NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsPeribahasa 1
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Name
Class
Date
1.
Keadaan Imran_______menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.
a)
bagai cicak makan kapur
b)
bagai kumbang putus tali
c)
bagai itik pulang petang
d)
bagai balak terendam
2.
Faiza dan Farah______kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
a)
bagai ayam disambar helang
b)
bagai anjing dengan kucing
c)
bagai katak di bawah tempurung
d)
bagai melepaskan batuk di tangga
3.
Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya________.
a)
bagai mendukung biawak hidup
b)
bagai ayam mengeram telur
c)
bagai pahat dengan penukul
d)
bagai wau putus tali
4.
Encik Meor_______setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
a)
bagai mencurah air ke daun keladi
b)
bagai menghitung bulu kambing
c)
bagai berumah di tepi pantai
d)
bagai anjing buruk kepala
5.
Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya_______
a)
seperti rumput di tepi jalan
b)
seperti tikus jatuh ke beras
c)
seperti mendukung biawak hidup
d)
seperti sudah jatuh ditimpa tangga
6.
Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkak-bengkok seperti_______.
a)
bumi dengan langit
b)
aur ditarik songsang
c)
pinang dibelah dua
d)
ular kena palu
7.
Setelah Berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Aqil telah melupakan ibu bapanya di kampong seperti ___________
a)
enau dalam belukar
b)
kacang lupakan kulit
c)
aur dengan tebing
d)
dakwat dengan kertas
8.
Hakimi berasa_______kerana gagal memecahkan rekod dalam acara lompat tinggi.
a)
makan hati
b)
iri hati
c)
ada hati
d)
buah hati
9.
Pada cuti hujung minggu, Encik Muazzam membawa keluarganya_______ke taman bunga.
a)
ambil hati
b)
ambil langkah
c)
ambil ringan
d)
ambil angin
10.
Haikal_________dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu.
a)
makan hati
b)
jatuh hati
c)
iri hati
d)
ambil hati
Reset
