wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAB 9:BUMI

Total questions: 21

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.
Berikut adalah antara empat komponen yang membentuk Sistem Bumi KECUALI
a)
atmosfera
b)
biosfera
c)
geosfera
d)
eksosfera
2.
Penerangan berikut adalah BENAR tentang hidrosfera.
a)
Zon air yang merangkumi sungai,tasik dan air yang terperangkap sebagai ais di bawah tanah dan wap air dalam atmosfera
b)
Zon udara yang meyeliputi permukaan bumi.
c)
Zon batu dan tanah di atas permukaan bumi
d)
Zon hidupan yang terdiri daripada manusia,haiwan, tumbuh-tumbuhan dan hidupan seni.
3.
Lapisan atmosfera terdiri daripada lima lapisan. Lapisan paling dekat dengan bumi disebut.........................
a)
Lapisan Stratosfera
b)
Lapisan Mesosfera
c)
Lapisan Troposfera
d)
Lapisan Eksosfera
4.
Berikut adalah BENAR tentang lapisan troposfera KECUALI
a)
Lapisan tempat benda hidup bernafas,angin bertiup,serta awan hujan dan salji terbentuk.
b)
Lapisan udara yang paling tumpat
c)
Lapisan yang mempunyai tekanan udara yang paling tinggi
d)
Lapisan yang sesuai untuk penerbangan kapal terbang.
5.
Berikut adalah BENAR tentang Lapisan Stratosfera KECUALI
a)
Lapisan yang sesuai dan stabil untuk penerbangan kapal terbang.
b)
Terdapat lapisan ozon untuk menyerap sinaran ultraungu matahari.
c)
Udara yang tenang,tipis,tidak berawan,tidak berdebu dan tidak berwap air.
d)
Lapisan tempat pembakaran dan penghancuran meteorit
6.
Penipisan lapisan ozon berlaku apabila bahan.................yang dihasilkan oleh racun seranggan,peti sejuk dan penyaman udara menguraikan molekul-molekul ozon dalam lapisan ozon ini.
a)
klorofluorokarbon(CFC)
b)
radioaktif
c)
sulfur dioksida
d)
karbon monoksida
7.
Berikut adalah kesan penipisan lapisan ozon terhadap kesihatan manusia KECUALI
a)
menyebabkan kanser kulit(melanoma)
b)
menyebabkan katarak mata
c)
menyebabkan jantung tersebut
d)
menyebabkan pelemahan sistem keimunan badan
8.
Berikut adalah BENAR tentang lapisan mesosfera KECUALI
a)
Juga dikenali sebagai ionosfera
b)
Pembakaran dan penghancuran meteorit berlaku di lapisan ini.
c)
Lapisan yang paling sejuk.
d)
Melindungi Bumi daripada hentaman meteoroid.
9.
Berikut adalah BENAR tentang lapisan termosfera KECUALI
a)
Lapisan yang paling panas.
b)
Aurora(jalur-jalur cahaya yang berwarna-warni)terbentuk di sini.
c)
Dikenali sebagai ionosfera kerana mempunyai ion-ion yang dapat memantulkan gelombang-gelombang radio.
d)
Mengandungi gas-gas ringan seperti helium dan hidrogen.
10.
Berikut adalah BENAR tentang lapisan eksosfera KECUALI 
a)
Lapisan yang paling jauh dengan bumi.
b)
Lapisan yang paling kurang tumpat dan tekanan  udara paling rendah.
c)
Satelit buatan,teleskop angkasa dan kapal angkasa ulang-alik mengorbit dalam lapisan ini.
d)
Lapisan yang mengandungi lapisan ozon.
11.
Berikut adalah antara tiga zon lautan KECUALI
a)
Zon permukaan
b)
Zon gelap
c)
Zon batu dan tanah
d)
Zon tengah malam
12.
Berikut adalah benar tentang zon permukaan lautan KECUALI
a)
Air sangat cetek.
b)
Sesuai untuk habitat tumbuhan
c)
Habitat untuk haiwan laut yang besar.
d)
Menerima pancaran matahari yang tinggi pada waktu siang.
13.
Berikut adalah benar tentang zon tengah malam lautan KECUALI
a)
Amat dalam dan tiada cahaya yang boleh sampai
b)
Menerima sedikit pancaran matahari
c)
Habitat untuk haiwan laut yang besar.
d)
Ikan-ikan mempunyai mata yang lebih besar untuk menambahkan sudut pandangan.
14.
Berikut adalah benar tentang zon gelap lautan KECUALI
a)
Haiwan dalam zon ini mempunyai badan berkilau atau bersinar di dalam gelap.
b)
Amat dalam.
c)
Tiada cahaya yang boleh menembusinya.
d)
Mempunyai sedikit cahaya atau malap.
15.
Bumi dibahagikan kepada tiga lapisan utama iaitu kerak,mantel dan teras.Berikut adalah benar tentang kerak bumi KECUALI
a)
Lapisan paling luar dan paling nipis.
b)
Kira-kira 70% daripada permukaan diliputi air.
c)
Mengandungi bahan api fosil seperti petroleum,gas asli dan arang batu serta mineral yang berguna.
d)
Wujud dalam keadaan separa pepejal.
16.
Berikut adalah BENAR tentang keistimewaan bumi yang sesuai untuk didiami hidupan KECUALI
a)
Tidak terlalu panas dan terlalu sejuk berbanding planet lain.
b)
Kewujudan air dan oksigen di bumi.
c)
Panas kerana kedudukan yang dekat dengan matahari.
17.
Berikut adalah benar tentang lapisan mantel bumi KECUALI
a)
Terletak di antara kerak bumi dan teras.
b)
Kaya dengan silikon,sulfur,aluminium dan magnesium
c)
Terbahagi kepada astenosfera dan mesosfera.
d)
Lapisan paling dalam dan dipanggil pusat bumi.
18.
Berikut adalah benar tentang Teras Bumi KECUALI
a)
Lapisan paling dalam dan dipanggil pusat bumi.
b)
Terbahagi kepada teras luar dan teras dalam.
c)
Teras luar mengandungi besi,nikel dan silikon dalam keadaan leburan yang mengalir secara pergolakan untuk menghasilkan medan magnet bumi.
d)
Terdiri daripada kerak dan bahagian atas mantel.
19.
Secara amnya,batuan boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu batuan igneus,sedimen dan metamorfik.Bagaimanakah batuan igneus terbentuk?
a)
Terbentuk daripada proses penyejukan dan pembekuan magma atau lava yang mengalir keluar dari mantel.
b)
Terbentuk daripada mampatan bahan-bahan enapan yang dibawa oleh sungai glasier dan angin
c)
Terbentuk apabila batuan igneus dan batuan sedimen terdedah kepada tekanan dan suhu yang sangat tinggi.
d)
Terbentuk daripada proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan.
20.
Permukaan bumi terbentuk daripada proses eksogen dan proses endogen.Berikut adalah benar tentang proses eksogen KECUALI
a)
Proses yang berlaku di permukaan bumi.
b)
Contohnya luluhawa,hakisan,susutan jisim,susutan darat,angkutan dan pengenapan.
c)
Membentuk dan mengubah permukaan bumi.
21.
Berikut adalah benar tentang proses endogen KECUALI
a)
Contohnya proses olakan mantel,aktiviti magma dan proses pergerakan kerak bumi(plat tektonik)
b)
Menyebabkan kejadian geobencana seperti gempa bumi,tanah runtuh,tsunami,volkanisme,pemanasan global dan lubang benam
c)
Membentuk dan mengubah permukaan bumi.
d)
Proses yang berlaku di permukaan Bumi.