WorksheetsDato' Bahaman
Total questions: 8
Worksheet time: 4mins
Name
Class
Date
1.
Mengapakah Dato' Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua?
a)
Dato' Bahaman ingin melihat sejauh mana kekuatan pertahanan British di Bentong
b)
Balai Polis Lubuk Terua merupakan antara balai polis yang menempatkan pegawai British yang bertugas di Pahang
c)
British membina Balai Polis LubukTerua tanpa berunding dengan Dato' Bahaman yang merupakan pembesar di kawasan itu
d)
Balai Polis Lubuk Terua merupakan kubu British yang paling kuat dan kukuh
2.
Apakah kesudahan perjuangan Dato' Bahaman di Pahang?
a)
Dato' Bahaman dijatuhi hukuman gantung sampai mati
b)
Dato' Bahaman dan pengikutnya dibuang negeri ke Singapura
c)
Dato' Bahaman terkorban dalam pertempuran di Jeram Ampai
d)
Dato' Bahaman dan pengikutnya melarikan diri dan berundur ke Kelantan
3.
Bagaimanakah Sultan Ahmad membantu British menamatkan kebangkitan Dato' Bahaman di Pahang?
a)
mengetuai Gerakan Sultan
b)
melucutkan jawatan dan gelaran Dato' Bahaman
c)
menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap Dato' Bahaman
d)
menangkap dan memenjara Dato' Bahaman dan pengikutnya
4.
Berikut merupakan rakan seperjuangan Dato' Bahaman yang sama-sama menentang British kecuali...
a)
Tok Gajah dan Mat Kilau
b)
Tok Janggut dan Mat Gajah
c)
Tok Gajah dan Tok Janggut
d)
Tok Janggut dan Mat Kilau
5.
Jika kamu adalah Sultan Ahmad, adakah kamu akan mengetuai Gerakan Sultan untuk menamatkan kebangkitan rakyat di Pahang? Mengapa?
a)
Ya, kerana saya yakin bahawa Dato' Bahaman memang seorang penderhaka terhadap negaranya
b)
Ya, kerana saya akan mendapat ganjaran berupa wang ringgit daripada British
c)
Tidak, kerana saya tidak akan belot dan saya akan mempertahankan tanah Pahan dari jajahan British
d)
Tidak, kerana saya tidak mahu bersusah payah untuk menuju ke kubu Dato' Bahanh
6.
Berikut merupakan nilai yang ada dalam diri Dato' Bahaman kecuali..
a)
jati diri
b)
berani
c)
berduka
d)
bijak
7.
Apakah pengajaran yang kamu perolehi daripada peristiwa penentangan Dato' Bahaman terhadap British?
a)
Sanggup berjuang habis-habiskan demi mempertahankan kedaulatan negeri
b)
Sanggup melawan Sultan asalkan berjaya membebaskan diri dari penjajahan British
c)
Sanggup taat setia kepada British demi menjaga keselamatan negeri, bangsa dan agama
d)
sanggup berbelanja lebih demi memastikan pengikutnya dibayar gaji yang tinggi
8.
Apakah yang dimaksudkan dengan "pantang Melayu derhaka kepada raja"
a)
Sebagai orang Melayu, kita harus menderhaka kepada Sultan jika kita tahu Sultan telah membuat kesilapan dengan mengikut telunjuk British
b)
Sebagai orang Melayu kita sepatutnya mencontohi sikap Hang Tuah yang sangat taat setia kepada Sultannya walaupun tanpa usul periksa
c)
Sebagai orang Melayu yang mempunyai Sultan, kita wajar taat dan setia kepada Sultan dan tidak boleh melanggar titah Sultan
d)
Sebagai orang Melayu, kita perlu memastikan Sultan sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya berbanding kepentingan dirinya
100 %
