wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BANTUAN PERNIAGAAN

Total questions: 8

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.
Mengapakah seorang pengguna masih membeli barang-barang keperluan harian di kedai runcit kecil-kecilan walaupun terdapat pasar raya besar?
i) Kedai runcit kecil-kecilan menyediakan pelbagai jenis dan jenama barang
ii) Kedai runcit kecil-kecilan memberi khidmat selepas jualan
iii) kedai runcit kecil-kecilan memperagakan barang pada rak
iv) kedai runcit kecil kecilan memberikan kemudahan kredit kepada pelanggan tetap
a)
i dan ii
b)
ii dan iii
c)
ii dan iv
d)
iii dan iv
2.
Pilih fungsi yang TIDAK dilaksanakan oleh kedai runcit kecil-kecilan?
i) MENGGRED
ii) MENIMBANG
iii) MEMBUNGKUS
iv) MENJENAMA
a)
i dan ii
b)
ii dan iii
c)
iii dan iv
d)
i dan iv
3.
Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi peruncit.
"menyediakan perkhidmatan penghantaran barang ke rumah pelanggan"
Apakah fungsi peruncit yang berkaitan dengan aktiviti di atas?
a)
memperagakan barang
b)
menyediakan pelbagai barangan
c)
memberikan khidmat selepas jualan
d)
menjual dalam kuantiti yang diperlukan
4.
Antara yang berikut, peniaga manakah yang tidak digolongkan sebagi peruncit tanpa kedai?
a)
pegerai
b)
penjaja
c)
peniaga pasar tani
d)
francais
5.
Pernyataan manakah yang merujuk kepada fungsi utama seorang peruncit?
a)
menyediakan perkhidmatan selepas jualan
b)
memberikan layanan peribadi
c)
menjual dalam kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna akhir
d)
menyediakan kemudahan kredit kepada pelanggan
6.
Antara berikut, fungsi manakah yang dilaksanakan oleh peruncit kecil-kecilan?
i) menyediakan pelbagai jenis barang untuk pengguna
ii) menyediakan perkhidmatan selepas jualan
iii) menyediakan pelbagai kemudahan membeli belah
iv) lokasi berhampiran dengan kediaman pelanggan
a)
i, ii dan iii
b)
i, ii dan iv
c)
i, iii dan iv
d)
ii.iii dan iv
7.
Gambar menunjukkan sejenis perniagaan runcit. Perniagaan runcit di atas tergolong dalam...
a)
Kedai am
b)
Kedai khusus
c)
Kedai sejaras
d)
Kedai katalog
8.
Seorang peruncit berbeza dengan seorang pemborong kerana...
a)
peuncit memecah pukal
b)
peruncit menjalankan promosi
c)
peruncit menjual barang kepada pengguna akhir
d)
peruncit membiayai pengguna dengan menjual secara kredit