wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJI TATABAHASA 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
.Kaki Lan _______ kerana dicakar oleh kucing peliharaannya.
a)
A. punah-ranah
b)
B.  lekuk-kekak
c)
C.  robak-rabik
d)
D. calar-balar
2.
Sifat  ________ yang           ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati para tetamu
a)
A.remeh - temeh
b)
B. kelam-kabut
c)
C. ramah-tamah
d)
D. keliuh-kesah
3.
.Pak Dolah tahu ______ tentang isu politik negara walaupun dia tinggal di kawasan pedalaman.
a)
A.serba-serbi
b)
B.lenggang-lenggok
c)
C.susur -galur
d)
D.hiruk-pikuk
4.
Rendang itu sangat sedap kerana dimasak menggunakan _____ yang istimewa.
a)
A. sayur-mayur
b)
B. rempah-ratus
c)
C. kayu-kayan
d)
D. saki-baki
5.
Keadaan ______ di Mesir menyebabkan semua pelajar Malaysia yang menuntut di sana pulang ke tanah air
a)
A. tunggang-langgang
b)
B. kacau-bilau
c)
C. riuh-rendah
d)
D. gembar-gembur
6.
Hati Mei Ling _______ apabila mendapati komputer ribanya hilang.

a)
A. compang-camping
b)
B. porak -peranda
c)
C.remuk-redam
d)
D.kusut - masai
7.
Sultan Johor telah __________________   untuk merasmikan  Tilawah Al-Quran   Peringkat Kebangsaan di  Kuala Lumpur.    
a)
A menjunjung kasih
b)
B  merafak sembah 
c)
C  mencemar duli 
d)
D  memohon perkenan
8.
.Raja akan _________sekiranya rakyat baginda mengingkari perintahnya.  
a)
A gering
b)
B masyghul
c)
C murka
d)
D  mangkat
9.
Baginda akan _______di Istana Kayangan mulai tahun 2012.  
a)
A beradu 
b)
B bersantap
c)
C bersemayam
d)
D berangkat
10.
“ _____ berjanji akan membangunkan    kawasan ini” titah Sultan Sulaiman.  
a)
A  baginda
b)
B  hamba
c)
C  beta
d)
D patik
11.
”Izinkan __________menumpang di rumah    tuan hamba,”kata lelaki tua itu kepada   Panglima Hitam.    
a)
A  patik
b)
B baginda 
c)
C tuanku
d)
D hamba
12.
Wajahnya  nampak___________kerana  kurang tidur selama beberapa hari.  
a)
A muram 
b)
B tegang
c)
C murung
d)
D cengkung
13.
 Air sungai di kawasan itu menjadi _____ kerana musim kemarau yang berpanjangan.  
a)
A keruh
b)
B tohor
c)
C kencang
d)
D deras
14.
Walaupun bangunan itu sudah lama,tetapi bangunan itu masih _______  .
a)
A gagah
b)
B tegak
c)
C tahan
d)
D teguh
15.
Badannya  semakin _________kerana hilang selera makan.    
a)
A kecil
b)
B susut
c)
C surut
d)
D kempis