau busuk selepas beberapa hari?
a)
Kerana bahan buangan itu menghasilkan bahan beracun
b)
Kerana bahan buangan itu direputkan oleh mikroorganisma
c)
Kerana bahan buangan itu bertindak balas dengan udara
d)
Kerana bahan buangan itu mengandungi mikroorganisma yang berbahaya
24.
Sesetengah penduduk pedalaman suka mengamalkan pembuangan sampah ke dalam sungai. Apakah kesan yang berlaku atas tindakan penduduk itu?
a)
Akan menyebabkan hujan asid
b)
Tanah kawasan itu menjadi kurang subur
c)
Sumber bekalan air bersih tercemar
d)
Populasi haiwan akuatik bertambah
25.
Kuala Lumpur merupakan salah satu bandar yang kerap dilanda banjir kilat. Apakah yang menyebabkan kejadian ini berlaku?
a)
Aliran sungai yang sangat deras menuju ke bandar
b)
Aliran air yang terhalang oleh timbunan sampah dalam longkang dan parit
c)
Hujan yang sangat lebat menyebabkan air sungai melimpah
d)
Jalan raya dibina di kawasan yang rendah dan mudah ditenggelami air