NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsFizik - Haba
Total questions: 12
Worksheet time: 14mins
Name
Class
Date
1.
a)
Pada keseimbangan terma, tiada pemindahan tenaga antara P dan Q
b)
Pada keseimbangan terma, suhu P sama dengan suhu Q
c)
Keseimbangan terma tidak boleh dicapai jika suhu awal P lebih kecil daripada suhu awal Q
d)
Keseimbangan terma tidak boleh dicapai jika rod R diperbuat daripada kaca
2.
Sifat termometri ialah sifat fizikal bahan yang
a)
berubah dengan suhu
b)
bertambah dengan suhu
c)
berkurang dengan suhu
d)
sama dengan suhu
3.
Sebuah tin aluminium berjisim 20g mengandungi minuman pada suhu 25'C. Apabila dimasukkan ke dalam peti sejuk, suhunya turun ke 4'C. Berapakah kuantiti haba yang telah dikeluarkan daripada tin itu ? (muatan haba tentu aluminium = 900 JkgC)
a)
72 J
b)
378 J
c)
3600 J
d)
378000 J
4.
Antara berikut yang manakah akan mempengaruhi kedua-dua takat didih air dan takat beku air ?
a)
Jisim
b)
Isi padu
c)
Tekanan
d)
Luas permukaan
5.
Dalam satu eksperimen, didapati air mendidih pada suhu 97'C. Antara sebab-sebab berikut, yang manakah paling mungkin menyebabkan air mendidih pada suhu tersebut ?
a)
Sedikit garam telah dilarutkan ke dalam air
b)
Air dipanaskan dengan api yang besar dan kuat
c)
Air dipanaskan dalam periuk tekanan
d)
Tekanan pada air kurang daripada satu atmosfera
6.
Antara berikut yang manakah dapat menambah kadar penyejatan air ?
a)
Memanaskan air
b)
Melarutkan garam ke dalam air
c)
Menambahkan tekanan pada permukaan air
d)
Menambahkan ais ke dalam air
7.
Penyejatan air membawa kesan penyejukan sebab
a)
Jisim air semakin berkurang
b)
Bilangan molekul air semakin kurang
c)
molekul bertenaga tinggi hilang daripada air itu
d)
haba mengalir keluar daripada air itu
8.
Sebuah kelalang mengandungi udara pada tekanan 150 kPa dan suhu 27'C. Kelalang itu kemudian direndam ke dalam air panas pada suhu 87'C. Berapakah tekanan baru udara di dalam kelalang itu ?
a)
47 kPa
b)
125 kPa
c)
180 kPa
d)
210 kPa
9.
Udara di dalam sebiji belon berisipadu 0.50m3 berada pada tekanan 100 kPa dan suhu 35'C. Perubahan cuaca menyebabkan tekanan dan suhu udara itu masing-masing berubah ke 90 kPa dan 24'C. Berapakah isi padu baru belon itu ?
a)
0.52 m3
b)
0.54 m3
c)
0.56 m3
d)
0.58 m3
10.
Antara berikut yang manakah ialah ciri termometer merkuri dalam kaca yang peka ?
a)
Tiub rerambut dengan diameter yang lebih besar
b)
Saiz bebuli yang lebih besar
c)
Kaca bebuli yang lebih nipis
d)
Batang kaca dengan dinding yang lebih nipis
11.
Semasa air mendidih, suhu air tidak bertambah walaupun haba terus dibekalkan. Haba yang dibekalkan itu
a)
dipindah ke molekul air sebagai tenaga kinetik
b)
melakukan kerja memutuskan ikatan antara molekul air
c)
mengekalkan suhu stim lebih tinggi daripada suhu air
d)
meleraikan molekul air
12.
Antara proses berikut yang manakah melibatkan penyerapan haba pendam ?
a)
kondensasi dan pendidihan
b)
peleburan dan pendidihan
c)
pengewapan dan pembekuan
d)
pembekuan dan kondensasi
Reset
