NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsKUIZ KEMERDEKAAN 2017
Total questions: 25
Worksheet time: 21mins
Name
Class
Date
1.
Berikut merupakan faktor penjajahan kuasa asing di Negara kita kecuali….
a)
kelalaian pemimpin
b)
rakyat tidak bersatu
c)
Negara kaya dengan pelbagai sumber
d)
peranan golongan hamba
2.
Apakah kuasa asing yang pernah menjajah Negara kita?
a)
Portugis, Jepun dan British
b)
Portugis, Belanda dan British
c)
Portugis, Belanda, Jepun dan British
d)
Portugis, Sepanyol, Jepun dan British
3.
Nyatakan matlamat Portugis menjajah Melaka pada 1511?
a)
3G – Gold, Gospel, Glory
b)
3M – Money, Malay, Mercy
c)
3L – Love, Life, Live
d)
3P – Passion, Peace, Proud
4.
Gambar berikut merupakan tinggalan sejarah pemerintahan Portugis di Negara kita. Betul atau salah?
a)
Betul
b)
Salah
5.
Apakah contoh peristiwa pemimpin kita yang bertindak meminta campurtangan kuasa asing dalam menyelesaikan masalah dalam negeri?
a)
Sultan Muhammad Jiwa di Kedah meminta bantuan ketenteraan British untuk mengelakkan ancaman Siam
b)
Dato’ Onn bin Jaafar mencadangkan penubuhan United Malay National Organization
c)
Sultan Abu Bakar di Johor berhubung secara terus dengan kerajaan British di London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi British
d)
Dol Said meminta bantuan tentera mengetuai angkatan perang menyerang British di Naning
6.
Berikut merupakan kesan pendudukanJepun di Negara kita terhadap aspek sosial masyarakat di Tanah Melayu kecuali?
a)
Rakyat dijadikan buruh paksa membina Jalan Kereta Api Maut
b)
Pemimpin tempatan tidak diberi peluang menjawat jawatan tinggi
c)
Wabak penyakit seperti beri-beri dan malaria merebak
d)
Rakyat menjadi mangsa kekejaman pasukan polis Jepun iaitu Kempeitai
7.
Mengapakah banyak ciptaan baru berasaskan bahan tempatan muncul semasa zaman pendudukan Jepun di Negara kita?
a)
Keperitan dan kesengsaraan hidup penduduk
b)
Ekonomi Tanah Melayu semakin meningkat
c)
Kerajaan Jepun memaksa penduduk membuat ciptaan baru
d)
Jepun melaksanakan catuan bekalan makanan
8.
Apakah nama lain bagi Parti Komunis Malaya?
a)
Force 136
b)
Bintang Tiga
c)
Askar Cina Setia
d)
Askar Anti Jepun
9.
Berikut merupakan kekejaman dan huru-hara yang telah dicetuskan oleh pengganas komunis terhadap masyarakat kita kecuali
a)
Pembakaran Balai Polis di Bukit Kepong
b)
merampas harta benda orang kampung
c)
membunuh pasukan tentera Jepun
d)
mencemarkan masjid dan surau
10.
Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap Negara kita?
a)
memperkenalkan Sistem Kangcu yang meningkatkan ekonomi Negara
b)
mencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu
c)
menubuhkan UMNO / Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
d)
mencadangkan Rancangan Briggs untuk membanteras komunis
11.
Siapakah yang mencipta bendera berikut?
a)
A. Samad Said
b)
Tun Dr. Mahathir
c)
Mohamed bin Hamzah
d)
Tun Sri Lanang
12.
Pemasyhuran kemerdekaan Negara telah disempurnakan pada pagi 31 Ogos 1957. Apakah pula peristiwa penting yang berlaku pada malam 30 Ogos 1957?
a)
Laungan MERDEKA sebanyak tujuh kali oleh Tunku Abdul Rahman
b)
Penyerahan Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan oleh Duke of Wellington
c)
Pengisytiharan tarikh kemerdekaan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka
d)
Penurunan Bendera Union Jack di hadapan Padang Kelab Selangor dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan oleh pemuda UMNO
13.
Pilih senarai negeri-negeri di Malaysia yang tidak mempunyai Sultan.
a)
Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak
b)
Melaka, Johor, Sabah, Sarawak
c)
Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak
d)
Sabah, Sarawak, Perlis, Melaka
14.
Siapakah tokoh yang tertera di wang Ringgit Malaysia berikut?
a)
Gabenor Bank Negara yang pertama, Tan Sri H.W. Willcock
b)
Yang di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
c)
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
d)
Encik Ismail Ali, anak Melayu pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara
15.
Nyatakan tarikh pembentukan Malaysia.
a)
13 September 1963
b)
16 September 1969
c)
13 September 1969
d)
16 September 1963
16.
Mengapakah berlaku pemisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965?
a)
Singapura enggan bertolak ansur dengan menolak keistimewaan cukai
b)
Singapura menyokong institusi raja dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera
c)
Singapura dianggap sebagai duri dalam daging yang banyak membangkitkan isu sensitif yang mengancam keharmonian Negara
d)
pemimpin PETIR bekerjasama dengan MCA untuk menjaga kepentingan kaum Cina di Malaysia
17.
Pilih negeri yang termasuk dalam pembentukan Persekutuan Malaysia.
a)
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, Sarawak
b)
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak
c)
Persekutuan Tanah Melayu, Brunei, Sabah, Sarawak
d)
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei
18.
Nyatakan nama lama bagi Kota Kinabalu.
a)
Elopura
b)
Jesselton
c)
Georgetown
d)
Beaufort
19.
Lagu Negaraku telah dipilih daripada lagu rasmi negeri ______________.
a)
Johor
b)
Perak
c)
Selangor
d)
Negeri Sembilan
20.
Apakah sungai terpanjang dan gunung tertinggi di Malaysia?
a)
Sungai Pahang, Gunung Ledang
b)
Sungai Pahang, Gunung Tahan
c)
Sungai Rajang, Gunung Kinabalu
d)
Sungai Rajang, Gunung Tahan
21.
Apakah nilai yang dapat diperolehi daripada perjuangan tokoh-tokoh tempatan tersebut dalam menentang penjajahan Barat?
a)
Jati diri
b)
Toleransi
c)
Bangga
d)
Setia kawan
22.
Apakah gelaran bagi Negeri Perlis?
a)
Darul Takzim
b)
Indera Kayangan
c)
Pulau Mutiara
d)
Negeri di Bawah Bayu
23.
Apakah rasional “Negaraku Sehati Sejiwa” dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan tahun 2017?
a)
Cerminan kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia
b)
Tanda Negara Malaysia yang maju dan sentiasa ke hadapan dalam segala aspek kehidupan
c)
Kejayaan Malaysia dalam membentuk kepimpinan cemerlang yang membawa kepada kemajuan Negara
d)
Sehati Sejiwa membentuk masyarakat yang mementingkan perkauman
24.
Berikut merupakan antara keunikan Malaysia kecuali .........
a)
kepelbagaian kaum
b)
Kewujudan konsep Raja Berperlembagaan
c)
Perlindungan istimewa kepada orang Melayu tanpa mengenepikan hak kaum lain
d)
Tiada tinggalan sejarah oleh penjajah asing yang pernah menjajah Negara kita
25.
Apakah iktibar yang boleh kita perolehi daripada tinggalan bangunan bersejarah di Negara kita?
a)
Tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh masyarakat terdahulu
b)
Memandang peristiwa bersejarah tersebut sebagai sesuatu yang zalim
c)
Mewujudkan rasa benci dan dendam terhadap penjajah
d)
Memastikan tinggalan sejarah tersebut dimusnahkan kerana itu adalah peristiwa hitam yang berlaku di Negara kita
Reset
