wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MERDEKA

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.
Antara berikut, yang manakah merupakan keperluan asas bagi manusia?
a)
Kereta
b)
Makanan
c)
Pakaian
d)
Duit
2.
Rajah 1 menunjukkan bahagian badan haiwan P yang berlabel A, B, C, dan D. Yang manakah struktur   pernafasan bagi haiwan P
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
3.
Antara berikut, yang manakah bukan keperluan asas bagi tumbuhan?
a)
air
b)
udara
c)
makanan
d)
cahaya matahari
4.
Rajah 1 menunjukkan bahagian badan haiwan P yang berlabel A, B, C, dan D. Yang manakah struktur   pernafasan bagi haiwan P
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
5.
Rajah 2 menunjukkan sebuah eksperimen ringkas. Eksperimen di atas menunjukkan bahawa haiwan memerlukan…
a)
cahaya matahari
b)
makanan
c)
udara
d)
air
6.
Haiwan dalam Rajah 3 dapat memanaskan badannya dengan…
a)
tinggal dalam gua
b)
berbulu tebal
c)
berkubang dalam lumpur
d)
bonggol di belakang
7.
Apakah ciri khas haiwan dalam Rajah 6 yang membolehkan ia hidup di padang gurun?
a)
Kulitnya longgar dan berkedut 
b)
Ia mempunyai bonggol
c)
Ia mempunyai bulu nipis
d)
Ia mempunyai kaki yang kuat
8.
Roslan pergi ke sekolah pada pukul 6.50 pagi setiap hari. Dia sampai di sekolah pada pukul   7.15 pagi. Berapa lamakah masa yang dia ambil untuk pergi dan balik setiap hari?
a)
25 minit 
b)
30 minit
c)
50 minit
d)
60 minit
9.
Objek manakah yang boleh mengalirkan arus elektrik
a)
Sudu logam
b)
Pinggan kaca
c)
Gelang getah
d)
Pembaris kayu
10.
Planet yang paling panas di Sistem Suria ialah…
a)
Utarid
b)
Zuhrah
c)
Musytari
d)
Zuhal
11.
Apakah maksud haiwan yang hidup bersendirian?
a)
Haiwan yang makan haiwan lain sahaja
b)
Haiwan yang dapat mencari makanan sendiri
c)
Haiwan yang tidak hidup secara berkumpulan
d)
Haiwan yang tidak membiak dengan haiwan lain
12.
Antara haiwan yang berikut, yang manakah hidup bersendirian?
a)
Monyet
b)
Gajah
c)
Rusa
d)
Panda
13.
Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah untuk menyiasat persaingan antara tumbuhan.
J - Simpan kedua-dua bekas P dan Q di dalam almari.
K - Masukkan 5 biji kacang hijau ke dalam bekas P dan 20 biji kacang hijau ke dalam bekas Q.
L - Selepas satu minggu, perhatikan pertumbuhan anak benih kacang hijau.
M - Masukkan kapas lembap ke dalam dua bekas, P dan Q. Pilih urutan yang betul bagi langkah-langkah itu.
a)
M, K, J, L
b)
M, J, K, L
c)
J, K, L, M
d)
K, J, L, M
14.
Badak Sumatra, Tapir dan Penyu adalah spesies haiwan terancam. Antara haiwan yang berikut, yang manakah tergolong dalam kumpulan yang sama?
a)
Burung pipit
b)
Burung gagak
c)
Burung merpati
d)
Burung kenyalang
15.
Antara yang berikut, yang manakah kesan buruk masalah pembalakan?
I   Hujan asid
II  Tanah runtuh
III Banjir kilat
IV Pencemaran air
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
16.
Maklumat berikut menunjukkan empat keadaan bagi sebiji bola.
W - Bola berubah arah apabila ditanduk.
X - Bola menjadi lebih ringan apabila angin dipam keluar.
Y - Bola berhenti apabila ditangkap.
Z - Bola terapung apabila dimasukkan ke dalam sebuah besen berisi air.
Antara yang berikut, yang manakah kesan-kesan daya?
a)
W dan X
b)
W dan Y
c)
X dan Y
d)
Y dan Z
17.
Segumpal tanah liat boleh dibentuk menjadi sebuah pasu. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang kesan daya?
a)
Daya mengubah gerakan
b)
Daya mengubah bentuk
c)
Daya menentang gerakan
d)
Daya mengubah jisim
18.
Penutup sebuah tingkap boleh laras sukar digerakkan. Apakah yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini?
a)
Guna larutan garam
b)
Guna minyak pelincir
c)
Guna kusyen udara
d)
Pasang alas bebola
19.
Antara maklumat berikut, yang manakah diperlukan untuk menentukan kelajuan satu objek yang sedang bergerak?
I   Masa
II  Jisim
III Jarak
IV Suhu
a)
I dan II
b)
I dan III
c)
II dan IV
d)
III dan IV
20.
Benda hidup di air
a)
Ular
b)
Ikan
c)
Harimau
d)
Gajah