NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsDato' Maharaja Lela Pejuang Perak
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
Name
Class
Date
1.
Apakah keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat bersama pejuang dan pembesar Perak di Durian Sebatang?
a)
menghalau British dari negeri Perak
b)
membunuh Residen Perak, J.W.W.Birch
c)
memimpin serangan di Pasir Salak
d)
membunuh Kapten Innes
2.
Apakah kesan pembunuhan tokoh tersebut?
a)
penghapusan cukai
b)
British menyerah kalah dan meninggalkan negeri Perak
c)
tercetusnya Perang Perak
d)
terjadi pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap
3.
Wajarkah pejuang Perak berjuang mempertahankan Perak dalam Perang Perak? Mengapa?
a)
Tidak. Pejuang Perak pasti akan kalah disebabkan kekuatan tentera British yang sangat hebat
b)
Ya. Pejuang Perak ingin memastikan semua penjajah melabur modal untuk kepentingan diri.
c)
Tidak. Perang Perak berlaku antara kumpulan kongsi gelap Ghi Hin dan Hai San
d)
Ya. Demi mempertahankan negara daripada penjajahan kuasa British
4.
Jika kamu adalah tokoh tersebut, apakah yang perlu kamu lakukan untuk memastikan kehadiran kamu sebagai Residen diterima oleh masyarakat di Perak?
a)
Memastikan cukai baru diperkenalkan supaya pihak British berjaya mengumpul duit yang banyak.
b)
Tidak mencampuri urusan pentadbiran negara dan menghormati adat resam masyarakat Perak
c)
Mengambil hati rakyat dan pembesar dengan membayar elaun kepada mereka
d)
Mencampuri urusan dan adat resam Perak
5.
Apakah hukuman yang dijatuhkan ke atas tokoh ini?
a)
dibuang negeri ke Pulau Seychelles
b)
dibuang negeri ke Johor
c)
dihukum gantug sampai mati
d)
dihukum penjara seumu hidup
6.
Apakah pengajaran yang diperolehi daripada peristiwa penentangan Dato' Maharaja Lela terhadap British?
a)
sentiasa berfikiran terbuka dan menjalin hubungan yang erat
b)
sentiasa memandang rendah terhadap orang lain
c)
sentiasa bersatu padu dan bekerjasama
d)
sentiasa berdiplomasi dalam tindakan
7.
Apakah nilai yang dapat dijadikan teladan dalam peristiwa kebangkitan Dato' Maharaja Lela?
a)
berani mempertahankan hak
b)
sanggup menyalahkan takdir
c)
sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah
d)
pejuang jihad mempertahankan agama
8.
Dato' Maharaja Lela merupakan simbol kepahlawanan Melayu dalam menebus kedaulatan bangsa. Andaikan kamu berada di zaman itu. Apakah tindakan kamu jika berhadapan dengan ancaman British?
a)
menurut segala arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh British
b)
membawa seluruh ahli keluarga berpindah ke tempat lain
c)
berkawan dengan British untuk memastikan keselamatan terjamin
d)
berjuang habis-habisan untuk menghalau British daripada tanah air
9.
Jika kamu adalah Dato' Maharaja Lela, adakah kamu akan bertindak sedemikian?
a)
Ya, kerana ingin menuntut bela di atas kematian keluarganya
b)
Tidak, kerana saya akan memastikan keselamatan diri dan keluarga saya
c)
Ya, kerana itu tanda pengorbanan demi menegakkan maruah agama, bangsa dan negara
d)
Tidak, kerana saya tidak akan mencederakan diri sendiri
10.
Jika kamu merupakan pemimpin pada masa kini, apakah tindakan kamu untuk memastikan generasi kini tahu dan faham perjuangan tokoh tempatan terdahulu?
a)
Saya akan memastikan nilai menghargai tokoh terdahulu diterapkan dalam sesi pdpc di setiap sekolah
b)
Saya akan memastikan masyarakat Malaysia membaca buku sejarah
Reset
