Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Tatabahasa

Total questions: 10

Worksheet time: 55secs

Name
Class
Date
1.
Kim Leng_______pokok bunga itu dengan air basuhan beras.
a)
mencurahi
b)
mencurahkan
c)
dicurahi
d)
dicurahkan
2.
Guru yang_______ mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah saya telah bertukar ke Sabah.
a)
mengajar
b)
mengajari
c)
mengajarkan
d)
diajari
3.
Ubi itu akan_______oleh kakak saya sebentar lagi.
a)
ditanak
b)
dijerang
c)
dikukus
d)
direbus
4.
Pelayan kedai makan itu________dulang dengan sebelah tangan sahaja.
a)
mengalas
b)
menatang
c)
menjinjing
d)
membimbing
5.
Berikan beberapa_________cempedak dan se______ rambutan ini kepadanya.
a)
biji......  buah
b)
tangkai......   biji
c)
berkas......   butir
d)
ulas.......   ikat
6.
Ayah ................ emak sehelai kain suterai sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.
a)
menghadiah
b)
menghadiahi
c)
menghadiahkan
d)
memperhadiahkan
7.
Hobi abang saya .................. memancing.
a)
ialah
b)
adalah
c)
ialah merupakan
d)
adalah merupakan
8.
Saya menunggu awak sejak dari semalam.
a)
Betul
b)
Salah
9.
Kakak menemui dompetnya yang hilang itu.
a)
Betul
b)
Salah
10.
Kami menaiki bas Satria Ekspress semasa balik ke kampung.
a)
Betul
b)
Salah