NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsSIRAH, ADAB, AKIDAH PT3
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Name
Class
Date
1.
Apakah maksud Piagam Madinah?
a)
Undang-undang dan syariat Islam di Madinah
b)
Perlembagaan bertulis di Madinah
c)
Hudud di Madinah
d)
Syariat Islam di Madinah
2.
Golongan manakah yang terlibat dalam persetujuan Piagam Madinah?
a)
Orang Islam dan Nasrani
b)
Orang Islam dan Majusi
c)
Orang Islam dan Yahudi
d)
Orang Islam dan Kristian
3.
Apakah kandungan Aqabah Pertama?
a)
memberi bai'ah kepada Rasulullah s.a.w
b)
Taat setia pada masa susah, senang, genting dan tenang
c)
Orang Yahudi dibenarkan hidup dengan cara mereka sendiri
d)
Mereka berjanji meninggalkan syirik, zina, mencuri, bunuh anak
4.
Berikut adalah 7 perkara asas di dalam Piagam Madinah, KECUALI...
a)
kebebasan beragama
b)
memerangi kaum Jahiliyyah
c)
Sahifatulmadinah
d)
menegak keadilan
5.
Pada Aqabah Kedua, berapakah jumlah bilangan lelaki dan perempuan yang dibawa oleh Mus'ab?
a)
73 orang lelaki dan 2 wanita
b)
2 orang lelaki dan 73 wanita
c)
10 orang lelaki dan 40 wanita
d)
50 lelaki dan 3 wanita
6.
Apakah maksud perjanjian Hudaibiyah?
a)
perjanjian damai antara Rasul s.a.w dan pihak Yahudi
b)
perjanjian damai antara Rasul s.a.w dan pihak Musyrikin Quraisy
c)
perjanjian gencatan senjata antara Rasul s.a.w dan orang Nasrani
d)
perjanjian undan-undang antara Rasul s.a.w dan pihak Jahiliyyah
7.
Bilakah perjanjian Hudaibiyah ini berlaku?
a)
bulan zulkaedah tahun ke 6 hijrah
b)
bulan ramadhan tahun ke 5 hijrah
c)
bulan syawal tahun ke 7 hijrah
d)
bulan muharram tahun pertama hijrah
8.
Apakah maksud bai'atur ridhwan?
a)
ikrar yang berlangsung di Madinah
b)
ikrar yang berlaku pada kawasan Mekah
c)
ikrar yang berlangsung dibawah sepohon pokok
d)
ikrar yang terjadi pada kawasan perhimpunan
9.
Siapakah wakil Musyrikin Quraisy yang terlibat di dalam pemeteraian perjanjian Hudaibiyah?
a)
Amr bin al-'As
b)
Suhail bin Amru
c)
Umaiyah bin Abu Sufyan
d)
Zaid bin Harith
10.
Berikut adalah sebab-sebab perjanjian Hudaibiyah berlaku, KECUALI...
a)
Keputusan Rasulullah s.a.w utk mengerjakan umrah bersama-sama para sahabat dihalang
b)
sikap toleransi Rasulullah dan para sahabat
c)
ketaatan dan kepatuhan para sahabat kepada kepimpinan Rasulullah
d)
Pihak Musyrikin Mekah mencabul perjanjian
11.
Bilakah berlakunya pembukaan Kota Mekah?
a)
bulan Ramadhan tahun ke 7 hijrah
b)
bulan Syawal tahun ke 9 hijrah
c)
bulan Ramadhan tahun ke 8 hijrah
d)
bulan Muharram tahun ke 3 hijrah
12.
Berikut adalah 3 tuntutan Rasul s.a.w terhadap Musyrikin Quraisy, KECUALI...
a)
membayar diyyah kepada waris Bani Khuzaah yg terbunuh
b)
berperang dengan tentera Islam
c)
mengutuk perbuatan Bani Bakar membunuh orang Bani Khuzaah
d)
mengembalikan tanah Mekah kepada orang Islam
13.
Apakah maksud 'Ismaturrasul?
a)
perkara luar biasa yang berlaku kepada para Rasul
b)
para rasul terpelihara daripada melakukan maksiat dan dosa
c)
Allah menganugerahkan para rasul kelebihan dan karamah
d)
perkara luar biasa yang berlaku kepada bakal rasul
14.
Berikut merupakan Mukjizat Hissi, KECUALI...
a)
tongkat Nabi Musa a.s bertukar menjadi ular
b)
Nabi Isa a.s berkata2 ketika bayi
c)
penemuan saintifik di dalam Al-Quran
d)
Rasul s.a.w membelah bulan
15.
" ia merupakan proses mensabitkan amalan". Perkara di bawah yang manakah sesuai dgn definisi tersebut?
a)
Hisab
b)
Mizan
c)
Sirat
d)
Mahsyar
16.
Semua pernyataan di bawah adalah contoh-contoh Qada' Mubram, KECUALI...
a)
kelahiran
b)
kematian
c)
kejadian siang dan malam
d)
kejayaan manusia
17.
Apakah maksud Qada' dari segi bahasa?
a)
Hukum
b)
Pelaksanaan
c)
Hudud
d)
Menentukan kadar sesuatu perkara mengikut kadar yang tertentu
18.
Bagaimanakah untuk mencapai kejayaan di Akhirat?
a)
Istiqamah dalam setiap pekerjaan yang baik
b)
berakhlak dan berkeperibadian mulia
c)
suka membantu orang lain
d)
melaksanakan amar makruf nahi munkar
19.
Berikut merupakan batas-batas pergaulan bersama-sama tetamu,KECUALI...
a)
memakai pakaian yang bersih dan menutup aurat
b)
menjaga suasana rumah
c)
melunjurkan kaki ke arah tuan rumah
d)
meminta izin untuk meninggalkan rumah
20.
Apakah maksud Majlis?
a)
tempat berbincang
b)
tempat melepak
c)
tempat mesyuarat
d)
tempat duduk
21.
Bagaimanakah cara berbakti kepada ibu bapa yang masih hidup?
a)
sentiasa memohon keampunan untuk mereka
b)
menjelaskan segala hutang mereka
c)
sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka
d)
menyempurnakan segala janji yg telah dibuat mereka
22.
Apakah format yang perlu ada di dalam pidato?
a)
Ucapan terima kasih
b)
Isi
c)
Contoh
d)
Huraian
23.
Malaikat Maut juga dikenali sebagai Malaikat.....?
a)
Israfil
b)
Malik
c)
Israel
d)
Izrail
24.
Apakah contoh syafaat Uzma/Kubra?
a)
mempercepat hisab amalan manusia
b)
memasukkan orang soleh ke syurga tanpa hisab
c)
meningkatkan darjat seseorang di dalam syurga
d)
membebaskan orang beriman daripada api neraka
25.
Bagaimanakah langkah untuk meningkatkan pahala?
a)
melakukan amalan dgn ikhlas
b)
memperbanyak amalan sunat
c)
menjauhi tempat maksiat
d)
mengingati pembalasan azab Allah
Reset
