wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2017 Sejarah Percubaan K1 Terengganu

Total questions: 40

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.
Rajah  di bawah berkaitan dengan perkembangan petempatan awal tamadun Mesopotamia. 
 Apakah faktor asas yang membawa kepada perkembangan tersebut?
a)
Kekayaan hasil galian
b)
Kekuatan angkatan tentera
c)
Kemajuan aktiviti pertanian
d)
Kesetiaan rakyat terhadap raja
2.
Perkara berikut berkaitan dengan sistem tulisan awal yang diperkenalkan di dunia. 
Apakah peranan sistem tulisan tersebut?
a)
Menyebarkan ilmu pengetahuan
b)
Mempertingkatkan taraf kehidupan
c)
Meluaskan kegiatan perdagangan
d)
Membasmi buta huruf
3.
Apakah kesan kemajuan ilmu astronomi dan matematik kepada masyarakat Mesir Purba?
a)
Penggunaan roda
b)
Penciptaan kalendar
c)
Kemajuan  ilmu pelayaran 
d)
Kewujudan bandar terancang
4.
Mengapakah bidang sukan, seni berpidato dan kesusasteraan diberi penekanan dalam pendidikan di Athens?
a)
Menanam sikap keberanian
b)
Melahirkan individu seimbang
c)
Melatih pemimpin berwibawa
d)
Mengukuhkan semangat patriotisme
5.
Maklumat di bawah merujuk kepada pemerintah tamadun India. 
Bagaimanakah tokoh di atas melaksanakan dasar perluasan empayar? 
a)
Melalui penyebaran agama Buddha
b)
Menyerang kerajaan pusat
c)
Menyatukan kerajaan-kerajaan kecil
d)
Melantik wakil pemerintah di kawasan taklukan
6.
Maklumat berikut menerangkan kerajaan awal di Asia Tenggara yang terkenal.
Apakah keistimewaan kerajaan tersebut?
a)
Pusat kegiatan ilmu
b)
Kubu pertahanan yang kuat
c)
Laluan perdagangan India dan China
d)
Kawasan kegiatan pertanian yang utama
7.
Apakah peranan golongan Brahmin dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara?
a)
Mengetuai upacara keagamaan
b)
Menjaga keamanan dalam negara
c)
Menggubal undang-undang bertulis
d)
Memutuskan jenis hukuman terhadap pesalah
8.
Peristiwa berikut melibatkan Nabi Muhammad SAW yang dilantik sebagai hakim. 
Apakah kesan peristiwa berkenaan?
a)
Pembahagian kuasa pemimpin
b)
Persengketaan antara kabilah diatasi
c)
Peperangan antara kabilah tercetus
d)
Pembukaan semula Kota Makkah
9.
Mengapakah Nabi Muhammad SAW tidak turut berhijrah ke Habsyah?  
 I Nabi tidak mendapat jemputan daripada penduduk Habsyah
 II Pemulauan oleh penduduk Habsyah terhadap keluarga Nabi
 III Menjaga keselamatan umat Islam yang tidak berhijrah
 IV Memberi tumpuan kepada penyebaran Islam di Makkah
a)
I dan II 
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
10.
Mengapakah Nabi Muhammad SAW menerima syarat Perjanjian Hudaibiyah walaupun kandungannya lebih memihak kepada Quraisy Makkah?
a)
Taktik untuk menyerang Makkah
b)
Strategi untuk menyebarkan Islam
c)
Usaha untuk menawan orang Quraisy
d)
Cara untuk mengelakkan peperangan
11.
Maklumat berikut berkaitan dengan kepentingan hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah.
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW memastikan kedua-dua kepentingan tersebut dicapai?
a)
Melantik gabenor sebagai pentadbir
b)
Menubuhkan pasukan tentera tetap
c)
Menggubal perlembagaan negara
d)
Menyatukan wilayah-wilayah kecil
12.
Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin seseorang khalifah dilantik melalui syura.   Apakah kebaikannya?
a)
Meneruskan tradisi orang Arab
b)
Mendapat sokongan orang bukan Arab
c)
Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan
d)
Membantu kesinambungan pemerintahan
13.
Maklumat di bawah berkaitan dengan tindakan pemerintah di Eropah pada masa empayar Turki Uthmaniyah berkembang. 
Apakah kesan tindakan Maharaja ini?
a)
Menguasai pemerintahan kerajaan Islam
b)
Mendapat perlindungan daripada ancaman Parsi   
c)
Memperolehi perlindungan masyarakat Kristian
d)
Memudahkan perluasan Islam di Eropah
14.
Mengapakah sistem hijabah yang diperkenalkan pada zaman Bani Umaiyah sesuai diamalkan pada masa kini?
a)
Menjamin keselamatan pemimpin
b)
Memperkukuhkan pertahanan negara 
c)
Memacu perkembangan ekonomi
d)
Memupuk perpaduan rakyat
15.
Rajah  berikut merujuk teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
Apakah persamaan ketiga-tiga teori di atas?
a)
Dilakukan melalui usaha penaklukan
b)
Disebarkan melalui kegiatan perdagangan
c)
Raja menjadi penyebar utama dalam negaranya
d)
Peranan mubaligh dan ahli sufi sebagai penyebar utama
16.
Selepas kedatangan Islam, sistem politik di Asia Tenggara mengalami perubahan.   Apakah perubahan tersebut?   
 I Institusi kesultanan diperkenalkan
 II Islam dijadikan asas perundangan
 III Jawatan pembesar dilantik secara warisan
 IV Sistem raja berkuasa mutlak diamalkan
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
17.
Rajah berikut merujuk undang-undang tidak bertulis, juga dikenali sebagai adat.
Mengapakah Adat perpatih dianggap bersifat matrilineal?
a)
Nasab keturunan lebih mengutamakan jurai keturunan ibu
b)
Semua hukuman berbentuk denda dan ganti rugi berupa harta
c)
Anak lelaki diberi hak mewarisi harta pusaka
d)
Peraturan tidak wujud secara bertulis
18.
Apakah aspek persamaan antara ketiga-tiga kesenian berikut?
a)
Kesenian yang memuji raja
b)
Nyanyian yang menerima pengaruh Islam
c)
Dimainkan oleh golongan perempuan sahaja
d)
Seni kata lagu menggunakan bahasa arab sepenuhnya
19.
Sistem feudal yang diamalkan pada awal Zaman Pertengahan di Eropah mempunyai persamaan dengan sistem feudal yang diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional.
Apakah persamaan tersebut? 
a)
Raja pemilik tanah secara mutlak
b)
Golongan agama menerajui pentadbiran
c)
Petani berpeluang meningkatkan status sosial
d)
Rakyat berhak memilih pemerintah
20.
Apakah sumbangan besar Revolusi Pertanian terhadap perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah?  
 I Kemunculan golongan buruh dan majikan
 II Eksploitasi ke atas negara yang lemah
 III Penyediaan modal
 IV Bahan makanan
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV   
21.
Berdasarkan pernyataan di atas, Pak Embong  telah melakukan kesalahan di bawah
a)
Enakmen tanah Padi
b)
Enakmen tanah Getah
c)
Akta Tanah Persekutuan
d)
Akta Tanah Simpanan Melayu
22.
Apakah kesan yang timbul daripada sistem pendidikan vernakular pada zaman penjajahan di Tanah Melayu? 
a)
Ramai penduduk menjadi golongan intelektual
b)
Menimbulkan semangat kebencian pada penjajah
c)
Penduduk tempatan berkhidmat sebagai pegawai tadbir
d)
Kesukaran mewujudkan semangat perpaduan nasional 
23.
Antara yang berikut, yang manakah mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?
a)
Perang Rusia-Jepun
b)
Perang Dingin di Eropah
c)
Perjuangan golongan Luddite
d)
Perjuangan Parti Komunis Malaya
24.
Setiap nasionalis pasti akan memperjuangkan kebebasan negaranya daripada cengkaman penjajah asing.  
Apakah faktor kejayaan perjuangan para nasionalis tersebut?
a)
Bantuan golongan bangsawan
b)
Perpaduan penduduk peribumi
c)
Kerjasama dengan kuasa asing
d)
Pengukuhan pemerintahan tradisional
25.
Rajah berikut menerangkan perubahan jawatan Tok Janggut di Kelantan.
Apakah peristiwa yang menyebabkan perubahan tersebut ?
a)
Pembunuhan Penasihat British
b)
Perluasan kuasa British
c)
Pengunduran tentera Siam
d)
Penawanan Pasir Puteh
26.
Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-Negeri Melayu  pada awal abad ke-20?
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
27.
Apakah yang menentukan sempadan kerajaan yang diperintah oleh raja dalam masyarakat Melayu Tradisional?
a)
Keluasan tanah jajahan
b)
Kebijaksanaan raja memerintah
c)
Kebajikan yang disediakan kerajaan
d)
Kesetiaan rakyat terhadap raja
28.
Apakah perkara yang dapat dikaitkan dengan perbilangan adat yang diamalkan oleh masyarakat Negeri Sembilan?
a)
Penggubalan undang-undang
b)
Pembentukan wilayah
c)
Perpaduan masyarakat
d)
Pemilihan pemimpin
29.
Apakah peranan Gabenor Malayan Union yang dianggap mencabar kedudukan agama Islam?
a)
Mengistiharkan tarikh perayaan
b)
Mengawal kegiatan di masjid
c)
Memungut zakat dan fitrah
d)
Mengurus harta pusaka
30.
Dialog berikut mungkin berlaku di Tanah Melayu tahun 1946 berkaitan reaksi terhadap Malayan Union. Bagaimanakah Sir Harold Mac Michael mengugut Sultan Kedah jika baginda enggan menerima Malayan Union?
a)
Dibuang negeri
b)
Diturunkan tahta
c)
Menjajah negeri
d)
Melucutkan jawatan pembesar
31.
Mengapakah penubuhan  Jawatakuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dianggap titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan Tanah Melayu?
a)
Gabungan semua parti politik membentuk Parti Perikatan
b)
Sokongan pihak British untuk memberi kemerdekaan segera
c)
Persetujuan membentuk  satu parti mewakili semua kaum
d)
Kesanggupan UMNO untuk berunding dengan kaum lain
32.
Jadual berikut menunjukkan keputusan Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. 
Apakah faktor kemenangan Parti Perikatan?
a)
Matlamat manifesto jelas
b)
Mempunyai sumber kewangan
c)
Memperjuangkan persamaan hak
d)
Mengadakan kerjasama dengan penjajah 
33.
Idea Pembentukan Malaysia telah dikemukakan sejak awal abad ke-19.   Mengapakah idea tersebut dipersetujui British?
a)
Mengurangkan kuasa Raja-raja
b)
Penyatuan pentadbiran tanah jajahan
c)
Menghapuskan pengaruh komunis
d)
Mengehadkan kemasukan imigran
34.
Peranan Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan Malaysia ialah 
a)
memujuk Singapura menyertai persekutuan.
b)
menggalakkan penubuhan Parti Perikatan.
c)
melaksanakan sistem Birokrasi Barat.
d)
meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
35.
Rajah di atas merujuk kepada bidang kuasa mengikut Perlembagaan Malaysia.   
Apakah X ?
a)
Dewan Negara
b)
Dewan Rakyat
c)
Yang di-Pertuan Agong
d)
Majlis Raja-Raja Melayu
36.
Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang mengamalkan sistem pengagihan kuasa pentadbiran seperti Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.   Antara berikut yang manakah termaktub dalam Senarai Bersama?
a)
Tanah
b)
Pelajaran
c)
Pertahanan
d)
Hiburan Awam
37.
Apakah perkara yang menjadi asas untuk menyuburkan semangat perpaduan negara dalam Penyata Razak 1956? 
a)
Sistem persekolahan yang seragam 
b)
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
c)
Persekolahan percuma di peringkat rendah
d)
Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan     
38.
Dasar di bawah menggambarkan keprihatinan kerajaan dalam  mewujudkan masyarakat yang maju dan berdaya saing. X ialah 
a)
Wawasan 2020
b)
Dasar Ekonomi Baru
c)
Dasar Pembangunan Nasional
d)
Rancangan Pembangunan Lima Tahun
39.
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pergerakan di atas?
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
40.
Malaysia menentang dasar Apartheid yang diamalkan oleh Afrika Selatan.   Apakah tindakan Malaysia terhadap negara tersebut? 
a)
Menamatkan perlindungan politik 
b)
Menghalang perhubungan perdagangan 
c)
Memutuskan hubungan diplomatik 
d)
Menyekat bantuan kemanusiaan