wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Bab 6-8 T4

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.
Sekumpulan ahli arkeologi menemui rangka manusia yang dipercayai tertimbus beribu-ribu tahun dahulu. Mereka hendak menganggarkan usia rangka itu. Apakah bahan yang akan mereka gunakan?
a)
Iodin - 131
b)
Kobalt - 60
c)
Karbon - 14
d)
Uranium - 235
2.
Antara yang berikut, yang manakah bahan radioaktif?
a)
Kobalt - 60
b)
Karbon - 12
c)
Oksigen - 16
d)
Hidrogen - 1
3.
Rajah berikut menunjukkan kesan medan elektrik ke atas sinaran daripada suatu sumber radioaktif.
Apakah jenis sinaran itu?
a)
Sinar-X
b)
Sinar beta
c)
Sinar alfa
d)
Sinar gama
4.
Kaedah manakah yang paling sesuai untuk menyimpan bahan radioaktif?
a)
Simpan dalam minyak paraffin
b)
Simpan dalam botol gelap
c)
Simpan dalam kotak plumbum yang tebal
d)
Simpan dalam bekas vakum
5.
Bahan radioaktif manakah yang digunakan untuk merawat kanser?
a)
Karbon - 14
b)
Kobalt - 60
c)
Iodin - 131
d)
Fosforus - 31
6.
Rajah berikut menunjukkan daya penembusan bagi satu sinar radioaktif.
Apakah sinar itu?
a)
Sinar-X
b)
Sinar alfa
c)
Sinar beta
d)
Sinar gama
7.
Antara alatan optik berikut, yang manakah menggunakan cermin satah?
a)
Kamera
b)
Teleskop
c)
Mikroskop
d)
Periskop
8.
Rajah berikut menunjukkan imej yang dibentuk oleh sebuah kanta cembung.
Di manakah kedudukan objek tersebut?
a)
Dua kali panjang lebar fokus
b)
Kurang daripada panjang fokus
c)
Sama dengan panjang fokus
d)
Lebih daripada dua kali panjang fokus
9.
Rajah menunjukkan pembentukan imej oleh kanta cembung. Antara kedudukan objek di A, B, C dan D, yang manakah akan menghasilkan imej yang sama saiz dengan objek?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
10.
Rajah menunjukkan seorang murid berdiri di hadapan cermin satah.   Dia bergerak 1 m  ke arah cermin.   Antara A, B, C dan D, yang manakah kedudukan yang betul bagi imejnya?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
11.
Rajah berikut menunjukkan proses penyebaran cahaya putih menggunakan prisma kaca.
Apakah warna pada R dan S?
a)
R - Ungu    
S - Merah
b)
R - Merah
S - Biru    
c)
R - Merah
S - Ungu  
d)
R - Jingga
S - Ungu  
12.
Rajah berikut menunjukkan pertindihan cahaya berwarna.
Warna cahaya di kawasan berlorek ialah
a)
Putih
b)
Sian
c)
Kuning 
d)
Magenta
13.
Rajah berikut menunjukkan pertindihan dua cahaya berwarna primer.
Apakah warna cahaya yang kelihatan di kawasan berlorek?
a)
Putih
b)
Sian
c)
Magenta 
d)
Kuning
14.
Antara yang berikut, yang manakah warna sekunder bagi cahaya?
a)
Merah
b)
Biru
c)
Hijau
d)
Kuning
15.
Antara proses berikut yang manakah dapat menambahkan kekerasan sesuatu logam?
a)
Penulenan
b)
Penyaduran
c)
Pengaloian
d)
Pempolimeran
16.
Seorang murid ingin membina model kapal terbang yang ringan dan kuat. Antara bahan berikut, yang manakah paling sesuai digunakan?
a)
Keluli
b)
Kuprum
c)
Aluminium
d)
Duralumin
17.
Rajah berikut menunjukkan sebuah kapal terbang.
Apakah bahan yang digunakan untuk membina bahagian berlabel S?
a)
Besi
b)
Kuprum
c)
Aluminium
d)
Duralumin
18.
Rajah berikut menunjukkan susunan atom dalam suatu bahan.
Apakah fungsi atom-atom asing?
a)
Melembutkan bahan
b)
Menghalang atom-atom daripada menggelongsor
c)
Meningkatkan daya tarikan antara atom
d)
Merendahkan takat lebur bahan
19.
Persamaan perkataan berikut menunjukkan suatu tindak balas kimia.
Apakah X?
a)
Urea
b)
Sabun
c)
Ester
d)
Ammonia
20.
Maklumat berikut menunjukkan kesan pencemaran ke atas alam sekitar.
Apakah punca pencemaran itu?
a)
Sisa pertanian
b)
Sisa radioaktif
c)
Pembakaran bahan api fosil
d)
Sisa toksik industri