wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perubahan Keadaan Jirim

Total questions: 9

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.
Ibu Ali telah memasak air dalam cerek. Ali dapat melihat stim keluar daripada penutup cerek. Apakah proses yang berlaku dan menyebabkan stim terbentuk?
a)
Kondensasi
b)
Penyejatan
c)
Pendidihan
d)
Peleburan
2.
Ramalkan nama proses yang menyebabkan air bertakung di tepi jalan hilang selepas beberapa jam.
a)
Penyejatan
b)
Pendidihan
c)
Penghilangan
d)
Penambahan
3.
Ramalkan proses yang terlibat jika terdapat titisan air di permukaan cawan yang mengandungi air sejuk.
 
a)
Kondensasi
b)
Pendidihan
c)
Penyejatan
d)
Pembekuan
4.
Gambar menunjukkan steamboat. Ramalkan proses perubahan keadaan jirim yang terlibat dalam steamboat. 
a)
Pendidihan, kondensasi
b)
Penyejatan, kondensasi
c)
Pendidihan, pembekuan
d)
Kondensasi, peleburan
5.
Pernyataan di bawah manakah yang betul tentang proses pembekuan?
a)
Cecair telah menyerap haba dan menjadi gas.
b)
Zarah menjadi berselerak dan sentiasa bergerak.
c)
Zarah menghilangkan haba dan disusun dengan ketat
d)
Keadaan jirim tidak berubah
6.
Sebuah gelas telah telangkupkan di atas sebuah gelas yang berisi air panas. Ramalkan  apa yang berlaku di dalam gelas yang telangkup di atas.
a)
Terdapat banyak gas yang terperangkap di dalam gelas itu.
b)
Gelas itu akan pecah
c)
Gelas itu mempunyai zarah yang bergerak secara asing 
d)
Terdapat titisan air pada gelas itu
7.
Farah menjalankan satu eksperimen dengan mengisikan mangkuk yang permukaannya luas dan botol air yang permukaannya sempit dengan air mineral. Kedua-dua mangkuk dan botol air dibiarkan secara terbuka di bawah Matahari selama 20 minit. Selepas 20 minit, Farah telah memperhatikan isipadu air dalam mangkuk kurang daripada air botol. Ramalkan inferens yang betul terhadap perbezaan isipadu air.
a)
Mangkuk menyejat airnya lebih cepat berbanding dengan botol air kerana permukaan yang luas membolehkan banyak air tersejat.
b)
Air telah mengalir keluar daripada mangkuk.
c)
Air menerima haba dengan cepat dan mendidih dari permukaan mangkuk.
d)
Botol air yang kecil menyebabkan proses penyejatan air menjadi lebih cepat. 
8.
Hashim telah memanaskan air yang terdapat di dalam bikar. Selepas beberapa minit, Hashim dapat memerhati stim keluar daripada bikar. Seterusnya, Hashim meletak sekeping kaca di atas bikar untuk menutup bikar tersebut. Ramalkan keadaan yang dapat diperhatikan oleh Hashim.
a)
Kepingan kaca itu pecah
b)
Kepingan kaca itu mempunyai titisan air
c)
Stim keluar dari kepingan kaca
d)
Bikar telah pecah
9.
Alif melakukan satu eksperimen dengan menjemurkan sehelai baju di bawah cahaya Matahari yang terik. 
Pada masa 30 minit, jisim baju itu ialah 850 g. Pada masa 60 minit, jisim baju ialah 750 g.
Pada masa 120 minit, jisim baju ialah 400 g. Manakah inferens di bawah berdasarkan kepada corak perubahan jisim baju adalah betul?
a)
Baju itu telah menjadi nipis disebabkan oleh cahaya Matahari yang terik
b)
Air telah tersejat dari baju dan menyebabkan jisim baju berkurang
c)
Air telah terdidih dari baju dan menyebabkan jisim baju berkurang
d)
Zarah-zarah dalam baju melebur dan menjadi cecair.