wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Muamalah

Total questions: 30

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.
Pilih istilah yang betul untuk aktiviti 'Muamalah' tersebut:
i. al Baie (البيع) = Jual beli
ii. al Ijarah (الاجارة) = Sewa
iii. al Qardu (القرض) = Saham
iv. al Rahn (الرهن) = Gadaian
v. al Mudarabah (المضربة) = Hutang
a)
i, ii, & iv
b)
i, ii, iii, & v
c)
i, ii, iv & v
d)
i, ii & iii
2.
Pengertian ______  ialah Menukar barang dengan barang mengikut cara tertentu.
a)
Jual beli
b)
Sewa
c)
Syarikat
d)
Saham
3.
______________ ialah sesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh
pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman.
a)
Syarikat
b)
Hutang
c)
Gadaian
d)
Insurans
4.
Encik Ali telah menjual buah-buahan di dalam kotak dengan menyorokkan buah yang busuk di bahagian bawah.
Pernyataan di atas merujuk kepada jenis
a)
Jualbeli yang sah  tetapi dilarang
b)
 jualbeli yang tidak sah dan dilarang
5.
Nyatakan permasalahan berikut:
Saya jual rumah ini kepada awak sekiranya isteri saya bekerja ke luar negara.
a)
Sah
b)
Tidak Sah
6.
Tandakan (B) bagi Jual beli Tidak Sah dan dilarang  dan (S) bagi Jual beli Sah tetapi dilarang.
1) Membeli barang yg sedang dibeli oleh orang lain.
2) Tidak dimiliki dengan sempurna.
3) Jualan bersyarat
a)
(1) B  (2) B  (3) S 
b)
(1) S  (2) B  (3) S
c)
(1) B  (2) S  (3) S
d)
(1) S  (2) B  (3) B
7.
Diantara perkara-perkara yang membatalkan syarikat ialah
I  Salah seorang rakan kongsi sakit tenat
II  hilang kelayakan seperti gila yang berterusan
III  syarikat dibatalkan oleh salah seorang rakan kongsi
IV  salah seorang rakan kongsi berhijrah keluar negara
a)
I dan II 
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
8.
Syarat Penjual dan pembeli :
1) Kemahuan Sendiri
2) Islam
3) Merdeka
4) _______ 
a)
Berakal
b)
Mukallaf
c)
Tidak bersifat membazir
d)
Bayaran dengan wang
9.
Riba ______ iaitu pertambahan yang diperolehi melalui pertukaran barang yang sama sepertinya.
a)
Riba al Nasiah (النسيئة)
b)
Riba al Fadl (الفضل)
10.
Rukun gadaian ialah :
i. Penggadai
ii. Pemegang Gadaian
iii. ________________
iv. Barang yang digadai
a)
Modal 
b)
Kontrak
c)
Barang yg diberi kepada Penggadai
d)
Manfaat
11.
Secara amnya, insurans boleh diertikan sebagai _______________
a)
Satu pinjaman
b)
Satu agihan
c)
Satu nilai harta
d)
 Satu faedah
12.
Insurans ________ ialah pelindungan risiko ke atas kematian dan hilang upaya.
a)
Insurans Nyawa
b)
Insuran Am
13.
Insurans dilaksanakan berdasarkan beberapa prinsip kecuali 
a)
Satu perjanjian bantu-membantu
b)
Menjamin dan melindungi antara satu sama lain
c)
Meringankan kerugian yang ditanggung oleh ahli
d)
Mengandungi unsur ketidakpastian pada bayaran sumbangan
14.
 Encik Ismail membeli satu polisi insurans tetapi beliau tidak diberi maklumat mengenai operasi perniagaannya.
Insuran tersebut bertentangan dengan syarak kerana mempunyai unsur_____
a)
Riba
b)
Judi
c)
Gharar
d)
Takaful
15.
Berikut adalah benar antara perkara2 yang perniagaan insurans hendaklah dielakkan kecuali

a)
Riba
b)
Gharar
c)
Judi
d)
Bantu membantu
16.
i. Kematian salah seorang daripada rakan kongsi
ii. Salah seorang rakan kongsi murtad
iii.Salah seorang rakan kongsi mengalami penyakit gila berterusan
Pernyataan di atas adalah berkaitan perkara yang menyebabkan _____________
kontrak syarikat.
a)
Rosak
b)
Harus
c)
Sah
d)
Batal
17.
Hukum asal menubuhkan syarikat adalah _____________________menurut syarak.
a)
Sunat
b)
Harus
18.
Selain modal, apakah yang terkandung dalam rukun syarikat? 
a)
Ahli dan akad
b)
Ahli dan barang
c)
Barang dan akad 
d)
Bayaran dan barang
19.
- Salah satu cara memajukan ekonomi sesuatu bangsa.
- Membimbing masyarakat untuk hidup bekerjasama .
- Memimpin masyarakat supaya sentiasa bersifat amanah dan jujur
Pernyataan di atas merujuk kepada 
a)
Perkara yang membatalkan syarikat 
b)
Hikmah penubuhan syarikat 
c)
Larangan dalam syarikat 
d)
Syarat sah syarikat 
20.
Saham yang tidak mempunyai unsur-unsur spekulasi merupakan salah satu……………………. saham diharuskan dalam Islam.
a)
Rukun
b)
Syarat
c)
Wajib
d)
Hikmah
21.
Encik Arsyad telah menyewakan rumah dengan bayaran sewa ditetapkan oleh penyewa.
Apakah hukum bagi kenyataan di atas?
a)
Sah
b)
Tidak Sah
22.
i) Barang telah rosak
ii) Tidak menepati syarat
iii) Barang telah hilang
Penyataan berikut akan menyebabkan sewaan :
a)
Tidak perlu bayar
b)
Tidak jadi sewa
c)
Tamat Kontrak
d)
Tangguh pembayaran sewaan
23.
Pemegang gadai telah membatalkan gadaian tanpa pengetahuan penggadai.
Apakah kesan terhadap tindakan di atas?
a)
Gadaian sah tetapi makhruh
b)
Gadaian terbatal
c)
Gadaian sah tetapi haram
d)
Gadaian sah
24.
Hukum asal memberi hutang menurut Islam ialah _______
a)
Wajib
b)
Sunat
c)
Harus
d)
Makhruh
25.
Pemberi dan penerima hutang hendaklah mengadakan ________ sebagai bukti berlakunya hutang.
a)
Sighah
b)
Mesyuarat
c)
Saksi
d)
Sijil
26.
Berikut adalah hikmah diharuskan berhutang kecuali ...
a)
Mengelakkan penindasan orang kaya terhadap orang miskin.
b)
Membantu golongan susah.
c)
Peluang orang kaya untuk bertambah kaya.
d)
Mengelak sikap suka meminta-minta secara percuma.
27.
Antara berikut, yang manakah bukan rukun hutang?
a)
Sighah
b)
Pinjaman
c)
Barang yang diberi hutang.
d)
Penerima dan pemberi hutang.
28.
Manakah antara berikut merupakan syarat saham yang diharuskan syarak?
a)
Saham di simpan di bank konvensional.
b)
Dividen telah ditetapkan.
c)
Mempunyai unsur riba.
d)
Tiada unsur spekulasi
29.
Polis Diraja Malaysian (PDRM) telah mengeluarkan peruntukan membeli 3 ekor anjing.  
Apakah hukum jual beli berikut:
a)
Harus
b)
Makhruh
c)
Haram
d)
Makhruh
30.
Antara syarat harta yang digadai hendaklah_______ untuk dijual beli.
a)
Halal
b)
Kerelaan sendiri
c)
Sah
d)
Tidak merugikan